Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Untukmu Pendampingku

Salam Jumaat.. Salam kasih sayang.. Lamanya Cik Aj membiarkan blog ini sepi dan sunyi. Tiada coretan dan perkongsian yang di isi. Maaf..

Dalam entry kali ini..izinkan Cik Aj untuk berkongsi bait-bait indah coretan dalam sebuah buku yang Cik Aj sedang baca.. "Ya Allah..Diakah Jodohku".. Tulisan Burhan Sodiq..

Kepada bakal pendampingku kelak..Ingin sekali ku sajikan bait-bait doa indah ini utk tatapanmu...

Letih..
Mungkin itu yang akan aku rasa
Mencarimu dalam bayang
tidak pernah bertemu sehingga melayang

Melayang..
Melayang angan terbuai usia
Bergerak naik menuju ke pusara
Tidak henti terus mencari
Tambatan hati yang dinanti-nanti

Kuberdoa pada pemilik hati
Yang menggenggam nyawa dan nasib diri ini
Apabila dia membaca tulisan ini
Semoga hatinya boleh menjadi hati yang suci

Mungkin selama ini aku terlalu memilih
Atau mungkin tiada yang dipilih
Semuanya menjauh
Tidak terlihat dan tidak tersentuh

Kini segalanya harus dimulakan
Dari niat tulus yang tidak ternilai
Terlalu mulia untuk dinilai
Terlalu tinggi untuk dituai

Dalam sujud hati
Aku berdoa pada ilahi
Agar segera bertemu kekasih hati
Yang menemaniku ke syurga abadi

Aku benar-benar tidak tahu
Apakah kamu atau siapa pendampingku
Namun jika memang sudah takdirku
Semoga hatiku boleh bersanding dengan hatimu....

Reply To This Comment

Friday, February 15, 2013

Hati Pun Boleh Berubah

Assalammualikum dan salam jumaat semua..

Alhamdulillah sudah masuk bulan kedua untuk tahun 2013. Banyak perkara yang dilalui sampai tak ada peluang untuk update entry. Huhuhu..

Tapi Alhamdulillah hari nie Cik Aj cuba update entry seberapa yang boleh. Masa kadang-kadang boleh merubah segalanya. Itu yang Cik Aj dapat katakan. Satu masa dahulu mungkin kita suka dengan suatu benda. tetapi bila masa berubah dan persekitaran berbeza mungkin rasa suka itu juga akan berubah. Bukankah manusia itu boleh berubah???

Okay..Cik Aj ada satu Contoh (dah macam jawab soalan periksa siap da contoh..haha)

Oaky, camnie..Dulu Cik Aj TERSANGAT la suka buah durian..!! Boleh dikatakan kategori HANTU DURIAN (mcm opek dlm upin ipin) TETAPI di sebabkan pernah satu ketika Abah Cik Aj beli durian banyak sangat. Penuh rumah la. Rumah bau durian jer. Mula-mula memang la sukakan tapi bila dah masuk seminggu duduk bau buah durian jer, Huh! memang muak la. Buka peti ais bau durian, Nak minum air dalam peti ais pun bau durian.. Pendek kata semua bau durian.. Arrggghhhh!!! Memang tension ar time tue.. Sampai rasa mual sangat.. Lepas kejadian tue la Cik Aj memang dah tak berapa berkenan dengan DURIAN.. Makan tue memang makan Tapi dah tak sehantu dulu2...

Tengok disebabkan satu kejadian, kadangkala kita boleh jadi tidak suka dengan benda yang dahulunya kita suka sangat.... Macam tue la hati kita... Cik Aj akui dulu Cik Aj ada seseorang dalam hati nie yang Cik Aj sayangi, kasihi dan cintai.. Tapi disebabkan ketidakjujuran..pembohongan.. hati Cik Aj seolah-olah rasa tawar, kosong. Hingga pernah sampai satu tahap Cik Aj benci untuk mencurah kasih pada orang lain.

