Tuesday, November 13, 2012

Saya Lepaskan Awak "Mr.M"

Hampir 10 tahun mengenalinya dan sepanjang tue juga pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuh. Kekadang aku terfikir aku harus belajar mengalah dan lepaskan. Aku cuba dan mencuba tetapi tiap kali itu jugala aku gagal! 

Kenapa? Kenapa? Aku terfikir, kenapa susah sangat nak buang dia dalam hati aku, dalam fikiran aku...susah! Mungkinkah, kerana dia lelaki yang pertama berjaya mencuri hati aku?? Mungkinkah apa yang dikatakan orang Cinta Pertama sukar untuk dilupakan itu betul? Aku keliru. Aku sentiasa cuba melawan dengan perasaan sendiri, menguatkan hati, memujuk hati supaya melupakan dia.

Pelbagai cara yang kami berdua cuba lakukan untuk memulihkan semula hubungan yang lama terpisah. Tapi pasti sahaja menemui jalan yang sulit. Mungkin juga kerana kedegilan aku. Ya, Aku degil! Kedegilan inilah yang sentiasa merumitkan keadaan dan kebisuan dia jugalah sering mengeruhkan keadaan.

Kami bukanlah pasangan kekasih, tetapi kami cuma "kekasih zaman sekolah" yang sudah lama terpisah. Bertemu, berpisah, bertemu dan berpisah. Itulah perkara yang sering terjadi kepada kami. Setiap kali bertemu pasti perasaan akan bergetar seperti rasa cinta itu masih ada tetapi setiap kali itu jugalah akan adanya perpisahan. Hubungan apakah ini??? 

Sampailah satu malam nie aku terima SMS yang menyatakan "Dia suami saya, jangan ganggu dia". Aku terpaku.. Mata aku tiba-tiba berair.. Apakah? Hampir lebih dari 10x aku membaca mesej yang sama, mungkin ada kesilapan. Tetapi ternyata aku bukan hantar nombor yang salah. Saat tue, bermacam-macam perkara bermain di fikiran. Aku rasa tertipu! Untuk apakah selama ini aku menunggu dia. Adakah hanya untuk dipermainkan? Dia yang selama nie aku anggap jujur tetapi......argghhh! aku tak sanggup untuk berfikir lagi. 

Dengan itu aku putuskan, aku akan lepaskan dia.. Ya, akan aku lepaskan. Aku gunakan FB sebagai perantara dan aku terangkan segalanya walaupun tiada penjelasan dari dia dan dia hanya fikir itu gurauan. Maaf, tidak bagi aku. Aku mungkin akan melukakan hati banyak orang lagi. Dan aku lepaskan walau hati tak rela..

Aku kesal, dia tidak berusaha untuk menjelaskan atau menerangkan. Aku anggap dia tidak pernah serius dalam hubungan. Menyesal aku saat itu kerana terus memberi ruang kepada orang yang tidak pernah menghargai perasaan. Terluka.. itulah yang sering aku rasa tapi aku tak pernah tunjukkan. Aku simpan.

Kini, aku dapat lihat dia mempunyai pengganti. Seseorang yang lebih baik dari aku dan lebih dari segalanya-segalanya. Mungkin itu yang dia cari. Walaupun pedih, tetapi inilah hakikat yang harus aku terima.."dia bukan untuk aku".

"Saya lepaskan awak Mr.M.. Saya relakan awak untuk mencintai orang lain. Saya akan buang sisa-sisa yang masih ada dalam diri saya nie kerana saya ingin memberi peluang untuk orang lain mencintai saya. Awak hanya sejarah untuk saya. "


Selamat Tinggal Cinta Pertamaku Mr.M...........!!!!!

psstt : sowie..feeling2 sadis ckt.. =]

No comments:

Post a Comment