Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Years Ends 2012, Memories Last Forever!


Assalammualikum... hAi uolzz..!! Masih ingat yang Cik Aj ada tulis nak up entry warna-warni hidup Cik Aj sepanjang bulan 2012 nie??? Apa?? Tak ingat??? Hurmmm nak kena nie tarik telinga nie.. hehe.. Okay, tiada masalah kalau tak ingat sebabnya bukan penting sangat.. =)

Okay, malas Cik Aj nak tulis entry panjang-panjang, kali nie Cik Aj hanya ingin menyajikan warna kehidupan tahun 2012 Cik Aj merangkumi pelbagai aspek. Keluarga, Persahabatan, Pekerjaan dan CINTA TIADA k.. hehe. Al-maklumla membujang lagi tahun ini.



Tahun 2012 Cik Aj bermula dengan LATIHAN INDUSTRI (PRAKTIKAL) Cik Aj disebuah syarikat swasta iaitu HR MARKETING SDN BHD selama 4 bulan. Alhamdulillah dapat menyesuaikan diri sebabnya staf dekat situ lebih kurang sebaya jer. Jom kita tengok serba sedikit (x ckt la,byk jga) gambar yang sempat Cik Aj kodek-kodek dalam external hard disk.

Kan2??? Lbh kurang jer sumo.. semua umur 20-an lagi tp semangat tinggi..
Time nie baru lagi masuk praktikal..tapi sudah di ajak shoot gambar kat luar. *malu cheQ
Majlis perpisahan kak sha (kebaya oren) sbb sambung buat master. 
Semua nie staf bahagian Marketing.
Kanan : Kak Nisa, Kak Shidah (Cikgu Shida), Kak Sya, Kak Aini, Syikin, Sue, Shahriman
Bawah : AJ dan Kak Da
Hafiz, Sue, Aj dan Shahriman (Team Marketing di Program Kejohanan Golf HR Marketing)
Teruja sangat time nie dapat join First Progrm bawah company.
Haha! Team kami memang selalu 'meeting'. Rindu diaorang..
Inilah orang paling sempoi sekali En.Ben (Penyelia Praktikal)
Setelah habis praktikal.. Cik Aj dan sahabat iaitu Suhada dan Fiza ke Pusat Pengajian Tinggi kami semula untuk hantar laporan praktikal. Apa yang paling teruja sekali tak diduga plak boleh dapat dekan untuk tahun akhir. Alhamdulillah, syukur. Ada sedikit gambar bersama dengan junior yang baik hati, TINA..(tumpang bilik)

Ceweinya!!! Ketembamam terserlah.. hukhuk! *shy
Masa nie kawan baik kita lagi sorang tak ada.. AS.. Hukhuk. Sebabnya dia dah hantar report
dekat mercu tanda UUM.. (nak posing punya hal, pakat kotor habis)
Cik Junior, TINA dan FIZA.. (tema purple) *toink..toink
Peacee yooo..!! 
Okay dah habis gambar masa g hantar Laporan Praktikal. Jom tengok plak, gambar-gambar Cik Aj dengan kerjaya baru Cik Aj selepas Praktikal.. Walaupun hanya kontrak tapi Alhamdulillah dapat juga duit poket kan. Lepas ja seminggu habis praktikal terus sepupu Cik Aj offer kerja nie.. Apa lagi GRab je lah kan!! hehe

Basuh periuk dalam hujan.. Ish2..kanak-kanak ribena didenda.. kikiki
Bergambar bersma pegawai dan juga semua unit media
Berjaya mendaki walaupun tak sampai ke puncak atas sebab2 tertentu.. mmg sejarah terukir!
DONE FIRST PROGRAM bersama Rela Kedah
Program Rumah Terbuka Kementerian Dalam Negeri Peringkat Negeri Kedah.
Kanan : Nadia, Aj, Wani, Moon, Murni
Yang nie plak Kursus Asas PKS Rela Zon Utara. kebaabooommm!!!

Okay dah kowt! Banyak dah nie.. Lebih banyak dari biasa plak.. Ingat nak letak gambar family sekali, nanti lagi la banyak kan.. Tapi letak juga la sekeping.. Alang-alang dah jumpa. Wktu nie g KL dan Selangor rumah kakak dan abang.

