Friday, October 12, 2012

Hadiah Untuk Mak dan Abah

"Mak! Abah! Orang dapat masuk U.. terjerit-jerit aku masa tue bila dapat surat dari Abg Posmen. Teruja sangat.! Mak dan Abah la orang pertama yang aku bagi tahu. Tapi itu cerita empat tahun lepas. Masa mula-mula diterima masuk. Syukur tidak terhingga. Al-maklumla dalam keluarga hanya aku seorang sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading (orang lain mungkin tidak akan rasa teruja seperti keluarga aku). Riak wajah Mak Abah aku waktu tue memang gembira sangat. Aku faham perasaan mereka, sebabnya mereka sentiasa mendoakan supaya aku boleh melanjutkan pelajaran. 

TAPI... Perjalanan selama 4 tahun sudah bernoktah akhirnya pada 7 Oktober 2012. Alhamdulillah, selamat bergelar graduan! (cari kerja tetap la plak psnie). 

Sejujurnya, salah satu doa yang sentiasa aku berdoa setiap hari adalah untuk memberi peluang kepada Mak dan Abah menyaksikan hari bersejarah buat aku. Kerana bagi aku, merekalah penguat semangat aku. Peniup motivasi dalam setiap perkara yang aku lakukan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana doa aku dimakbulkan.

Tiada hadiah yang amat bernilai mampu aku berikan selain dapat menunaikan keinginan mereka. 'Mak, Abah.. Nie hadiah yang orang mampu bagi setakat nie untuk Mak dan Abah.'

opppss!! terlebih sudah

Pada hari bersejarah tersebut, aku mengalami tiga kali situasi yang agak menyentuh perasaan sehingga hampir menitiskan air mata. 

Pertama. Ketika kaki melangkah masuk ke dewan utama, terasa sebak sangat. Air mata terasa meronta-ronta ingin mengalir ke luar. (perasaan luar biasa) sedangkan itu bukanlah kali pertama aku menjejaki kaki ke dewan.(untungla dapat mengawal perasaan ketika itu). 

Kedua. Sewaktu lagu Ayah dan Ibu diputarkan dalam dewan. Terasa menggeletar seluruh badan. Tiba-tiba badan rasa panas (sedangkan dewan sangat la sejuk). Kelopak mata terasa seperti dibanjiri air yang sedang menunggu dari pecah dari takungannya.

Ketiga. Bila kami perlu memberi tunduk hormat terhadap Ibu Bapa yang ada di dalam dewan. Ya Allah, ketika itu terasa seperti ingin berlari dan memeluk Mak dan Abah. 

"Ya Allah, sesungguhnya tiada yang lebih bernilai dari pengorbanan Mak dan Abah. Aku yakin aku tidak mampu membalas segalanya Hanya satu aku minta darimu Ya Rabb, jadikanlah aku anak yang bertakwa." AMIN.

p/s : Maaf.. Ini catatan yang aku lalui sendiri semasa Hari Penganugerahan. Mungkin bagi sesetangah ianya perkara biasa tapi tidak untuk keluarga aku yang sederhana. Kami perlu melalui jalan-jalan yg sukar sebelum boleh mencapai segalanya. Tapi percayalah, kerana Allah sentiasa membantu hambanya. 

No comments:

Post a Comment