Friday, September 28, 2012

Indahnya ‘HIDAYAH ALLAH’




“...hidayah Allah dapatkah terasa, kalau masih belum carilah segera. Dimana-mana ia pasti ada, Cuma diri kita mungkin menolaknya..”

Assalamualikum semua.. Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Ayat yang di atas tadi adalah petikan lirik dari sebuah lagu nasyid yang pernah dulu masa sekolah rendah saya nyanyikan. Sampai sekarang saya suka lagu tue, Cuma liriknya dah tak berapa ingat.  Huhu! Tapi jangan suruh saya nyanyi plak! Memang OUT la... hehe! Zaman dulu-dulu boleh la.. =)

Saya bukan apa, rasa tertarik plak nak tulis entry pasal tajuk nie, sebabnya saya tengok zaman sekarang nie ramai dah mula sedar tentang kepentingan agama kita dalam kehidupan seharian. Saya nie bukanlah dalam kategori alim ulamak, dan bukan juga graduan dari universiti Jordan, Cuma tak ada salahnya kan kalau bercakap mengenai hal nie. Saya teringat kata-kata seorang ustaz Nak menasihati seseorang kearah kebaikan atau nak menyampai ilmu agama tidak perlu sehingga anda menjadi seorang ustaz atau ustazah TAPI cukuplah anda tahu mengenai kesahihan penyampaian ilmu anda’.

Sebab tue saya rasa nak tulis entry pasal perkara nie. Saya lihat ramai orang dah pandai bercakap mengenai ilmu agama dan menyampaikannya. Medium yang paling banyak sekali adalah facebook. Baguslah, sekurang-sekurangnya dalam kita dok online ada juga ilmu yang terisi. TAPI yang paling penting, janganlah kita menerima ilmu yang kita dapat tue secara membuta tuli. Tengok dulu dari mana datangnya sumber tersebut, kaji kesahihahnya, rujuk pakar-pakar dalam bidang tersebut. Semoga kita tak dapat ilmu yang memesongkan.

Saya selalu berdoa, semoga Allah sentiasa menyentuh hati saya agar saya sentiasa bersama-Nya. Kita nie manusia biasa, tak lari dengan dugaan dan juga godaan. Jika orang nak tarik kita kekanan memanglah agak susah dan perlu usaha yang berterusan tetapi bila nak ditarik kekiri x perlu susah-susah, sekali jentik pun kita dah boleh jatuh kekiri..Nauzubillah! Moga kita dijauhi jalan yang sempit. Amin

::sumber dari fanpage di facebook::

:: sumber dari google image ::

psssttt : Untung sungguh mereka-mereka yang mendapat cahaya dari Allah. Kerana orang-orang macam nie akan terus-terusan mencari ilmu agama untuk mengisi jiwa mereka. Seseungguhnya hanya dengan Allah hati akan menjadi tenang..

No comments:

Post a Comment