Showing posts with label Persahabatan. Show all posts
Showing posts with label Persahabatan. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Years Ends 2012, Memories Last Forever!


Assalammualikum... hAi uolzz..!! Masih ingat yang Cik Aj ada tulis nak up entry warna-warni hidup Cik Aj sepanjang bulan 2012 nie??? Apa?? Tak ingat??? Hurmmm nak kena nie tarik telinga nie.. hehe.. Okay, tiada masalah kalau tak ingat sebabnya bukan penting sangat.. =)

Okay, malas Cik Aj nak tulis entry panjang-panjang, kali nie Cik Aj hanya ingin menyajikan warna kehidupan tahun 2012 Cik Aj merangkumi pelbagai aspek. Keluarga, Persahabatan, Pekerjaan dan CINTA TIADA k.. hehe. Al-maklumla membujang lagi tahun ini.



Tahun 2012 Cik Aj bermula dengan LATIHAN INDUSTRI (PRAKTIKAL) Cik Aj disebuah syarikat swasta iaitu HR MARKETING SDN BHD selama 4 bulan. Alhamdulillah dapat menyesuaikan diri sebabnya staf dekat situ lebih kurang sebaya jer. Jom kita tengok serba sedikit (x ckt la,byk jga) gambar yang sempat Cik Aj kodek-kodek dalam external hard disk.

Kan2??? Lbh kurang jer sumo.. semua umur 20-an lagi tp semangat tinggi..
Time nie baru lagi masuk praktikal..tapi sudah di ajak shoot gambar kat luar. *malu cheQ
Majlis perpisahan kak sha (kebaya oren) sbb sambung buat master. 
Semua nie staf bahagian Marketing.
Kanan : Kak Nisa, Kak Shidah (Cikgu Shida), Kak Sya, Kak Aini, Syikin, Sue, Shahriman
Bawah : AJ dan Kak Da
Hafiz, Sue, Aj dan Shahriman (Team Marketing di Program Kejohanan Golf HR Marketing)
Teruja sangat time nie dapat join First Progrm bawah company.
Haha! Team kami memang selalu 'meeting'. Rindu diaorang..
Inilah orang paling sempoi sekali En.Ben (Penyelia Praktikal)
Setelah habis praktikal.. Cik Aj dan sahabat iaitu Suhada dan Fiza ke Pusat Pengajian Tinggi kami semula untuk hantar laporan praktikal. Apa yang paling teruja sekali tak diduga plak boleh dapat dekan untuk tahun akhir. Alhamdulillah, syukur. Ada sedikit gambar bersama dengan junior yang baik hati, TINA..(tumpang bilik)

Ceweinya!!! Ketembamam terserlah.. hukhuk! *shy
Masa nie kawan baik kita lagi sorang tak ada.. AS.. Hukhuk. Sebabnya dia dah hantar report
dekat mercu tanda UUM.. (nak posing punya hal, pakat kotor habis)
Cik Junior, TINA dan FIZA.. (tema purple) *toink..toink
Peacee yooo..!! 
Okay dah habis gambar masa g hantar Laporan Praktikal. Jom tengok plak, gambar-gambar Cik Aj dengan kerjaya baru Cik Aj selepas Praktikal.. Walaupun hanya kontrak tapi Alhamdulillah dapat juga duit poket kan. Lepas ja seminggu habis praktikal terus sepupu Cik Aj offer kerja nie.. Apa lagi GRab je lah kan!! hehe

Basuh periuk dalam hujan.. Ish2..kanak-kanak ribena didenda.. kikiki
Bergambar bersma pegawai dan juga semua unit media
Berjaya mendaki walaupun tak sampai ke puncak atas sebab2 tertentu.. mmg sejarah terukir!
DONE FIRST PROGRAM bersama Rela Kedah
Program Rumah Terbuka Kementerian Dalam Negeri Peringkat Negeri Kedah.
Kanan : Nadia, Aj, Wani, Moon, Murni
Yang nie plak Kursus Asas PKS Rela Zon Utara. kebaabooommm!!!

