Wednesday, December 19, 2012

WASPADA CINTA PALSU !!!!

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Hampir berminggu-minggu juga Cik Aj tak update blog Cik Aj. Al-maklumla, agak sibuk sikit dengan program dekat tempat kerja. Balik jer dari kursus terus ada program. Pagi, petang dan malam kena turun. Huh! Letih cheQ! Tapi nak buat macam mana tuntutan kerja kan.. Cari rezeki.. hehe (Baru taw susah, dulu kira dok perabih duit ja) : p


Okay, entry kali nie Cik Aj nak luahkan perasaan Cik Aj sikit pasal cinta. Jujur Cik Aj bgtaw, memang Cik Aj bukan pakar dalam bidang nie tapi ini hanyalah dari pengalaman dan pendapat peribadi Cik Aj. Cik Aj tak minta untuk di iyakan apa yang Cik Aj bakal tulis cuma anggaplah ianya pandangan peribadi dari sudut Cik Aj.

Minggu nie Cik Aj melalui hari-hati yang agak serabut sangat. Memanglah siang malam Cik Aj sentiasa berdoa semoga Allah pertemukan Cik Aj dengan jodoh yang Allah telah tulis untuk Cik Aj. Tetapi Cik Aj rasa mungkin apa yang berlaku dekat Cik Aj adalah salah satu cara Allah ingin menguji Cik Aj. Cik Aj di uji oleh dua orang lelaki yang mengakui menyukai Cik Aj.


Tetapi harus bagaimana Cik Aj menerangkan kepada mereka bahawa bukan cinta ini yang Cik Aj harapkan. Bukan 'cinta monyet' lagi. Cinta itu sudah lama mati!! Cik Aj menginginkan cinta yang ada garis panduannya, bukan main redah macam budak sekolah yang baru ingin bercinta! Tak! Bukan! Cinta macam tue sudah tak sesuai di guna pakai untuk orang yang boleh dikategori dalam 'dewasa'. Serius cakap rimas! Geli! Menyampah! Bagi Cik Aj, ianya TAK MATANG...

Duluuu bolehlah kalau nak ajak bercinta yg geli2 tue..sebab budak lagi..tak taw apa..tak faham apa..main ikut jer..Tapi sekarang umur dah meningkat..bila umur dah meningkat harus lebih matang. Bijak dalam membuat penilaian mengikut kesesuaian umur. Cik Aj tak suka dilayan macam budak2 hingusan yg bajet baru nak berjinak2 dengan cinta. Haisshh!! 

Masalah sekarang, kedua-dua lelaki yang nak 'mengejas' Cik Aj tue bersikap macam tue. Memang susahla nak dapat kan. Cik Aj suka orang bersikap matang, tak suka memaksa, boleh menerima cara Cik Aj. Dalam perhubungan Cik Aj hanya nak kenal hati budi jer, kalau serasi Cik Aj tak nak tunggu lama.. Teruskan kepada satu ikatan yang suci. Buat apa nak bercinta lama-lama..Lepas tue tak ada plak hala tujuan. Semua tue bukan buang masa ka???? Cik Aj dah serik sangat buat masa dengan cinta yang tak ada kesudahan.. Rugi jer rasa! Rugi duit, Rugi ketenangan, Rugi waktu dengan keluarga, Rugi waktu dengan kawan2.. Rugi macam2 lagi lah.

Tetapi jujur cakap kalau la lelaki hanya cari cinta yg sebegitu..Anggap itu hanya Cinta Palsu!! Cinta dimana mereka hanya ingin seorang perempuan untuk bersama mereka untuk mengisi kesunyian mereka. Ingin merasa disayangi. Tapi bukanlah untuk dijadikan isteri. Lebih kepada ingin merasa keasyikan bercinta sebelum kahwin seperti orang lain. 

Mungkin ada yang berpendapat Cik Aj terlalu memilih atau berfikiran kolot..Tetapi percayalah Cik Aj juga pernah melalui zaman cinta monyet..dan bila difikirkan balik Cik Aj rasa rugi sangat mengharap kepada sesuatu yang tak pasti.. So dalam konteks nie.. mereka gagal untuk memenangi hati Cik Aj TETAPI Cik Aj tak tahu la kalau kedepan2 berjaya ka.. Kan perasaan kita nie boleh berubah2..dan kita hanya merancang Allah sudah menentukan segalanya untuk kita..

Kadang-kadang kita merasa sesuatu perkara itu buruk bagi kita tapi sebenarnya ianya adalah baik untuk kita. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan..



psstt... Tunggu dan lihat je lah..Siapa yg mampu menawan hati Cik Aj..tetapi bukan sebagai kekasih... SEBAGAI IMAM dan SUAMI untuk Cik Aj.. =) *shy *blushing.. 

No comments:

Post a Comment