Thursday, November 15, 2012

Jadilah seperti RUMPUT

Dalam hidup kita, kekadang kita selalu memandang rendah terhadap rumput. Kita sering menganggap rumput nie tiada berguna dan tiada faedah. Kita jarang berfikir manfaat yang boleh kita peroleh dengan rumput. Itulah kita.

"Leman! Rumput depan rumah tue sudah panjang, pergi upah orang untuk mesin cepat. Nanti semak rumah kita". 

Situasi sebegini pasti pernah berlaku dimana setiap orang akan menyegerakan menebas atau memesin rumput yang panjang. Tapi sedarkah kita rumput tetap akan naik semula walaupun ditebas atau di letak racun. Pasti akan subur kembali. Begitu juga ia akan tetap hidup walaupun tidak terkena matahari. Rumput terus subur walaupun tertimpa kayu mahupun papan. Sedarkah kita???

Semangat rumput yang harus kita contohi dan dijadikan motivasi dalam hidup. Biarpun diperlakukan bagaimanapun ia tetap terus hidup. Biar dicangkul lalu dibakar kadang-kadang rumput tetap masih boleh mengeluarkan pucuk. Sedangkan kita menyangka ia telah mati rupanya masih ada jauh di dalam tanah.


Sehinggakan kita sebagai manusia harus mengaku kalah terhadap rumput dan menjadikan ia sebagai perhiasan halaman rumah. Begitu jugalah hidup kita, tiada hidup yang tiada dugaan atau cabaran. Setiap orang akan di uji oleh-Nya tidak kiralah di temapat kerja, rumah, sekolah, keluarga dan sebagainya. Oleh itu, jadikanlah rumput sebagai motivasi dalam hidup yang penuh dugaan dan cabaran.



Begitu jugalah yang terjadi dengan Cik Aj akhir-akhir ini di tempat kerja. Walaupun di uji dengan kata-kata fitnah, Cik Aj harus berdepan, tidak boleh mengalah dan anggaplah ia sebagai gurauan. Memang pada mulanya agak sukar tetapi kita tidak boleh musnahkan hidup kita dengan rasa susah hati sepanjang hari. Alhamdulillah, kerana Allah gerakkan hati Cik Aj untuk membaca buku motivasi DR. HM TUAH ISKANDAR al-haj "Membina Personaliti Terbilang", banyak manfaat yang Cik Aj perolehi. 



"Bukan ALLAH tidak kasih apabila menurunkan UJIAN tetapi kita GAGAL melihat kebaikan yang terselindung"
(DR.HM Tuah Iskandar al-haj)
Reply To This Comment

Wednesday, November 14, 2012

Kehijauan Padi di Selangor

Pada Hari Raya Korban baru-baru nie, Cik Aj satu family pergi beraya di Kuala Lumpur dan Selangor. Raya kedua terus bertolak pergi sana. Belum pernah dalam sejarah la pergi beraya di kota. Sebenarnya tujuan utama adalah untuk buat kenduri 'masuk rumah' kakak Cik Aj (kenduri masuk rumah nie maksudnya kenduri doa selamat selepas berpindah masuk rumah baru).

So, alang-alang sudah pergi ke sana, kami sekeluarga pun pergi sekali rumah abang Cik Aj iaitu Abg Cik dekat Kuala Lumpur. Menginap semalam dan terus ke rumah Kak Cik plak. Dekat rumah Kak Cik la kami buat kenduri. Masak ala-ala kampung.

Selepas semuanya selesai, barula boleh pergi melawat adik beradik plak. Kebetulan hari berikutnya tue kami pergi rumah saudara sebelah abah. Walaupun abah tak ikut sebab Abah dengan Abang terpaksa balik dulu. Tapi tak apa lah, kami pergi juga. Tapi yang bestnya tak sangka plak area Selangor nie ada sawah padi. Ingatkan Kedah jer (jakun jap). So, apalagi 'excited' giler masa tue sebab padi dia tengah menghijau, terus la gila gambar.

Kami nie nama jer orang Kedah tapi duduk kawasan tengah bandar, mananya nak jumpa sawah.. hukhuk!
So hari nie Cik Aj nak kongsi sedikit sebanyak Kehijauan padi di SELANGOR.... Jom tengok 'kejakunan orang kedah jap'. hehe! Cantik!

Nie ditengah sawah-kawasan tali air rasanya

Buchukk pun 'excited' dengan sawah.. =)

ala...malu..malu buchuukkk nie.. =p

Family Kak Cik

adik Cik Aj takkan melepaskan peluang punya


Abang nie berani tak kena gaya..

Selangor.....Peace yooooo....!!!

Abang xmaw tolong mak cik.. huhu!

Dua2 orang hampir jatuh dalam selut. hehe!

Pengembaraan bermula... yehaaaa!!!

Budak bijak dan pandai berdikari nie... hehe!

Haaa.... kan betul Cik Aj cakap cantik kan??? Hijau sangat.... Cik Aj tak ada sawah, so memang teruja la sikit. Dulu pernah sekali kawan Cik Aj nak sangat Cik Aj bawa dia orang ke sawah. Fikir punya fikir manalah Cik Aj nak bawa dia orang kan. Last2 Cik Aj berhenti jer kat mana-mana kawasan tepi jalan yang ada padi, suruh ja diaorang ambil gambar dekat situ. Masa tue apalagi banyak keretala duduk hons tengok gelagat kami. Malu! Siyes malu! Tapi tebalkan muka jugala. =) Nak ambil gambar sawah punya pasal kan.. hehe.
Reply To This Comment

Resipi Marie Cheese Cake

Bismillahirahmanirrahiim... Salam 1 Muharram 1434H untuk semua.