Tapi entah kenapa 'Bulan' merubah segalanya. Bulan itu seperti membawa satu sinar baru.. satu harapan baru.. Mungkinkah Bulan itu yang akan menemani Cik Aj seumur hidup Cik Aj.. Mungkinkah Bulan itu yang akan bersama-sama dalam perjalanan hidup Cik Aj. Melalui suka duka, jatuh bangun dalam kehidupan Cik Aj kelak. Hanya mampu berdoa dalam setiap sujud.

Cik Aj ini manusia lemah, masih lagi teraba-raba dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Sungguh Cik Aj akui, Cik Aj tidak mampu untuk memberi janji setinggi gunung.. seluas langit..dan sedalam lautan. Kerana Cik Aj tahu manusia itu mampu berubah.. hati juga boleh berubah. Kita hanya mampu merancang, Tuhan lebih tahu segalanya. 

Hari demi hari..hanya doa yang mampu Cik Aj panjatkan pada yang Esa.. Meluahkan perasaan cinta tidak mungkin sesekali.. Cinta itu terlalu mahal nilainya.. Hanya dia (seorang suami) lebih layak untuk memiliki cinta Cik Aj yang serba sedehana ini kerana Cik Aj ingin menyintai secara sederhana...


"Siapa pun awak (jodoh saya) saya tahu awak sedang berusaha keras untuk menjadi Kekasih Halal saya. Sedang berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.. sedang berusaha untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam karier.. Semua itu saya tahu.. Sebab awak buat itu semua untuk masa depan kita nanti.. Awak saya juga ingin awak tahu, saya juga sedang memenuhkan ilmu di dada dengan ilmu dunia dan juga akhirat.. Sedang belajar untuk menjadi seorang isteri yang solehah, menjadi ibu yang bertanggungjawab untuk anak-anak kita kelak dan memperbaiki segala kekurangan. Awak ooo awak.. saya ingin mencintai awak secara sederhana tetapi penuh dengan keikhlasan dan keredhaan-Nya. Hanya satu saya minta Jika rindu datang bertamu, doalah kepada-Nya moga rasa rindu itu hanya kerana-Nya bukan bisikan syaitan dan moga rindu itu akan membawa kita ke jalan-Nya. Moga rindu itu mampu menguatkan semangat kita untuk memudahkan kita menuju satu ikatan yang sah. Kerana doa itu sebaik-baik penghubung antara kita."

Reply To This Comment

Saturday, January 12, 2013

Mr. Azam tolong jadi milik saya.

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaa...!!!!

Waaahhhh!!! Lamanya tak update entry. Almost 1 week..!! Sibuk sungguh nowh Cik Aj (pdahal buat2 sibuk jer pown) =p Ayat maw power! hikhik

Sudah 12 hari masuk tahun baru 2013.. dan ini merupakan entry yang pertama untuk tahun baru. Entry kali nie Cik Aj akan tulis mengenai Mr.Azam. Huh! Bukan mudah sebenarnya nak memiliki Mr.Azam ini. Perlu usaha yang gigih dan berterusan. Kalau tak, memang putih mata la.


Mr.Azam nie kena dipikat dengan kesungguhan, kerajinan, dan usaha. Sebab yang tue merupakan faktok penting untuk memilikinya. So, skill sudah ada sekarang Cik Aj akan senaraikan perkara yang Cik Aj ingin dapatkan dari Mr.Azam. 

Keistimewaan Mr.Azam nie sebabnya dia berbeza sangat. Lain orang lain caranya dan lain juga citarasa serta keinginan. So keinginan Cik Aj terhadap Mr.Azam ini adalah ; (jeng! jeng! jeng!) Tapi sebelum tue meh sini Cik Aj habaq sapa Mr.Azam tue (tiba2 jer keluar bhsa kedah, hamik kau!)hehe. Mr.Azam nie adalah AZAM Cik Aj untuk tahun 2013. Ingatkan entry sebelum ini Cik Aj pernah cakap nak beritahu pasal azam kan.. Okay check this....Tadaaaa...!! 