Okay dah kowt! Banyak dah nie.. Lebih banyak dari biasa plak.. Ingat nak letak gambar family sekali, nanti lagi la banyak kan.. Tapi letak juga la sekeping.. Alang-alang dah jumpa. Wktu nie g KL dan Selangor rumah kakak dan abang.

Waktu nie sambut birthday anak Abg Cik, Akif..
SELESAIIIIIIIIII.....!!!! In Shaa Allah ada umur yang panjang jumpa lagi di entry setrusnya.. Tahun Baru 2013..!! Alhamdulillah, malam nie nak fikir azam untuk tahun baru, nanti Cik Aj Update k..

Byeeee uolzz....!!! Jmpa entry tahun hadapan 2013..!!!
peaceee yoooo...!!! (ala2 AC MIZAL)
SELAMAT TAHUN BARU.. SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN.. AMIN..


Reply To This Comment

Friday, December 28, 2012

Kenangan 2012

Assalamualaikum dan salam kasih sayang.. =)

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup udara segar... *tarik nafas... Nyaman! 

Pejam celik, pejam celik.. sudah berada di hujung tahun 2012.. Sungguh cepat masa berlalu. Dan banyak benda yang dikutip dalam hidup. 



Syukur sangat Cik Aj kehadrat Ilahi, kerana dalam tahun 2012 nie impian Cik Aj untuk menggenggam sejulung ijazah tercapai. Alhamdulillah.. Apa yang paling berharga bagi Cik Aj adalah Mak dan Abah ada di hari bahagia Cik Aj. Itulah satu-satunya perkara paling Cik Aj harapakan. Mereka adalah tunjang kejayaan Cik Aj. Peniup semangat dan kata-kata motivasi...




Daaannn.... paling manis lagi kawan merangkap sahabat merangkap musuh merangkap sedara, juga konvo sekali. JoKeMeT..!!! Ya. Budak-budak sekepala, sepinggan nasi, sebilik, dan segala 'se' la.. Leganya, harapan untuk bergraduasi sekali juga termakbul. Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur kami. Empat tahun bertungkus-lumus,  bergaduh, bertekak, berseronok, belajar (belajar letak last skali.hihi) dan macam-macam lagi lah berjaya diharungi bersama. Tuhan jer tahu saat tue, ketika tue, masing-masing rasa excited sangat dan terharu juga. Sebabnya lepas nie bawa hala tuju masing-masing. Dah tak dapat nak masak sama-sama, makan atas surat khabar sama-sama, pergi beli lauk sama-sama, naik bas sama-sama..argghh!! macam-macam la.

*sedih jap

Cik Aj belum pernah jumpa kawan macam Joket, sangat memahami, sangat tegas, sangat baik hati, sangat tidak berkira dan tak tertulis lagi kebaikan yang ada kat Joket. Mereka selalu ada waktu Cik Aj ingin pinjamkan bahu walaupun mereka tahu Cik Aj bukanlah orang yang mudah untuk mengalirkan air mata. Tetapi bila tiba saat sedih pasti ada mereka. Mereka juga tahu apa yang Cik Aj suka, apa yang Cik Aj benci. Merekalah manusia yang sanggup lakukan apa sahaja untuk seorang yang bergelar sahabat. Mereka teman yang selalu pinjamkan telinga untuk mendengar Cik Aj bercerita walaupun kadang-kadang boring tetapi tetap setia mendengar. Mereka juga tahu macam mana untuk mengawal kemarahan Cik Aj dan apa yang perlu dilakukan (part nie plg best sbbnya depa nie PENYABAR) .Sepanjang empat tahun segala aktiviti kami buat bersama, harungi bersama dan hadapi bersama. Indahnya kenangan itu.

*Imbas kembali saat indah bersama kejap (tongkat dagu)





Okay STOP!! Tak boleh tulis lagi, satgi 'hujan' turun. Kalau nak cerita pasal Joket boleh buat novel bersiri.. hikhik.


NEXT......