Waktu nie sambut birthday anak Abg Cik, Akif..
SELESAIIIIIIIIII.....!!!! In Shaa Allah ada umur yang panjang jumpa lagi di entry setrusnya.. Tahun Baru 2013..!! Alhamdulillah, malam nie nak fikir azam untuk tahun baru, nanti Cik Aj Update k..

Byeeee uolzz....!!! Jmpa entry tahun hadapan 2013..!!!
peaceee yoooo...!!! (ala2 AC MIZAL)
SELAMAT TAHUN BARU.. SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN.. AMIN..


Reply To This Comment

Friday, December 28, 2012

Kenangan 2012

Assalamualaikum dan salam kasih sayang.. =)

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup udara segar... *tarik nafas... Nyaman! 

Pejam celik, pejam celik.. sudah berada di hujung tahun 2012.. Sungguh cepat masa berlalu. Dan banyak benda yang dikutip dalam hidup. 



Syukur sangat Cik Aj kehadrat Ilahi, kerana dalam tahun 2012 nie impian Cik Aj untuk menggenggam sejulung ijazah tercapai. Alhamdulillah.. Apa yang paling berharga bagi Cik Aj adalah Mak dan Abah ada di hari bahagia Cik Aj. Itulah satu-satunya perkara paling Cik Aj harapakan. Mereka adalah tunjang kejayaan Cik Aj. Peniup semangat dan kata-kata motivasi...




Daaannn.... paling manis lagi kawan merangkap sahabat merangkap musuh merangkap sedara, juga konvo sekali. JoKeMeT..!!! Ya. Budak-budak sekepala, sepinggan nasi, sebilik, dan segala 'se' la.. Leganya, harapan untuk bergraduasi sekali juga termakbul. Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur kami. Empat tahun bertungkus-lumus,  bergaduh, bertekak, berseronok, belajar (belajar letak last skali.hihi) dan macam-macam lagi lah berjaya diharungi bersama. Tuhan jer tahu saat tue, ketika tue, masing-masing rasa excited sangat dan terharu juga. Sebabnya lepas nie bawa hala tuju masing-masing. Dah tak dapat nak masak sama-sama, makan atas surat khabar sama-sama, pergi beli lauk sama-sama, naik bas sama-sama..argghh!! macam-macam la.

*sedih jap

Cik Aj belum pernah jumpa kawan macam Joket, sangat memahami, sangat tegas, sangat baik hati, sangat tidak berkira dan tak tertulis lagi kebaikan yang ada kat Joket. Mereka selalu ada waktu Cik Aj ingin pinjamkan bahu walaupun mereka tahu Cik Aj bukanlah orang yang mudah untuk mengalirkan air mata. Tetapi bila tiba saat sedih pasti ada mereka. Mereka juga tahu apa yang Cik Aj suka, apa yang Cik Aj benci. Merekalah manusia yang sanggup lakukan apa sahaja untuk seorang yang bergelar sahabat. Mereka teman yang selalu pinjamkan telinga untuk mendengar Cik Aj bercerita walaupun kadang-kadang boring tetapi tetap setia mendengar. Mereka juga tahu macam mana untuk mengawal kemarahan Cik Aj dan apa yang perlu dilakukan (part nie plg best sbbnya depa nie PENYABAR) .Sepanjang empat tahun segala aktiviti kami buat bersama, harungi bersama dan hadapi bersama. Indahnya kenangan itu.

*Imbas kembali saat indah bersama kejap (tongkat dagu)





Okay STOP!! Tak boleh tulis lagi, satgi 'hujan' turun. Kalau nak cerita pasal Joket boleh buat novel bersiri.. hikhik.


NEXT......


Dalam tahun ini juga ramai sahabat-sahabat Cik Aj sudah mendirikan rumahtangga. Dari kawan Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Teknik dan sahabat seuniversiti.. Wah! Seronoknya.. Tumpang gembira. Alhamdulillah, jodoh yang Allah telah tulis untuk mereka telah sampai. Syukur. Hanya doa mengiringi kebahagian sahabat-sahabat Cik Aj. TAHNIAH semua yang selamat di ijabkabul dengan pasangan masing-masing. Hah! Lupa! Cik Aj juga nak mengucapakan Tahniah kepada teman-teman yang baru dapat baby. Coraklah anak-anak dengan cara yang terbaik k.. (dah mcm bg ucapan dekat radio). =)

Yang nie ZUL merangkap kawan sekolah RENDAH dan juga Sepupu.