1. TELEFON PINTAR (BB ka SAMSUNG erk..tp mcm nk beli BB je.Dh 5 thn tak tukar handphone ni)
2. KERJA TETAP (sbbnya skrg msh belum tetap lg)
3. PEMANDU BERHEMAH (kena keluar awal g kerja utk slesaikn prob nie. hehe)
4. LUPAKAN KISAH CINTA LAMA (nk hilangkan rasa fobia trhdp cinta, nk beri pluang pd yg berhak)

Yang tue dari segi keinginan. Kalau dari segi pemakanan plak, Cik Aj kalau boleh nak ;

1. KURANGKAN MAKAN BERASASKAN IKAN BILIS DAN BELACAN (sbbnya ini akan mnyebakan Cik Aj mengalami alahan yang teruk)
2. NAK MANTAIN BERAT BADAN IDEAL (walopn nmpak chubby dr dulu tp sbnrnya nie dah cpai berat badan ideal k..hehe)

Dari segi lain tue biar la jadi simpanan dalam hati. Sebab terlalu peribadi untuk di mention dekat sini kan. Apa yang penting dan merupakan ayat agak cliche tapi lumrah kan, semua orang berharap agar tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. In Shaa Allah, kita hanya mampu merancang kerana Allah lebih berhak menentukannya.

So, Mr.AZAM tolonglah jadi milik saya dalam tahun ini. Saya sangat menginginkan awak dalam hidup saya!! Please be nice to me.. =) hehe!!

pssstt : Ada satu lagi sebenarnya nak tulis..urmmm mcm malu..urmmm naak tulis tak erk.. urmm..urmmm...(ngada!) haha.. Okay2..! Sebenarnya jauh di sudut hati kalau boleh tahun ini nak MENCARI CINTA..!!! (blushing jap). Haha. In Shaa Allah walaupun jodoh sudah Allah tetapkan tapi kita sebagai manusia juga harus berusaha untuk mencari. Pray for me ea... =)


Perkara utama yang anda harus tahu mengenai saya adalah saya bukan seseorang yang ISTIMEWA yang didambakan oleh semua jejaka di luar sana, Hanya Gadis Biasa, Penuh dgn Kekurangan, Masih cetek dengan segala jenis ilmu. Namun sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk orang sekeliling yang menyayangi saya. So, IM JUST LIMITED EDITION.. hehe! =p

lot of love Aj Joket..!!
Reply To This Comment

Friday, December 21, 2012

Kisah Cinta Pemadam dan Pensil

Assalamualaikum dan salam jumaat. Hari yang indah nie, Cik Aj ingin sekali berkongsi kisah cinta PEMADAM dan PENSIL yang Cik Aj dapat dari laman sosial facebook Cik Aj. Wlaupun cerita yang agak pendek TETAPI percaya lah membawa makna yang begitu tersirat disebaliknya. Jom baca, jangan malas2 ea.. =)




Pensel : Saya minta maaf.


Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.






Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.



# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adlh ibarat pemadam terbaik utk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...





# Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...

#begitula juga sahabat dan kehidupan kita.. 





Sekian, cerita kisah cinta PEMADAM dan PENSIL... Ingatlah..sebaik-sebaik perancangan adalah dari ALLAH SWT.. =)


Reply To This Comment

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Hanya ucapan syukur mampu di luahkan kerana Allah masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk menikmati segala nikmat yang ada di bumi pinjaman-Nya.

Semoga di tahun baru ini, aku akan menjadi hamba-Nya yang lebih bertakwa dan sentiasa menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur. Aku mohon agar aku tidak lagi mengingkari segala janji yang aku telah aku katakan pada-Nya.






"Ya Allah sesungguhnya Hidayah itu milik-Mu dan aku sebagai hamba-Mu akan terus mencari hidayah itu. Semoga Engkau melimpahkan hidayah-Mu buatku Ya Rabbi. Aku hamba-Mu yang lemah, sentiasa perlukan petunjuk dan bimbingan-Mu agar jalan yang aku lalui tidak terpesong. Ya Rahman, aku sentiaasa dahagakan keampunan-Mu, moga segala dosa-dosaku terampun. Amin..Amin..Amin Ya Rahim."


