Tuesday, October 2, 2012

4 days to go..!!

Assalamualaikum..

Hari nie sebenarnya memang sibuk kat pejabat..sampai malas nak keluar rehat. So saya gunakan masa rehat saya untuk tulis entry saya. Boleh hilangkan stress kerja jap! hehe


Okay, kenapa tajuk entry saya "4days to go" erk?? Maksudnya saya masih dalam mood konvokesyen lagi.. Kemarin saya dah selesaikan hal berkaitan baju dan tudung..Means saya pergi "otter" baju jubah saya sikit sebabnya terlalu labuh...Nanti tenggelam plak saya..(bajet macam la kecik sgt..haha)

Urmm..hal lain-lain tue rasanya sudah siap kowt. Mesti korang ingat saya nie OVEREXCITED kan?(xpa2,saya x marah..hehe) Tak adalah, biasa-biasa jer sebenarnya cuma ingin memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar. Yeala, saya juga uruskan baju-baju dan sticker kenderaan untuk dua orang kawan saya, Cik Suhada dan Cik Fiza.. =) Nak pastikan barang-barang diaorang pown x terlupa bawa nanti...

Dalam dok fikir-fikir pasal persiapan, kadang-kadang tue terlintas juga dapat ka bunga masa konvo nanti? hehe! Sebabnya saya tak ada Bopren! (haha..ayat sedih blh) Bukan! Bukan! bukan yang tue saya maksudkan .Sebenarnya nanti tak ada la ramai sangat datang masa konvo. Mungkin mak, abah, adik, kakak ipar dan anak saudara seorang..(depa mana la taw pasal bunga) hehe! Tapiiii..... bila difikir secara rasional dan waras kenapa lah saya boleh terlintas perkara tue..sebabnya bukan itu yang saya mahu dari mula. Saya hanya nak sangat mak dan abah ada dalam dewan masa hari kejadian. =) (tue lebih baik dari bunga..sebab bunga nie lbh bernilai)

Walaupun tak ada kekasih hati tapi ada buah hati seperti mak dan abah amatlah bermakna. Semoga Allah sentiasa melindungi mak dan abah dari bahaya.. dan saya selalu mendoakan agar mereka dipanjangkan umur selalu. Beri peluang untuk saya membalas segala pengorbanan mereka. Walaupun hakikatnya mungkin tak terbalas...huhu!

Okay, sampai disini sahaja.. sudah nak jam 2 dah pown. Nak g surau dulu... Tolong doakan agar semuanya berjalan lancar ea dan urusan kami dipermudahkan serta Allah melindungi dari segala bahaya. AMIN.

2 comments:

  1. Amin.. semoga semuanya dipermudahkan... ko nak bunga yer?? aku ada cadangan, ko bg sekuntum bunga kat kwn baik ko, nnti mesti dioerg balas balik dgn sekuntum bunga juga.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpa2. ak lbh prefer COKLAT MAHAL (demand oo)hehehe!
      ada xdak xda bezanya pown..bkn blh mkn bunga.. hikhik

      Delete