Tuesday, September 25, 2012

Permulaan yang baru

Assalamualaikum..

Lama sungguh tidak menulis selepas blog yang lama berkubur(gadisajjoket.blogspot). Bukan merajuk atau menarik diri cuma masih tercari-cari identiti. Pada mulanya aku rasa macam tak sesuai nak jadi seorang blogger. Tapi bila difikir dan fikir aku rasa semua orang boleh jadi blogger asalkan niat dia betul. So aku tetapkan niat semula, buat azam baru, blog juga yang baru dan cuba perbaiki apa yang boleh.

Jujur aku cakap aku nie bukanlah dalam kategori pandai mengarang sangat sebab BM masa SPM pun out (tunduk malu).. Tapi tue kisah lama 7 tahun lepas. Dari masa ke semasa boleh baiki kan tapi yang dulu tue xdak sampi gagal (cover2).. Apa tue orang selalu cakap 'cukup-cukup masin' eehhh.. salah2!! cukup-cukup makan. =)

Intro blog nie xnak la meleret-leret sangat.. Bosan plak. Lagi pun masa aku menulis nie tengah demam. Ntah mai mana semangat nak menulisnya. Ikut kan je lah. Semoga entry aku selepas2 nie akan memberi manfaat dan menyeronokkan. Perkongsiaan adakalanya perlu untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Walaupun hanya di alam maya. Sebab bagi aku persahabatan nie tiada hadnya. SETUJU?? x setuju? tak apa. Kita kan ada hak masing-masing. Asalkan bahagia. =)

Setakat tue saja dari saya... Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment