Sunday, September 30, 2012

Alhamdulillah..FASA 1 Selesai

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang sudi singgah diteratak usang saya.. (muchoo gracias!) hehe

Alhamdulillah, hari nie sudah selesai satu fasa yang agak penting. Semua kerja-kerja hari nie dipermudahkan oleh Allah. Tiada kesulitan yang tidak dapat diselesaikan. Segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun hanya ada satu dua perkara sahaja tapi dapat di atasi.

Wahhh!! Seperti serius jer kan ayat di atas. Macam nak create Majlis Kahwin jer tapii sebenarnyaa BUKAN.. Hanya persiapan untuk Majlis Konvokesyen.. hehe! Bunyi macam majlis kawin jer kan..(yg tue lambat lg). So, nak dijadikan cerita, hari nie adalah hari yang telah ditetapkan oleh pihak universiti untuk kos saya amik jubah. Then, terpaksala ponteng KERJA!

Mulanya rasa segan jugalah sebab tak ada orang nak temankan g ambil tapi nasib baik la ada kawan yang baik hati nak temankan (ngada kan) haha! Tapi memang lain la drive seseorang dgn drive ada orang kat sebelah. Sebabnya bila ada orang kat sebelah boleh lah berbual. Tak adala bosan sgt perjalanan. Thanks, my best friend! Sudi teman pergi dan balik.

Sampai jer di UUM kitaorang makan-makan dulu, solat pas tue baru gerak g ambil JUBAH KONVO. Itulah matlamatnya pergi kesana. Macam saya cakap tadi, hari nie Tuhan permudahkan kerja sebabnya sampai jer didewan ada kawan yang baik hati tolong ambilkan nombor angka giliran (ish! bertuahla rasa). Walaupun hampir sejam setengah juga la bertapak di dewan tap tak apa asalkan semuanya berjalan dengan baik. Segala bayaran telah dibuat, so dah x payah risau!

ADIB yg cuba dulu topi nie.. comel jer..hehe!
Last sekali thanks juga kepada kawan baik saya sudi temankan bila kasut dan tudung! Insyallah 7 Oktober 2012 kita akan berjumpa lagi di dewan MAS. Tak sabar plak rasanya nak kumpul ramai-ramai semula!

Salam manis dan wassalam!

3 comments:

  1. Amboi... sempat juga ea ang bershopping dgn kwn baik ang tu.... hehehe... dah settle la semuanya ni....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..rasanya semua dah selesai.. perlu siapkan mental jer kowt..hehehe

    ReplyDelete
  3. Huhu.. relax2 sudah.. anggap jer macam ko nak ambil result spm.. hehe

    ReplyDelete