Reply To This Comment

Tuesday, November 13, 2012

Saya Lepaskan Awak "Mr.M"

Hampir 10 tahun mengenalinya dan sepanjang tue juga pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuh. Kekadang aku terfikir aku harus belajar mengalah dan lepaskan. Aku cuba dan mencuba tetapi tiap kali itu jugala aku gagal! 

Kenapa? Kenapa? Aku terfikir, kenapa susah sangat nak buang dia dalam hati aku, dalam fikiran aku...susah! Mungkinkah, kerana dia lelaki yang pertama berjaya mencuri hati aku?? Mungkinkah apa yang dikatakan orang Cinta Pertama sukar untuk dilupakan itu betul? Aku keliru. Aku sentiasa cuba melawan dengan perasaan sendiri, menguatkan hati, memujuk hati supaya melupakan dia.

Pelbagai cara yang kami berdua cuba lakukan untuk memulihkan semula hubungan yang lama terpisah. Tapi pasti sahaja menemui jalan yang sulit. Mungkin juga kerana kedegilan aku. Ya, Aku degil! Kedegilan inilah yang sentiasa merumitkan keadaan dan kebisuan dia jugalah sering mengeruhkan keadaan.

Kami bukanlah pasangan kekasih, tetapi kami cuma "kekasih zaman sekolah" yang sudah lama terpisah. Bertemu, berpisah, bertemu dan berpisah. Itulah perkara yang sering terjadi kepada kami. Setiap kali bertemu pasti perasaan akan bergetar seperti rasa cinta itu masih ada tetapi setiap kali itu jugalah akan adanya perpisahan. Hubungan apakah ini??? 

Sampailah satu malam nie aku terima SMS yang menyatakan "Dia suami saya, jangan ganggu dia". Aku terpaku.. Mata aku tiba-tiba berair.. Apakah? Hampir lebih dari 10x aku membaca mesej yang sama, mungkin ada kesilapan. Tetapi ternyata aku bukan hantar nombor yang salah. Saat tue, bermacam-macam perkara bermain di fikiran. Aku rasa tertipu! Untuk apakah selama ini aku menunggu dia. Adakah hanya untuk dipermainkan? Dia yang selama nie aku anggap jujur tetapi......argghhh! aku tak sanggup untuk berfikir lagi. 

Dengan itu aku putuskan, aku akan lepaskan dia.. Ya, akan aku lepaskan. Aku gunakan FB sebagai perantara dan aku terangkan segalanya walaupun tiada penjelasan dari dia dan dia hanya fikir itu gurauan. Maaf, tidak bagi aku. Aku mungkin akan melukakan hati banyak orang lagi. Dan aku lepaskan walau hati tak rela..

Aku kesal, dia tidak berusaha untuk menjelaskan atau menerangkan. Aku anggap dia tidak pernah serius dalam hubungan. Menyesal aku saat itu kerana terus memberi ruang kepada orang yang tidak pernah menghargai perasaan. Terluka.. itulah yang sering aku rasa tapi aku tak pernah tunjukkan. Aku simpan.

Kini, aku dapat lihat dia mempunyai pengganti. Seseorang yang lebih baik dari aku dan lebih dari segalanya-segalanya. Mungkin itu yang dia cari. Walaupun pedih, tetapi inilah hakikat yang harus aku terima.."dia bukan untuk aku".

"Saya lepaskan awak Mr.M.. Saya relakan awak untuk mencintai orang lain. Saya akan buang sisa-sisa yang masih ada dalam diri saya nie kerana saya ingin memberi peluang untuk orang lain mencintai saya. Awak hanya sejarah untuk saya. "


Selamat Tinggal Cinta Pertamaku Mr.M...........!!!!!

psstt : sowie..feeling2 sadis ckt.. =]
Reply To This Comment

Thursday, October 18, 2012

Silent Lover or Secret Admirer?

"Kenapalah dia tak datang kelas erk hari nie?"