Alhamdulillah hari nie, Cik Aj hendak berkongsi satu resipi yang Cik Aj perolehi dari kawan Facebook Cik Aj. Al-maklumla cuti nie kan..kowt2 ada yang tercari-cari nak buat kek yang simple. So Cik Aj cadangkan resipi nie. Mudah sangat. Cubala buat, pasti sedap.


Bahan2:

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat/biasa lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Caranya :

Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati <--kalau nk pakai handwisk pun boleh....
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je tau) jangan gatal2 nk celup lama2...xpasal2 kembang.....jangan salahkan aii yaa...
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..dah jadi serbuk...)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.





Okay done..!! Pasti menjilat jari punyalah... hehe.. Selamat Mencuba semuaaaa..........
Reply To This Comment

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Hanya ucapan syukur mampu di luahkan kerana Allah masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk menikmati segala nikmat yang ada di bumi pinjaman-Nya.

Semoga di tahun baru ini, aku akan menjadi hamba-Nya yang lebih bertakwa dan sentiasa menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur. Aku mohon agar aku tidak lagi mengingkari segala janji yang aku telah aku katakan pada-Nya.






"Ya Allah sesungguhnya Hidayah itu milik-Mu dan aku sebagai hamba-Mu akan terus mencari hidayah itu. Semoga Engkau melimpahkan hidayah-Mu buatku Ya Rabbi. Aku hamba-Mu yang lemah, sentiasa perlukan petunjuk dan bimbingan-Mu agar jalan yang aku lalui tidak terpesong. Ya Rahman, aku sentiaasa dahagakan keampunan-Mu, moga segala dosa-dosaku terampun. Amin..Amin..Amin Ya Rahim."


Reply To This Comment

Tuesday, November 13, 2012

Saya Lepaskan Awak "Mr.M"

Hampir 10 tahun mengenalinya dan sepanjang tue juga pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuh. Kekadang aku terfikir aku harus belajar mengalah dan lepaskan. Aku cuba dan mencuba tetapi tiap kali itu jugala aku gagal! 

Kenapa? Kenapa? Aku terfikir, kenapa susah sangat nak buang dia dalam hati aku, dalam fikiran aku...susah! Mungkinkah, kerana dia lelaki yang pertama berjaya mencuri hati aku?? Mungkinkah apa yang dikatakan orang Cinta Pertama sukar untuk dilupakan itu betul? Aku keliru. Aku sentiasa cuba melawan dengan perasaan sendiri, menguatkan hati, memujuk hati supaya melupakan dia.

Pelbagai cara yang kami berdua cuba lakukan untuk memulihkan semula hubungan yang lama terpisah. Tapi pasti sahaja menemui jalan yang sulit. Mungkin juga kerana kedegilan aku. Ya, Aku degil! Kedegilan inilah yang sentiasa merumitkan keadaan dan kebisuan dia jugalah sering mengeruhkan keadaan.

Kami bukanlah pasangan kekasih, tetapi kami cuma "kekasih zaman sekolah" yang sudah lama terpisah. Bertemu, berpisah, bertemu dan berpisah. Itulah perkara yang sering terjadi kepada kami. Setiap kali bertemu pasti perasaan akan bergetar seperti rasa cinta itu masih ada tetapi setiap kali itu jugalah akan adanya perpisahan. Hubungan apakah ini??? 

Sampailah satu malam nie aku terima SMS yang menyatakan "Dia suami saya, jangan ganggu dia". Aku terpaku.. Mata aku tiba-tiba berair.. Apakah? Hampir lebih dari 10x aku membaca mesej yang sama, mungkin ada kesilapan. Tetapi ternyata aku bukan hantar nombor yang salah. Saat tue, bermacam-macam perkara bermain di fikiran. Aku rasa tertipu! Untuk apakah selama ini aku menunggu dia. Adakah hanya untuk dipermainkan? Dia yang selama nie aku anggap jujur tetapi......argghhh! aku tak sanggup untuk berfikir lagi. 

Dengan itu aku putuskan, aku akan lepaskan dia.. Ya, akan aku lepaskan. Aku gunakan FB sebagai perantara dan aku terangkan segalanya walaupun tiada penjelasan dari dia dan dia hanya fikir itu gurauan. Maaf, tidak bagi aku. Aku mungkin akan melukakan hati banyak orang lagi. Dan aku lepaskan walau hati tak rela..

Aku kesal, dia tidak berusaha untuk menjelaskan atau menerangkan. Aku anggap dia tidak pernah serius dalam hubungan. Menyesal aku saat itu kerana terus memberi ruang kepada orang yang tidak pernah menghargai perasaan. Terluka.. itulah yang sering aku rasa tapi aku tak pernah tunjukkan. Aku simpan.

Kini, aku dapat lihat dia mempunyai pengganti. Seseorang yang lebih baik dari aku dan lebih dari segalanya-segalanya. Mungkin itu yang dia cari. Walaupun pedih, tetapi inilah hakikat yang harus aku terima.."dia bukan untuk aku".

"Saya lepaskan awak Mr.M.. Saya relakan awak untuk mencintai orang lain. Saya akan buang sisa-sisa yang masih ada dalam diri saya nie kerana saya ingin memberi peluang untuk orang lain mencintai saya. Awak hanya sejarah untuk saya. "


Selamat Tinggal Cinta Pertamaku Mr.M...........!!!!!

psstt : sowie..feeling2 sadis ckt.. =]
Reply To This Comment