Gambar yang PALING CIK AJ suka sekali.. Semua nie kawan-kawan Cik Aj. Dengan suami dan anak-anak. =)
Pengantinnya MAHFUZAH MAHMOOD

kawan sekolah teknik. shahila shamira sharif.. =)

Setakat ini sahaja dulu kowt kenangan MANIS Cik Aj dalam tahun 2012.. Sebenarnya banyak, cuma SELECT yang meninggalkan kesan dihati dulu k. =)

Next entry Cik Aj cuba cerita warna warni kalendar kehidupan 2012 Cik Aj ea. Tungguuu...!! byeee!
(nak p makan cucur cempedek..nyum! nyum!)


Reply To This Comment

Friday, October 12, 2012

Hadiah Untuk Mak dan Abah

"Mak! Abah! Orang dapat masuk U.. terjerit-jerit aku masa tue bila dapat surat dari Abg Posmen. Teruja sangat.! Mak dan Abah la orang pertama yang aku bagi tahu. Tapi itu cerita empat tahun lepas. Masa mula-mula diterima masuk. Syukur tidak terhingga. Al-maklumla dalam keluarga hanya aku seorang sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading (orang lain mungkin tidak akan rasa teruja seperti keluarga aku). Riak wajah Mak Abah aku waktu tue memang gembira sangat. Aku faham perasaan mereka, sebabnya mereka sentiasa mendoakan supaya aku boleh melanjutkan pelajaran. 

TAPI... Perjalanan selama 4 tahun sudah bernoktah akhirnya pada 7 Oktober 2012. Alhamdulillah, selamat bergelar graduan! (cari kerja tetap la plak psnie). 

Sejujurnya, salah satu doa yang sentiasa aku berdoa setiap hari adalah untuk memberi peluang kepada Mak dan Abah menyaksikan hari bersejarah buat aku. Kerana bagi aku, merekalah penguat semangat aku. Peniup motivasi dalam setiap perkara yang aku lakukan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana doa aku dimakbulkan.

Tiada hadiah yang amat bernilai mampu aku berikan selain dapat menunaikan keinginan mereka. 'Mak, Abah.. Nie hadiah yang orang mampu bagi setakat nie untuk Mak dan Abah.'

opppss!! terlebih sudah

Pada hari bersejarah tersebut, aku mengalami tiga kali situasi yang agak menyentuh perasaan sehingga hampir menitiskan air mata. 

Pertama. Ketika kaki melangkah masuk ke dewan utama, terasa sebak sangat. Air mata terasa meronta-ronta ingin mengalir ke luar. (perasaan luar biasa) sedangkan itu bukanlah kali pertama aku menjejaki kaki ke dewan.(untungla dapat mengawal perasaan ketika itu). 

Kedua. Sewaktu lagu Ayah dan Ibu diputarkan dalam dewan. Terasa menggeletar seluruh badan. Tiba-tiba badan rasa panas (sedangkan dewan sangat la sejuk). Kelopak mata terasa seperti dibanjiri air yang sedang menunggu dari pecah dari takungannya.

Ketiga. Bila kami perlu memberi tunduk hormat terhadap Ibu Bapa yang ada di dalam dewan. Ya Allah, ketika itu terasa seperti ingin berlari dan memeluk Mak dan Abah. 

"Ya Allah, sesungguhnya tiada yang lebih bernilai dari pengorbanan Mak dan Abah. Aku yakin aku tidak mampu membalas segalanya Hanya satu aku minta darimu Ya Rabb, jadikanlah aku anak yang bertakwa." AMIN.

p/s : Maaf.. Ini catatan yang aku lalui sendiri semasa Hari Penganugerahan. Mungkin bagi sesetangah ianya perkara biasa tapi tidak untuk keluarga aku yang sederhana. Kami perlu melalui jalan-jalan yg sukar sebelum boleh mencapai segalanya. Tapi percayalah, kerana Allah sentiasa membantu hambanya. 
Reply To This Comment

Thursday, September 27, 2012

Kek Rainbow untuk Birthday Abah

Rainbow la sgt kan..!! tiga warna jer pown.. hihi!