"Kenapa erk dia tak datang ea masa group discussion tadi?"

"Wah! Dia cakap dengan aku lah hari nie." (sepanjang hari akan senyum ja)



Okay, ayat-ayat di atas nie adalah ayat seorang 'SILENT LOVER' atau mungkin SECRET ADMIRER. Orang-orang macam nie merupakan orang yang tiada keberanian yang tinggi atau mungkin takut di 'reject'. Sebenarnya bukan mudah mencintai seseorang yang tidak pernah tahu kita menyukainya or mungkin tidak pernah tahu kewujudan kita. Susah! Memang susah! Sebab perasaan tue kita simpan rapat-rapat. Kuncinya kita buang jauh-jauh.



Cik Aj merupakan salah seorang daripada golongan di atas. Tetapi jenis Cik Aj, Cik Aj akan cuba juga untuk mendekati atau lebih mengenali orang tersebut. Cik Aj bukannya jenis suka seseorang tetapi tak tahu sikapnya mcm mana. Study sikit la pasal orang tue (dh mcm buku daa). Dengan cara tue boleh la kenal orang tue. Kadang-kadang buat-buat tanya soalan, tapi sebenarnya nak tarik perhatian suruh dia berkomunikasi dengan kita jer pown. (bijak kn, konon!)

"Ehh, awak taw tadi lecturer cakap, group kita kena buat blaa..bla...bla.." (lebih kurang bgtu la mukadimahnya). So, dia akan respon punya.

Tetapi suka seseorang tue jangan letak 100% sebab kebarangkalian nak frust memang tinggi okay. So, jangan suka sangat-sangat. Sikit-sikit tak apa. (blh lagu tue?) 

Cik Aj sampai sekarang ada la 'seseorang' yang Cik Aj akan excited sgt kalau dia tegur. Boleh senyum sepanjang hari kalau dia chat dengan Cik Aj kat facebook. Tetapi Cik Aj tak rasa la dia tue CINTA Cik Aj. Mungkin hanya suka-suka! Kan SUKA, SAYANG dan CINTA tue adalah perkara yang berbeza. Cik Aj kategori kan penyakit Cik Aj nie, SUKA-SUKA jer kowt! 

"Awakkkkkkk... Saya sukaaaa awakkk..!! " Kalau boleh nak jerit macam tue la.. Tapi tak mampu. Mampu jerit dalam hati jer.. 

DAN...

"Awakk.. saya nie secret admirer awak tapi saya bukan silent lover. Saya suka awak jer taw." 



BUKAN AKU MEMUJI, APA LAGI MEMUJA, SALAHKAH AKU  MENGAGUMI CIPTAAN TUHAN YANG ESA.

Reply To This Comment

Wednesday, October 17, 2012

"Aku Mahu Dia ..."


"Katakanlah kepadaku kasih andainya kau punya perasaan sepertiku agar kita bisa bersama. Tolong jawablah kasih, jawablah perasaan hatiku yang menebal, Ku selalu terbayang senyumanmu.."


Jiwang! 
Mesti tue ayat pertama korg untuk Cik Aj kan? hehe

Tue la mood ada sedikit wink..wink hari nie. Tapi bukan bermaksud Cik Aj JATUH CINTA okay!(tp kalo cinta pa salahnya kn). Pagi nie buka jer TV tiba ada preview movie "Apa Celop Toqq". Lagu OST FILEM tue SEDAP, ditambah HAZAMA plak yang nyanyi kan..bertambah-tambah sedapnyaaa! Terus datang akal nak berkongsi lirik lagu nie.
Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu
Selalu ku terbayang senyummu
sumber Lirik lagu
Sweet kan? Terus berangan-angan jer bila dengar! Tapi jangan lebih-lebih.. hehe! Kalau nak lebih juga, suka hati..Asal anda bahagia.. =p Tapi lebih BAIK rasa cinta yang ada tue disimpan dalam hati dan berdoalah moga dia yang kita suka tue menjadi jodoh kita.(perempuan jgn lbh2 sgt) Simpan sedikit rasa malu, kerana malu itu separu dari IMAN. =)




