Friday, February 15, 2013

Hati Pun Boleh Berubah

Assalammualikum dan salam jumaat semua..

Alhamdulillah sudah masuk bulan kedua untuk tahun 2013. Banyak perkara yang dilalui sampai tak ada peluang untuk update entry. Huhuhu..

Tapi Alhamdulillah hari nie Cik Aj cuba update entry seberapa yang boleh. Masa kadang-kadang boleh merubah segalanya. Itu yang Cik Aj dapat katakan. Satu masa dahulu mungkin kita suka dengan suatu benda. tetapi bila masa berubah dan persekitaran berbeza mungkin rasa suka itu juga akan berubah. Bukankah manusia itu boleh berubah???

Okay..Cik Aj ada satu Contoh (dah macam jawab soalan periksa siap da contoh..haha)

Oaky, camnie..Dulu Cik Aj TERSANGAT la suka buah durian..!! Boleh dikatakan kategori HANTU DURIAN (mcm opek dlm upin ipin) TETAPI di sebabkan pernah satu ketika Abah Cik Aj beli durian banyak sangat. Penuh rumah la. Rumah bau durian jer. Mula-mula memang la sukakan tapi bila dah masuk seminggu duduk bau buah durian jer, Huh! memang muak la. Buka peti ais bau durian, Nak minum air dalam peti ais pun bau durian.. Pendek kata semua bau durian.. Arrggghhhh!!! Memang tension ar time tue.. Sampai rasa mual sangat.. Lepas kejadian tue la Cik Aj memang dah tak berapa berkenan dengan DURIAN.. Makan tue memang makan Tapi dah tak sehantu dulu2...

Tengok disebabkan satu kejadian, kadangkala kita boleh jadi tidak suka dengan benda yang dahulunya kita suka sangat.... Macam tue la hati kita... Cik Aj akui dulu Cik Aj ada seseorang dalam hati nie yang Cik Aj sayangi, kasihi dan cintai.. Tapi disebabkan ketidakjujuran..pembohongan.. hati Cik Aj seolah-olah rasa tawar, kosong. Hingga pernah sampai satu tahap Cik Aj benci untuk mencurah kasih pada orang lain.

Tapi entah kenapa 'Bulan' merubah segalanya. Bulan itu seperti membawa satu sinar baru.. satu harapan baru.. Mungkinkah Bulan itu yang akan menemani Cik Aj seumur hidup Cik Aj.. Mungkinkah Bulan itu yang akan bersama-sama dalam perjalanan hidup Cik Aj. Melalui suka duka, jatuh bangun dalam kehidupan Cik Aj kelak. Hanya mampu berdoa dalam setiap sujud.

Cik Aj ini manusia lemah, masih lagi teraba-raba dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Sungguh Cik Aj akui, Cik Aj tidak mampu untuk memberi janji setinggi gunung.. seluas langit..dan sedalam lautan. Kerana Cik Aj tahu manusia itu mampu berubah.. hati juga boleh berubah. Kita hanya mampu merancang, Tuhan lebih tahu segalanya. 

Hari demi hari..hanya doa yang mampu Cik Aj panjatkan pada yang Esa.. Meluahkan perasaan cinta tidak mungkin sesekali.. Cinta itu terlalu mahal nilainya.. Hanya dia (seorang suami) lebih layak untuk memiliki cinta Cik Aj yang serba sedehana ini kerana Cik Aj ingin menyintai secara sederhana...


"Siapa pun awak (jodoh saya) saya tahu awak sedang berusaha keras untuk menjadi Kekasih Halal saya. Sedang berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.. sedang berusaha untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam karier.. Semua itu saya tahu.. Sebab awak buat itu semua untuk masa depan kita nanti.. Awak saya juga ingin awak tahu, saya juga sedang memenuhkan ilmu di dada dengan ilmu dunia dan juga akhirat.. Sedang belajar untuk menjadi seorang isteri yang solehah, menjadi ibu yang bertanggungjawab untuk anak-anak kita kelak dan memperbaiki segala kekurangan. Awak ooo awak.. saya ingin mencintai awak secara sederhana tetapi penuh dengan keikhlasan dan keredhaan-Nya. Hanya satu saya minta Jika rindu datang bertamu, doalah kepada-Nya moga rasa rindu itu hanya kerana-Nya bukan bisikan syaitan dan moga rindu itu akan membawa kita ke jalan-Nya. Moga rindu itu mampu menguatkan semangat kita untuk memudahkan kita menuju satu ikatan yang sah. Kerana doa itu sebaik-baik penghubung antara kita."

No comments:

Post a Comment