Dalam tahun ini juga ramai sahabat-sahabat Cik Aj sudah mendirikan rumahtangga. Dari kawan Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Teknik dan sahabat seuniversiti.. Wah! Seronoknya.. Tumpang gembira. Alhamdulillah, jodoh yang Allah telah tulis untuk mereka telah sampai. Syukur. Hanya doa mengiringi kebahagian sahabat-sahabat Cik Aj. TAHNIAH semua yang selamat di ijabkabul dengan pasangan masing-masing. Hah! Lupa! Cik Aj juga nak mengucapakan Tahniah kepada teman-teman yang baru dapat baby. Coraklah anak-anak dengan cara yang terbaik k.. (dah mcm bg ucapan dekat radio). =)

Yang nie ZUL merangkap kawan sekolah RENDAH dan juga Sepupu.

Gambar yang PALING CIK AJ suka sekali.. Semua nie kawan-kawan Cik Aj. Dengan suami dan anak-anak. =)
Pengantinnya MAHFUZAH MAHMOOD

kawan sekolah teknik. shahila shamira sharif.. =)

Setakat ini sahaja dulu kowt kenangan MANIS Cik Aj dalam tahun 2012.. Sebenarnya banyak, cuma SELECT yang meninggalkan kesan dihati dulu k. =)

Next entry Cik Aj cuba cerita warna warni kalendar kehidupan 2012 Cik Aj ea. Tungguuu...!! byeee!
(nak p makan cucur cempedek..nyum! nyum!)


Reply To This Comment

Friday, December 21, 2012

Kisah Cinta Pemadam dan Pensil

Assalamualaikum dan salam jumaat. Hari yang indah nie, Cik Aj ingin sekali berkongsi kisah cinta PEMADAM dan PENSIL yang Cik Aj dapat dari laman sosial facebook Cik Aj. Wlaupun cerita yang agak pendek TETAPI percaya lah membawa makna yang begitu tersirat disebaliknya. Jom baca, jangan malas2 ea.. =)




Pensel : Saya minta maaf.


Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.






Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.



# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adlh ibarat pemadam terbaik utk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...





# Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...

#begitula juga sahabat dan kehidupan kita.. 





Sekian, cerita kisah cinta PEMADAM dan PENSIL... Ingatlah..sebaik-sebaik perancangan adalah dari ALLAH SWT.. =)


Reply To This Comment

Saturday, December 1, 2012

"CINTA" Berputik Semula...

Assalamualaikum.. 

Selamat Datang Dicember..!! Moga memberi sejuta erti untuk bulan ini.

Cerita Cik Aj pada entry kali nie berkaitan dengan 'cinta' Cik Aj yang sedang berputik kembali. Bayangkan hampir 7 tahun ianya di kuburkan tapi entah kenapa perasaan itu tiba-tiba datang. Satu tiupan semangat dihembuskan menusuk ke dalam jiwa. Pada mulanya, memang Cik Aj ingin melupakan 'cinta' ini. Ingin biarkan menjadi sejarah. Tetapi takdir Tuhan dan keinginan seperti sukar untuk di tolak. Perasaan membuak-buak dan cinta seperti mendalam, membuatkan ianya sukar untuk di elak.



25 November 2012 merupakan tarikh keramat, tarikh dimana perasaan 'cinta' itu kembali. Cik Aj menjejakkan kaki di Bukit Selambau satu tempat pada mulanya begitu berat untuk melangkah pergi. Takdir tuhan, akhirnya membawa jiwa jasad kesana. Walaupun jiwa seperti meronta-ronta ingin pulang semula. Namun, setelah berjumpa dengan sahabat-sahabat seangkatan, Alhamdulillah berjaya memujuk hati untuk terus melalui hari-hari mendatang di tempat tersebut.

Hari pertama, Cik Aj hanya melepaskan cinta itu kepada orang lain merasakan diri ini masih tidak layak untuk memiliki. Tetapi apabila melihat orang lain tidak pandai untuk menjaga 'cinta' yang selama ini Cik Aj cintai, Cik Aj bertekad untuk 'merampas' supaya cinta Cik Aj itu tidak di sia-siakan oleh orang lain yang tidak faham bagaimana untuk mencintainya. Ya! Cik Aj harus kembalikan 'cinta' Cik Aj semula. Mungkin kami telah ditakdirkan untuk bersama.

