Saturday, January 12, 2013

Mr. Azam tolong jadi milik saya.

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaa...!!!!

Waaahhhh!!! Lamanya tak update entry. Almost 1 week..!! Sibuk sungguh nowh Cik Aj (pdahal buat2 sibuk jer pown) =p Ayat maw power! hikhik

Sudah 12 hari masuk tahun baru 2013.. dan ini merupakan entry yang pertama untuk tahun baru. Entry kali nie Cik Aj akan tulis mengenai Mr.Azam. Huh! Bukan mudah sebenarnya nak memiliki Mr.Azam ini. Perlu usaha yang gigih dan berterusan. Kalau tak, memang putih mata la.


Mr.Azam nie kena dipikat dengan kesungguhan, kerajinan, dan usaha. Sebab yang tue merupakan faktok penting untuk memilikinya. So, skill sudah ada sekarang Cik Aj akan senaraikan perkara yang Cik Aj ingin dapatkan dari Mr.Azam. 

Keistimewaan Mr.Azam nie sebabnya dia berbeza sangat. Lain orang lain caranya dan lain juga citarasa serta keinginan. So keinginan Cik Aj terhadap Mr.Azam ini adalah ; (jeng! jeng! jeng!) Tapi sebelum tue meh sini Cik Aj habaq sapa Mr.Azam tue (tiba2 jer keluar bhsa kedah, hamik kau!)hehe. Mr.Azam nie adalah AZAM Cik Aj untuk tahun 2013. Ingatkan entry sebelum ini Cik Aj pernah cakap nak beritahu pasal azam kan.. Okay check this....Tadaaaa...!! 

1. TELEFON PINTAR (BB ka SAMSUNG erk..tp mcm nk beli BB je.Dh 5 thn tak tukar handphone ni)
2. KERJA TETAP (sbbnya skrg msh belum tetap lg)
3. PEMANDU BERHEMAH (kena keluar awal g kerja utk slesaikn prob nie. hehe)
4. LUPAKAN KISAH CINTA LAMA (nk hilangkan rasa fobia trhdp cinta, nk beri pluang pd yg berhak)

Yang tue dari segi keinginan. Kalau dari segi pemakanan plak, Cik Aj kalau boleh nak ;

1. KURANGKAN MAKAN BERASASKAN IKAN BILIS DAN BELACAN (sbbnya ini akan mnyebakan Cik Aj mengalami alahan yang teruk)
2. NAK MANTAIN BERAT BADAN IDEAL (walopn nmpak chubby dr dulu tp sbnrnya nie dah cpai berat badan ideal k..hehe)

Dari segi lain tue biar la jadi simpanan dalam hati. Sebab terlalu peribadi untuk di mention dekat sini kan. Apa yang penting dan merupakan ayat agak cliche tapi lumrah kan, semua orang berharap agar tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. In Shaa Allah, kita hanya mampu merancang kerana Allah lebih berhak menentukannya.

So, Mr.AZAM tolonglah jadi milik saya dalam tahun ini. Saya sangat menginginkan awak dalam hidup saya!! Please be nice to me.. =) hehe!!

pssstt : Ada satu lagi sebenarnya nak tulis..urmmm mcm malu..urmmm naak tulis tak erk.. urmm..urmmm...(ngada!) haha.. Okay2..! Sebenarnya jauh di sudut hati kalau boleh tahun ini nak MENCARI CINTA..!!! (blushing jap). Haha. In Shaa Allah walaupun jodoh sudah Allah tetapkan tapi kita sebagai manusia juga harus berusaha untuk mencari. Pray for me ea... =)


Perkara utama yang anda harus tahu mengenai saya adalah saya bukan seseorang yang ISTIMEWA yang didambakan oleh semua jejaka di luar sana, Hanya Gadis Biasa, Penuh dgn Kekurangan, Masih cetek dengan segala jenis ilmu. Namun sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk orang sekeliling yang menyayangi saya. So, IM JUST LIMITED EDITION.. hehe! =p

lot of love Aj Joket..!!
Reply To This Comment