15 SEPTEMBER 1949 lahirlah seorang putera yang sangat disayangi oleh Cik Puteh dan Tok Mat iaitu ARIF JOHARI.. =)

Baru-baru nie 15 September 2012, genaplah usia abah saya 63 tahun. So, saya x tahu nak bagi hadiah apa kat abah maka tercetus la idea nak buat kek yang penuh kasih sayang untuk Abah (wah, ayat kelass gi tue). Kek nie adalah usahasama saya dan anak saudara. Beriya-iya dia nak tolong kan, saya pown lagi berbesar hati lah. Best juga dapat buat together nie.

Sebenarnya proses nak buat kek nie xdak la susah sangat, beli tepung segera kat kedai jer pn... hehe! (dunia kan semakin maju) Balik rumah ikut jer arahan yang dah di beri.. Kemudian, yang warna-warni tue pandai-pandai la cari pewarna bukannya siap dah okay.. hekhek!

Tapi part yang paling mencabar sekali adalah buat aising sebab nie kali ke berapa ntah saya buat. Sebelum-sebelum nie x pernahnya nak menjadi. Banyak yang terap ketanah jer.. huhu! So, dengan penuh bersemangat dan tekad untuk mendapatkan pin kebal..(ehh..mcm master chef plak)..haha! Mksdnya nak dapatkan penghargaan dari abah atas kek tue, buat juga sampai boleh. Dan akhirnya..... BERJAYAA...!!!

ntah betul ker x la ejaan jawinya.. huhu!


SELAMAT HARI LAHIR ABAH.... =)

Fuhhh..!! Alhamdulillah.. lega rasanya bila abah cakap 'okayla~'.. hehe.. Saya nie senyum sampai ke telinga la.. excited..!! Bukan senang ooo Abah kita nak puji.. hehe! Apa-apa pun, saya doakan semoga Abah saya sentiasa sihat-sihat, dipanjangkan umur dan dijauhi dari segala kejahatan yang ada kat dunia nie. AMIN..

Sebelum saya tamatkan entry kali nie, saya hadiahkan korang sepotong kek RAINBOW atau lebih sesuai panggil KEK WARNA WARNI jer.... hehehe! Selamat Menjamu mata... =p


adiiooosss...!!!
Reply To This Comment

Sungguh Saya SAYANG Dia.. Sangat!

Aii semua..

Bila malam-malam mcm nie mesti teringatkan dia. Rindu sangat kat dia. Kalau boleh nak peluk dan cium dia. Walaupun zaman sekarang ada teknologi 3G tapi tak puas rasanya, nak juga tengok depan mata! Rinduuu..!! Rinduuu sgt kat buchuk..!!!

BABY..............I MISS YOU.......


Oppsss..!! Jangan salah sangka ea korang. 'Dia' yang saya maksudkan tue ANAK SAUDARA saya. Dia buah hati saya. Masa dia lahir saya jaga dia, tapi bila dia sudah masuk sebulan lebih mak dia dah bawa dia balik semula ke selangor... Sedih! hukhuk!

NIE MASA BUCHUK BARU LAHIR
Tiap-tiap malam saya akan tengok dia untuk lepaskan rindu. Kadang-kadang tue buat 3G. Boleh tengok dia gelak, boleh tgk dia merengek, dia senyum....arghh! kira semua la.. hehe! Saya sayang dia. Sekarang nie dia dah masuk 4 bulan dah. Semakin comell..!

Jom saya kongsikan LAGI gambar buah hati saya.... =)

saya x boleh tgk dia tido, saya suka kaco.. hehe!

aaaaaacchhiiiimmm!!! alhamdulillah.... =)

tenangnya dpt tgk muka syg muchuk mak cik nie... muah!!

nie gambar terbaru.. tembam dah muchuk2..!! 

Serius rindu benar dengan dgn muchuk.. Muchuk saya nie nama dia IZZAT IKHWAN.. Tapi saya suka panggil dia buchuk walopon dia sentiasa wangi. Saya suka sangat bau baby! Kalaulah saya tak kerja lagi, nak jer jaga dia. Tapi xpa, hujung tahun nie kita jumpa ea syg.. =)

psstt : smga dimasa hadapan, saya akan dapat baby comel mcm nie..(berangan, pakwe pown blm ada dh pk psal baby..) haha! One day!

Reply To This Comment