Hari kedua, Cik Aj meminta izin dari orang yang tidak begitu 'pandai' menjaga 'cinta' hati Cik Aj untuk melepaskannya. Biarkan 'cinta' itu bersama Cik Aj semula. Biarlah apa orang nak kata, janji Cik Aj dapat bersamanya kembali. Cik Aj begitu merinduinya kerana 7 tahun berpisah! Alhamdulillah, orang itu sanggup melepaskannya daaannn Cik Aj berjaya memilikinya... =)

'CINTA' yang Cik Aj maksudkan adalah 'KETUA PLATUN KAWAD'.. hehe! oppsss sorry... buat suspen jer.. Ini adalah jiwa Cik Aj 7 tahun yang lalu. Masa sekolah Cik Aj TERsangat laa aktif dalam Kadet Remaja Sekolah (KRS). Dari Tingkatan 1 hingga 3, kemudian berlanjutan ke sekolah teknik Cik Aj sangat la aktif sampai mewakili negeri untuk kawad peringkat kebangsaan. Dahulunya juga Cik Aj pernah ditauliahkan sebagai 'PEGAWAI WARAN II' peringkat kebangsaan. Satu pencapaian yang Cik Aj rasa paling terbaik dalam hidup Cik Aj. Sebabnya dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia yang hantar wakil hanya 4 orang sahaja yang ditauliahkan 'PEGAWAI WARAN II' rasanya. Masa tue tahun 2004. (ingat2 lupa dah)

So, di kesempatan Cik Aj join 'Kursus Asas PKS Rela apa salahnya Cik Aj asah semula bakat yang sudah lama terkubur. Alhamdulillah penerimaan baik Cik Aj terima walaupun agak berbeza sikit cara arahan dan keluar kaki untuk mula kawad. Bukan mudah sebenarnya nak buat orang dengar cakap kita sebab yang pergi kursus tue datang dari 4 buah negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Putrajaya. Walaupun hanya pegang platun kecil tapi tetap sukar untuk di kawal. Kadang-kadang Cik Aj risau kalau-kalau arahan yang diberi kedengaran seperti kasar.(org kedah kn, mstlah ckp agk kasaq tp aty baik)..=)

Selama hampir 5 hari Cik Aj jaga platun Cik Aj, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja wlaupun ada 2-3 orang yang susah untuk menerima arahan. Perkara biasala tue.(lelaki la yg susah sgt..hehe). Mungkin sebab ketua depa perempuan kowt..hehe! Tapi tak apa, lelaki ka perempuan sama jer, tiada beza cuma perlu bijak mengendalikan ja. Cik Aj harap tak ada anak buah Cik Aj yang terasa hati dengan cara Cik Aj (x garang sgt pown)..=p

Pelbagai aktiviti kami buat bersama terutamanya KAWAD. Semua bagi kerjasama. Sampailah pada hari kami perlu bertanding antara Platun semua sangat bersemangat untuk pastikan kami JUARA dan Alhamdulillah hasil didikan dan tunjuk ajar dari Cikgu Nayan.., KAMI JUARA..!!! Banyak sangat kemenangan yang diperoleh oleh platun kami, antaranya;
  • KUMPULAN KAWAD TERBAIK
  • JOHAN KAWAD ANTARA PLATUN
  • KUMPULAN PENEMBAK TERBAIK
  • JOHAN MENEMBAK RELAWATI ( PUAN SULEIKA-KEDAH)
  • NAIB JOHAN MENEMBAK RELAWATI ( CIK NORSHAZWANI-KEDAH)
  • NAIB JOHAN MENEMBAK RELA ( SHARIFUDDIN-PENANG)
  • JOHAN KAWAD INDIVIDU RELAWATI ( CIK AJ -KEDAH)
  • JOHAN KARAOKE RELA ( HAFIS -PERLIS)
  • JOHAN KARAOKE RELAWATI ( IZREE@BUNGA - PUTRAJAYA)
Muka-muka kegembiraan terpancar 'sang juara'. PLATUN 1 TERBAIK...!!
Hahh!! Banyaaakkkan???? hehe! Semua nie berkat kerjasama dari semua. Seronok sangat sebab tak sangka semua mampu beri kerjasama yang TERBAIKK..!!! Dan tidak sia-sia Cik Aj menyemai semula rasa cinta Cik Aj terhadap bidang kawad kerana Cik Aj juga berjaya membawa pulang hadiah Johan Kawad Individu walaupun agak sedih tak dapat jadi ketua perbarisan. Beza markah 3 jer.. hukhuk! Tapi tak apalah bagi pelung dekat kaum adam kan. =)

Jom Cik Aj  sajikan sedikit sebanyak gambar kenangan di sana...

Perbarisan Tamat Latihan oleh ketiga-tiga Platun
Yang nie baru Platun 1 (muka gnas2 jer sumo) =p
Persediaan akhir sebelum masuk padang kawad. NEVES!!!
Sempat lagi budak2 dari IPRM nie makan durian.. ish2...
Penang mariii...!!!! Sharifuddin dan Tarmizi Shah
Muka-muka letih tapi tetap TERSENYUM...... peace yooo..!!!!
Kegembiraan terpancar di setiap wajah kami. Letih tapi seronokkkkkkk....!!!!!
PLATUN 1 di bawah jagaan CIKGU NAYAN (nie pown msh da yg x ckup sbb x masuk kawad)
Akhir sekali, semoga jumpa lagi ea kawan-kawan.. Pasti merindui detik-detik indah nie dan pengalaman yang diperoleh. Walaupun habis lebam satu badan sebab kena buat latihan menembak guna Pump Gun dan M-16 tetapi berbaloi-baloi. Sekurang-kurangnya dapat juga pendedahan suasana yang dihadapi oleh sahabat-sahabat semuslim kita di GAZA. Melalui hari-hari yang di hujani dengan peluru dan bunyi denyutan bom. Bersyukur la kita, masih diberi kesempatan untuk bernafas di buminya tanpa sebarang ancaman berbahaya.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi menemui-Nya ketika berjihad. Sesungguhnya Allah pasti menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. In Sya Allah.. 


Al-fatihah... 
Reply To This Comment

Saturday, October 13, 2012

Blogger Zack Zukhairi Datang UUM..!!

Zack Zukhairi in the house..!! Woo..woo.. Ada sesiapa yang tak kenal dengan zack zukhairi?? Ada?? Kalau ada Bagus.. Bukan dia terkenal sangat pown! haha! Oppps! Marah kang Zack kalau dia singgah baca kat blog Cik Aj nie.. Ampun! Ampun! hehe.. Gurau jer bro... 

Sebenarnya Zack nie agak terkenal juga la.. Pernah masuk magazine.. Ramai gurlz yang tergila-gilakan penulisan dia kat blog (kalau gila kat tuan x blh la sbb UNavailable!). Kiranya dia nie bagi inspirasi kat ramai orang. Tapi maaf cakaplah, dah lama rasanya tak follow dia. Dulu memang boleh dikatakan SELALU. everyday! 

Tup..! Tup..! Boleh pulak terserempak masa hari hantar jubah kat Dewan TSO dengan 'orang rumah' dia. Mula-mula memanglah bukan Cik Aj yang perasaan sebabnya tengah kalut pastikan semua barang-barang ada untuk hantar jubah nanti. Orang pertama yang perasaan adalah junior Cik Aj, Cik Tina! Dialah yang tarik-tarik tangan Cik Aj suruh Cik Aj buat pengecaman (bnyi mcm pesalah dah zack tue). hehe. Sebabnya dia risau, kalau-kalau tersalah tegur. So, Cik Aj dengan selambanya tengok la, mungkin betul la kowt apa yang junior Cik Aj tengok sebabnya seingat Cik Aj memang 'orang rumah' Zack student UUM. Maybe dia datang sini untuk tengok girlfriend dia kan.

