Friday, December 28, 2012

Kenangan 2012

Assalamualaikum dan salam kasih sayang.. =)

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup udara segar... *tarik nafas... Nyaman! 

Pejam celik, pejam celik.. sudah berada di hujung tahun 2012.. Sungguh cepat masa berlalu. Dan banyak benda yang dikutip dalam hidup. 



Syukur sangat Cik Aj kehadrat Ilahi, kerana dalam tahun 2012 nie impian Cik Aj untuk menggenggam sejulung ijazah tercapai. Alhamdulillah.. Apa yang paling berharga bagi Cik Aj adalah Mak dan Abah ada di hari bahagia Cik Aj. Itulah satu-satunya perkara paling Cik Aj harapakan. Mereka adalah tunjang kejayaan Cik Aj. Peniup semangat dan kata-kata motivasi...




Daaannn.... paling manis lagi kawan merangkap sahabat merangkap musuh merangkap sedara, juga konvo sekali. JoKeMeT..!!! Ya. Budak-budak sekepala, sepinggan nasi, sebilik, dan segala 'se' la.. Leganya, harapan untuk bergraduasi sekali juga termakbul. Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur kami. Empat tahun bertungkus-lumus,  bergaduh, bertekak, berseronok, belajar (belajar letak last skali.hihi) dan macam-macam lagi lah berjaya diharungi bersama. Tuhan jer tahu saat tue, ketika tue, masing-masing rasa excited sangat dan terharu juga. Sebabnya lepas nie bawa hala tuju masing-masing. Dah tak dapat nak masak sama-sama, makan atas surat khabar sama-sama, pergi beli lauk sama-sama, naik bas sama-sama..argghh!! macam-macam la.

*sedih jap

Cik Aj belum pernah jumpa kawan macam Joket, sangat memahami, sangat tegas, sangat baik hati, sangat tidak berkira dan tak tertulis lagi kebaikan yang ada kat Joket. Mereka selalu ada waktu Cik Aj ingin pinjamkan bahu walaupun mereka tahu Cik Aj bukanlah orang yang mudah untuk mengalirkan air mata. Tetapi bila tiba saat sedih pasti ada mereka. Mereka juga tahu apa yang Cik Aj suka, apa yang Cik Aj benci. Merekalah manusia yang sanggup lakukan apa sahaja untuk seorang yang bergelar sahabat. Mereka teman yang selalu pinjamkan telinga untuk mendengar Cik Aj bercerita walaupun kadang-kadang boring tetapi tetap setia mendengar. Mereka juga tahu macam mana untuk mengawal kemarahan Cik Aj dan apa yang perlu dilakukan (part nie plg best sbbnya depa nie PENYABAR) .Sepanjang empat tahun segala aktiviti kami buat bersama, harungi bersama dan hadapi bersama. Indahnya kenangan itu.

*Imbas kembali saat indah bersama kejap (tongkat dagu)





Okay STOP!! Tak boleh tulis lagi, satgi 'hujan' turun. Kalau nak cerita pasal Joket boleh buat novel bersiri.. hikhik.


NEXT......


Dalam tahun ini juga ramai sahabat-sahabat Cik Aj sudah mendirikan rumahtangga. Dari kawan Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Teknik dan sahabat seuniversiti.. Wah! Seronoknya.. Tumpang gembira. Alhamdulillah, jodoh yang Allah telah tulis untuk mereka telah sampai. Syukur. Hanya doa mengiringi kebahagian sahabat-sahabat Cik Aj. TAHNIAH semua yang selamat di ijabkabul dengan pasangan masing-masing. Hah! Lupa! Cik Aj juga nak mengucapakan Tahniah kepada teman-teman yang baru dapat baby. Coraklah anak-anak dengan cara yang terbaik k.. (dah mcm bg ucapan dekat radio). =)

Yang nie ZUL merangkap kawan sekolah RENDAH dan juga Sepupu.

Gambar yang PALING CIK AJ suka sekali.. Semua nie kawan-kawan Cik Aj. Dengan suami dan anak-anak. =)
Pengantinnya MAHFUZAH MAHMOOD

kawan sekolah teknik. shahila shamira sharif.. =)

Setakat ini sahaja dulu kowt kenangan MANIS Cik Aj dalam tahun 2012.. Sebenarnya banyak, cuma SELECT yang meninggalkan kesan dihati dulu k. =)

Next entry Cik Aj cuba cerita warna warni kalendar kehidupan 2012 Cik Aj ea. Tungguuu...!! byeee!
(nak p makan cucur cempedek..nyum! nyum!)


No comments:

Post a Comment