"TIDAK PAYAH BERSENTUHAN TANGAN KERANA MEREKA SUDAH BERSENTUHAN HATI
TIDAK PAYAH BERBALAS KERLINGAN MATA KERANA MEREKA SUDAH PUN BERBALAS-BALAS DOA"

Reply To This Comment

"AKU PENCINTAMU"



Pernahkah anda menjadi seorang "Pencinta Setia".. Menanti seseorang tanpa pernah rasa jemu.. Tanpa pernah ada kekesalan.. Anda merasakan dia memang tercipta untuk anda.. Walaupun dia pernah melukakan anda.. TETAPI anda masih menanti..dan terus menanti.. Berharap suatu hari dia akan datang menyatakan Cinta kepada anda..



"Dulu." Cik Aj tegaskan sekali lagi DULU... Cik Aj pernah merasainya.. Cik Aj pernah menunggu seseorang yang Cik Aj yakin kewujudan dia maka itu adalah sebab mengapa Cik Aj tunggu. Walaupun bertahun-tahun. Namun setelah jumpa, Cik Aj harus akui mungkin Tuhan bukan ciptakan dia untuk Cik Aj..kerana Cik Aj selalu berpegang kepada kata-kata "Sekiranya dia adalah jodoh kita, maka Allah akan permudahkan jalan untuk ke satu ikatan yang suci".



Bagi Cik Aj, Cik Aj tak nampak jalan tue. Segalanya bagi Cik Aj agak sukar. Ujian demi ujian, dan Cik Aj putuskan "Dia bukan tercipta untuk aku". Tetapi itu kisah dulu..dulu.. So kepada "Pencinta Setia".. Hayati bait-bait lirik lagu nie yang pernah menjadi kegilaan Cik Aj.. hehe! Nyanyian Felix AF3.. AKU PENCINTAMU..


Aku masih di sini kekasih
Telah lama ku simpan segalanya
Janji yang tak pernah kau tunaikan
Tapi aku masih setia menanti

Cinta ku masih lagi di sini
Masih berbunga menantikanmu
Walaupun harumnya hampir hilang
Tapi ku tetap pencinta yang setia

(Korus)
Dan Aku masih lagi di sini sayang
Masih setia menanti dirimu
Kerna kita pernah sayang menyayang
Ku harap cinta mu tak akan pudar

Dan ku masih menanti dirimu
Masih segar menanti segalanya
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Akan hancur hati ku kerna kamu

Aku masih di sini sayangku
Walaupun kau hilang kian lama
Telah cintaku jadi begini
Betapa aku pencinta yang setia

(Ulang korus)

Dengarkan kasih
Lagu ku ini
Kerna diriku
Pencintamu


Sumber : Lirik

sumber: google image


MANA MUNGKIN KITA BISA MELUPAKAN SESEORANG YANG PERNAH DULU BERTAKHTA DIHATI KITA DENGAN MUDAH. YANG PERNAH BERKONGSI KASIH. NAMUN PERCAYALAH, IANYA MUDAH SEKIRANYA KITA TEKAD DAN BERUSAHA. HINGGA SAMPAI SATU SAAT IANYA AKAN PERGI BAGAI ANGIN LALU...
Reply To This Comment

Monday, October 15, 2012

Auch Feeling 'Princess'

Pernah tak korang terbayang macam mana kalau korg jadi 'princess' ? Tak pernah  erkk? Okay, xpa2 Cik Aj bagi masa 10 saat.. Bayangkan sekarang!

10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1........... teettt..!! Masa dah tamat! Sudah-sudah tak payang nak kerut dahi and buat muka seposen cakap tak sempat nak bayangkan. Alaa Cik Aj tahu, mesti nanti korg bayangkan macam-macam. Jadi princess kepada Putera Harry la.  Tak pown dok bayangkan jadi princess dalam citer-citer korea. Hero-hero korea plak kan ensem!

