Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Petua Hilangkan Sakit Kepala

Selepas bekerja mengadap laptop jer hari-hari. Kepala pown dah mula rasa sakit. Sebelum nie memang susah juga la Cik Aj nak telan ubat sakit kepala. Selalunya biar jer baik sendiri sebabnya tak elok amalkan ambil ubat sangat. Tak baik juga untuk kesihatan. So, jom kita cuba cara Islam. Moga-moga bukan hanya membantu Cik Aj tetapi membantu rakan-rakan lain yang mengalami masalah yang sama. Harap bermanfaat.


(( Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala ))


1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 
5. Baca Surah An-Nas (1kali) 
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

(sumber dari Mr. Google)

Yang nie jenis-jenis sakit kepala.

Reply To This Comment

Mood swings During Period



  1. Perasaan ketika itu rasa macam nak tumbuk jer semua orang
  2. Kadang-kadang tue menangis tanpa ada sebab munasabah pown
  3. Kerja yang dibuat serba tak kena
  4. Adakalanya teguran pown boleh buat jadi isu
  5. Bila ada barang-barang hilang atau salah letak, mulala nak marah-marah
  6. Rasa menganttuk yang amat walaupun tak letih sangat
  7. Semua orang waktu tue nampak menjengkelkan jer
  8. Tambah kalau lelaki.. lagi la annoying 
  9. Jadi kuat makan..
  10. Perut jadi meragam walaupun ulang alik ke toilet lebih 3x
  11. Dll...
Sebenarnya bukannya kaun wanita nie nak sangat mood tak menentu mcm tue cumanya mungkin perubahan hormon dan kadang-kadang tue sesetangah wanita mengalami senggugut yang teruk sebab tue la perangai dia jadi pelik. So, bagi kaum Adam,kena la faham dan SABAR.. Itu kunci utamanya. Layan je lah kerenah kaum wanita masa tue. Kalau tak dia boleh merajuk dan menangis walaupun perkara kecil jer.

Tapi jangan risau, 'mood swings' nie sebulan sekali jer. Tue pown masa sebelum datang bulan. Kalau dah datang tue, baik semula la moodnya. Hehe!

pssstt : Lelaki kan kalau tgk perempuan marah mst akan cakap "Awak datang bulan erkk?" tak pun "Bendera Jepun dah naik la tu". Hurrmmm ayat tue seperti minyak yang disimbah ke api jer. Tak kan mampu memulihkan keadaan. Mengeruhkan lagi ada la. Langkah selamat, Cool jer. =)

Reply To This Comment

Lelaki, Rokok dan Toilet..!



 “Nampak rokok abang tak?” Tanya abang bran (nama manja abg Cik Aj)
“Lorr..mana owg nampak, abg letak kat lain cari kt lain plak!. Aik tadi bukan kata sakit perut sangat sampai tak tahan-tahan dah, nie dia boleh dok cari rokok lagi.” Bebel Cik Aj
“Ish..yang tue kena bawa sekali la.. Baru ada ‘feel’..” sambil dok tersengih-sengih abg Cik Aj bg jawapan.
Hah??? Terus Cik Aj blurrrr....

Pelik..! Hairan dan Pelik..!!

Kenapa erk kalau lelaki nak pergi toilet mesti nak kena bawa rokok sekali. Bukannya Abg Cik Aj saja tapi orang lelaki lain pown sama (yg Cik Aj Tanya la). Dulu, kawan satu kembara dengan Cik Aj, dia asal dari Indonesia. Cik Aj Tanya la dia “kenapa erkk, lelaki kalau maw pergi toilet mesti bawa rokok sama?” Dia dengan selamba jawab “Oooo..itu wajib baru ada ‘feel’ laksana hajat.(euuww!)

Errkkk?? Jawapan sama jer dengan Abang Cik Aj..Tak kan berpakat kowt? Ish mana boleh, kenal pown tak, mcm mana la nak berpakat. Huhu!

Tetapi yang pasti itu perkara ‘wajib’ untuk lelaki yang merokok. Kalau negara omputih yang Cik Aj selalu tengok TV la, diaorang lebih suka membaca. Kalau habit tue boleh diterima akal juga. (tmbh ilmu..) Nie merokok, cari penyakit lagi ada la. Ish! Ish! Macam-macam style...

sumber : google image


Apa-apa pown hanya diaorang yang merokok jer ada jawapan yang tepat. Dan tahu perasaan merokok dalam toilet. Kita yang x tahu apa nie, terima je lah habit pelik tue.

Pssttt: teringat zaman sekolah dulu, budak lelaki memang selalu pown rokok dalam toilet. Bila keluar jer dari toilet mesti kunyah gula-gula Hacks (konon2 nak cover bau la kowt). Lepas tue buat muka tak bersalah. Cehh! Dah boleh baca la itu muka.. hehe!
Reply To This Comment

Wednesday, September 26, 2012

Musim yang "Awesome"..!!

Assalamualaikum...

Hai semua.. Apa khabar.. Sihat x? Saya masih berada dalam mood demam kura lagi.. hehe!

Bila tiba jer hujung tahun mesti cuaca hujan jer. Orang selalu kata "besa la dah sampai musim dia, musim hujan, musim orang demam, musim sakit tekak.." Aku pown apa lagi sambil angguk-angguk mengiyakan jer. Sebab aku pown sudah berjangkit penyakit bermusim tue.. haha!

Tapi apa yang bestnya penyakit bermusim nie, kalau seorang jer dapat penyakit (demam) mesti akan satu rumah dapat juga. Kira baguslah, seorang ckt merasa keadaan tue. Sama-sama jaga. Ubat pown tak payah susah-susah ambil banyak kali. Guna jer orang yang sakit sebelum nie.

Masa sakit-sakit mcm nie la baru kita mula menghargai masa kita sihat. Bila sakit baru lah kita mula ingat kat DIA. Mula cari DIA.. Sampai kadang-kadang kita seperti marah, kenapa kita yang diberi sakit? Kenapa bukan orang lain? Kita mempersoalkan. Aku teringat satu ceramah agama seorang ustaz nie, dia kata seseorang manusia tue "tidak akan mengetahui bagaimana rasa sakit sehingga dia sendiri merasai sakit, tidak akan menghargai kesihatan yang baik sehingga dia mendapat sakit". Ustaz tue kata lagi kan ALLAH bagi kita sakit bukan sebab DIA tak sayang kita tapi DIA nak uji kita sejauh mana kita ingat kat DIA waktu kita dalam kesakitan. Sesungguhnya, kesakitan yang kita alami adalah salah satu cara Allah menghapuskan dosa-dosa kecil kita.

Apabila kita sakit janganlah mengeluh tapi perbanyakkan berdoa dan dekatkan diri dengan DIA. Semoga DIA memberi yang terbaik untuk kita. Tapi janganlah waktu sakit jer ingat dekat DIA, SIHAT lagi-lagi lah kena ingat. Kena selalu bersyukur dengan apa yang telah dilimpahkan.

Semoga kita menjadi hambanya yang sentiasa bersyukur..

Hargai waktu anda sihat sebelum anda SAKIT...

Sebelum berpisah, saya kongsikan DUA gambar yang "AWESOME". Diambil dari pandangan atas pejabat tempat saya kerja.

Kadang2 Allah sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita menangis dan tertanya-tanya,...kemana hilangnya matahari

Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi... =)
Sekian, Jaga kesihatan ea semua... tata!
Wassalam.

Reply To This Comment