"Ehh..!! jap2. tanya sikit, Zack Zukhairi kan? Blogger tue?.." aku dengan penuh yakin tanya. Lepas tue sampuk plak Tina.. "Abg Zack kan? Yang nie plak Kak Myra kan? Boleh tak nk ambil gambar sekali...?" minta Tina kat Zack.. Bukan main teruja lagi junior Cik Aj tue. Nasib baik la diaorang nie sporting habis.. sudi posing dengan ktaowg.. Tapi kan yang aku perasaan, orang-orang kat situ macam pelik.. apasal geng2 kitaowg mcm teruja lebih jer.. So, it means "Zack, u xda lah pemes sgt, jauh sekali mcm Aaron Aziz (cm post dia kat fb)" coz ada juga budak UUM tak kenal u. Hehe! Gurau-gurau jer bro. But it's really amazing! Something that unexpected.!

Tahniah untuk 'orang rumah' you yang grad sekali dengan Cik Aj.. Tak sangka plak satu batch. Tak pernah jumpa plak tue walaupun satu kampus. Masa penghantaran jubah baru jumpa.. But.. Nice! Happy sgt!

Nie Cik Aj kongsikan gambar kitaowg dengan MR.Famous Blogger Zack Zukhairi with his girlfriend..! Cik Myra.. =) (cute orangnya, putih melepak).. Untung ko Zack.. Be nice to her okay? or Cik Aj kasi dia kat Abg Cik Aj yang masih solo tue.. haha! Baru menggigit kuku..

ZaCK and Cik Myra (baju kaler pink)

Nie la junior Cik Aj, Tina! bersama Abg Zack dia.. hehe!

psstt: Kalau korg nak taw junior Cik Aj tue bergayut dengan member dia punya la berjam-jam cerita pasal jumpa Zack nie. hehe! Lucu plak bila ingat semula. Sudahla tue, dia punya tak sabar-sabar nak balik bilik transfer gambar and upload kat FB. Dia kata, nak bagi kawan dia jelez! Macam2.. haha. And lagi satu, dia bukan panggil "Abg Zack" tapi "Abg Jue..!" Nice.. 
Reply To This Comment

JoKeMeT Konvokesyen

Alhamdulillah..!! Alhamdulillah..!! Alhamdulillah..!! Syukur sangat ke hadrat ilahi.. Akhirnya kami dapat berjumpa untuk meraikan hari bersejarah dalam hidup kami, Huh! Terubat kerinduan.

Mesti ada yang tertanya-tanya Cik Aj nie salah typing ka dekat main tajuk tue? Owh..sama sekali tidak! hehe. JoKeMet adalah disebabkan kawan ktaowg dari Melaka turut join sekali. Cik Fiza! Untuk tidak menghampakan, kita bergabung meletup..! (dah mcm lgu adam dan stacy) =p

Okay entry hari nie Cik Aj ingin berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar dan juga warna warni kemeriahan budak JokeMet berkonvo (mmg gila gambar). Sesiapa yang rasa muak..mual..sakit mata..sila gerakkan mouse anda ke atas sebelah kanan laptop anda. Anda akan jumpa tanda 'x' dan sila tekan.. hehe!

bersama Cik Tina kiut miut. junior ktaowg

Cik Tina mmg terer berlakon (spa2 yg ingn amik dy brlakon sila cri Cik Aj).. hehe

tengah sekali tue my ex-rm8. Cik Izzati a.k.a Tie Bhsa Baku. hihi!

didepan dewan utama Dewan MAS

Cik AS.. Cik Fiza..Cik Sue..Cik Aj (sumonya blm PUAN lagi k)

Kebetulan dpt jmpa Mr. Presiden ktaowg DPP PETRONAS. Nick!

bersama ibunda angkat Mak Cik Timah..








yeayyy..!! Done! Hope to c u again guys..!! Thanks a lot to Cik Tina and Cik Izzati sebab sudi tumpangkan bilik untuk ktaowg. Jasamu dikenang! Minta dihalalkan segalanya ea. 
Reply To This Comment