Sebenarnya, tak payah hah sampai penat-penat perah otak bayangkan keadaan tue, cukuplah bila ada yang menyayangi kita dan menghargai kita. Kita nie ada nilai yang sangat tinggi, janganlah dijatuhkan nilai kita sebagai seorang wanita hanya semata-mata menagih kasih pada yang tidak sudi.


Every girl deserves to be treated like a princess♥ 
So girls have self value stop being so easy, 

if a Guy cheats LEAVE, always be confident. 

If you can't be happy by yourself that's a problem you don't NEED a Guy. 
If you start needing guys to be happy that's a problem. 

It doesn't matter what anybody thinks of you. 
What you think of yourself is what really matters. 

You are your worst enemy. (cc: Best Quotes)

Now start L O V I N G yourself♥


Apa yang pasti Cik Aj adalah permaisuri dan ratu kepada mak dan abah Cik Aj. (princess juga kan). Whatever is start loving yourself..! dan suatu hari Allah akan bagi seseorang yg akan menyayangi kita dan menjadi Raja dalam hati. Bukan itu sahaja, mampu menjadi IMAM yang boleh membawa kita hingga ke syurga. Insyallah.
Reply To This Comment

Friday, September 28, 2012

Indahnya ‘HIDAYAH ALLAH’




“...hidayah Allah dapatkah terasa, kalau masih belum carilah segera. Dimana-mana ia pasti ada, Cuma diri kita mungkin menolaknya..”

Assalamualikum semua.. Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Ayat yang di atas tadi adalah petikan lirik dari sebuah lagu nasyid yang pernah dulu masa sekolah rendah saya nyanyikan. Sampai sekarang saya suka lagu tue, Cuma liriknya dah tak berapa ingat.  Huhu! Tapi jangan suruh saya nyanyi plak! Memang OUT la... hehe! Zaman dulu-dulu boleh la.. =)

Saya bukan apa, rasa tertarik plak nak tulis entry pasal tajuk nie, sebabnya saya tengok zaman sekarang nie ramai dah mula sedar tentang kepentingan agama kita dalam kehidupan seharian. Saya nie bukanlah dalam kategori alim ulamak, dan bukan juga graduan dari universiti Jordan, Cuma tak ada salahnya kan kalau bercakap mengenai hal nie. Saya teringat kata-kata seorang ustaz Nak menasihati seseorang kearah kebaikan atau nak menyampai ilmu agama tidak perlu sehingga anda menjadi seorang ustaz atau ustazah TAPI cukuplah anda tahu mengenai kesahihan penyampaian ilmu anda’.

Sebab tue saya rasa nak tulis entry pasal perkara nie. Saya lihat ramai orang dah pandai bercakap mengenai ilmu agama dan menyampaikannya. Medium yang paling banyak sekali adalah facebook. Baguslah, sekurang-sekurangnya dalam kita dok online ada juga ilmu yang terisi. TAPI yang paling penting, janganlah kita menerima ilmu yang kita dapat tue secara membuta tuli. Tengok dulu dari mana datangnya sumber tersebut, kaji kesahihahnya, rujuk pakar-pakar dalam bidang tersebut. Semoga kita tak dapat ilmu yang memesongkan.

Saya selalu berdoa, semoga Allah sentiasa menyentuh hati saya agar saya sentiasa bersama-Nya. Kita nie manusia biasa, tak lari dengan dugaan dan juga godaan. Jika orang nak tarik kita kekanan memanglah agak susah dan perlu usaha yang berterusan tetapi bila nak ditarik kekiri x perlu susah-susah, sekali jentik pun kita dah boleh jatuh kekiri..Nauzubillah! Moga kita dijauhi jalan yang sempit. Amin

::sumber dari fanpage di facebook::

:: sumber dari google image ::

psssttt : Untung sungguh mereka-mereka yang mendapat cahaya dari Allah. Kerana orang-orang macam nie akan terus-terusan mencari ilmu agama untuk mengisi jiwa mereka. Seseungguhnya hanya dengan Allah hati akan menjadi tenang..
Reply To This Comment