Saturday, October 6, 2012

Ulangtahun Yang Penuh Bermakna


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Cik AJ Joket 
Allah selamatkan kamu..

Happy birthday to you,
Happy birthday to you
Happy birthday to CIK AJ JOKET (ME)
Happy birthday to you...

yeaayy... my birthday 6 October 2012!
(tepuk-tepuk..) walaupun xda kek.. and tak ada juga orang yang nyanyikan..(nyanyi sendiri..hehe) saya tetap gembira..

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya masih lagi bernafas di atas muka buminya. Alhamdulillah juga masih diberi kesempatan untuk terus memperbaiki menjadi hamba-Nya yang solehah.. Amin..

Tahun nie tentunya menjadi ulangtahun kelahiran yang penuh bermakna dalam hidup saya. Hari nie saya menyambut hari lahir, keesokan harinya saya akan naik pentas untuk mengambil segulung ijazah selepas 4 tahun pengajian. Insyallah, semoga Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah, saya rasa saya beruntung kerana masih diberi peluang. Berkat doa dari mak dan abah juga keluarga. Semoga hari yang akan mendatang saya akan menjadi 'somebody' yang boleh membanggakan mereka. Amin.

Bercakap mengenai ulangtahun, walaupun saya dalam kategori tak pernah menyambut ulangtahun kelahiran (kadang-kadang cemburu juga dengan yang lain) tetapi saya selalu akan cepat-cepat betulkan niat. Saya sudah menginjak ke satu tahap dimana alam dewasa, dan saya harus memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Anggaplah sesuatu perkara sebagai proses mematangkan. Berfikir secara matang! hehe.

Bukanlah sesuatu keperluan pun.Kalau ada tue anggap lah suatu BONUS..! (wink..wink..) Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan Facebook  Aj Joket kerana wish birthday dan mendoakan yang baik-baik. Saya sangat terharu atas ucapan dan doanya. Saya juga mendoakan agar kalian sentiasa dirahmati oleh Allah. Amin.

Opss!! ada lagi...lupa..lupa.. ampun! hehe.. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada SEPUPU saya Cik Nadia kerana menjadi orang pertama wish birthday! (tapi x ada hadiah la nak bagi) =p

Sesungguhnya dengan adanya jaringan sosial seperti FB dan Twitter boleh membuatkan kita merasa seperti sedang meraikan ulangtahun secara beramai-ramai.. hehe! 



Psstt : tiba-tiba teringat tahun lepas kena mandi dengan tepung.. X sangka plan (Cik Tina, Cik Fiza, Cik Sue n Cik As menjadi..!) huh! Harap2 tahun nie x kena prank.. Rosak la nanti rambut i.. hukhuk! Owhhh! Tiidaaakkkkk!! 

No comments:

Post a Comment