Thursday, September 27, 2012

Kek Rainbow untuk Birthday Abah

Rainbow la sgt kan..!! tiga warna jer pown.. hihi!

15 SEPTEMBER 1949 lahirlah seorang putera yang sangat disayangi oleh Cik Puteh dan Tok Mat iaitu ARIF JOHARI.. =)

Baru-baru nie 15 September 2012, genaplah usia abah saya 63 tahun. So, saya x tahu nak bagi hadiah apa kat abah maka tercetus la idea nak buat kek yang penuh kasih sayang untuk Abah (wah, ayat kelass gi tue). Kek nie adalah usahasama saya dan anak saudara. Beriya-iya dia nak tolong kan, saya pown lagi berbesar hati lah. Best juga dapat buat together nie.

Sebenarnya proses nak buat kek nie xdak la susah sangat, beli tepung segera kat kedai jer pn... hehe! (dunia kan semakin maju) Balik rumah ikut jer arahan yang dah di beri.. Kemudian, yang warna-warni tue pandai-pandai la cari pewarna bukannya siap dah okay.. hekhek!

Tapi part yang paling mencabar sekali adalah buat aising sebab nie kali ke berapa ntah saya buat. Sebelum-sebelum nie x pernahnya nak menjadi. Banyak yang terap ketanah jer.. huhu! So, dengan penuh bersemangat dan tekad untuk mendapatkan pin kebal..(ehh..mcm master chef plak)..haha! Mksdnya nak dapatkan penghargaan dari abah atas kek tue, buat juga sampai boleh. Dan akhirnya..... BERJAYAA...!!!

ntah betul ker x la ejaan jawinya.. huhu!


SELAMAT HARI LAHIR ABAH.... =)

Fuhhh..!! Alhamdulillah.. lega rasanya bila abah cakap 'okayla~'.. hehe.. Saya nie senyum sampai ke telinga la.. excited..!! Bukan senang ooo Abah kita nak puji.. hehe! Apa-apa pun, saya doakan semoga Abah saya sentiasa sihat-sihat, dipanjangkan umur dan dijauhi dari segala kejahatan yang ada kat dunia nie. AMIN..

Sebelum saya tamatkan entry kali nie, saya hadiahkan korang sepotong kek RAINBOW atau lebih sesuai panggil KEK WARNA WARNI jer.... hehehe! Selamat Menjamu mata... =p


adiiooosss...!!!

No comments:

Post a Comment