Saturday, December 1, 2012

"CINTA" Berputik Semula...

Assalamualaikum.. 

Selamat Datang Dicember..!! Moga memberi sejuta erti untuk bulan ini.

Cerita Cik Aj pada entry kali nie berkaitan dengan 'cinta' Cik Aj yang sedang berputik kembali. Bayangkan hampir 7 tahun ianya di kuburkan tapi entah kenapa perasaan itu tiba-tiba datang. Satu tiupan semangat dihembuskan menusuk ke dalam jiwa. Pada mulanya, memang Cik Aj ingin melupakan 'cinta' ini. Ingin biarkan menjadi sejarah. Tetapi takdir Tuhan dan keinginan seperti sukar untuk di tolak. Perasaan membuak-buak dan cinta seperti mendalam, membuatkan ianya sukar untuk di elak.



25 November 2012 merupakan tarikh keramat, tarikh dimana perasaan 'cinta' itu kembali. Cik Aj menjejakkan kaki di Bukit Selambau satu tempat pada mulanya begitu berat untuk melangkah pergi. Takdir tuhan, akhirnya membawa jiwa jasad kesana. Walaupun jiwa seperti meronta-ronta ingin pulang semula. Namun, setelah berjumpa dengan sahabat-sahabat seangkatan, Alhamdulillah berjaya memujuk hati untuk terus melalui hari-hari mendatang di tempat tersebut.

Hari pertama, Cik Aj hanya melepaskan cinta itu kepada orang lain merasakan diri ini masih tidak layak untuk memiliki. Tetapi apabila melihat orang lain tidak pandai untuk menjaga 'cinta' yang selama ini Cik Aj cintai, Cik Aj bertekad untuk 'merampas' supaya cinta Cik Aj itu tidak di sia-siakan oleh orang lain yang tidak faham bagaimana untuk mencintainya. Ya! Cik Aj harus kembalikan 'cinta' Cik Aj semula. Mungkin kami telah ditakdirkan untuk bersama.

Hari kedua, Cik Aj meminta izin dari orang yang tidak begitu 'pandai' menjaga 'cinta' hati Cik Aj untuk melepaskannya. Biarkan 'cinta' itu bersama Cik Aj semula. Biarlah apa orang nak kata, janji Cik Aj dapat bersamanya kembali. Cik Aj begitu merinduinya kerana 7 tahun berpisah! Alhamdulillah, orang itu sanggup melepaskannya daaannn Cik Aj berjaya memilikinya... =)

'CINTA' yang Cik Aj maksudkan adalah 'KETUA PLATUN KAWAD'.. hehe! oppsss sorry... buat suspen jer.. Ini adalah jiwa Cik Aj 7 tahun yang lalu. Masa sekolah Cik Aj TERsangat laa aktif dalam Kadet Remaja Sekolah (KRS). Dari Tingkatan 1 hingga 3, kemudian berlanjutan ke sekolah teknik Cik Aj sangat la aktif sampai mewakili negeri untuk kawad peringkat kebangsaan. Dahulunya juga Cik Aj pernah ditauliahkan sebagai 'PEGAWAI WARAN II' peringkat kebangsaan. Satu pencapaian yang Cik Aj rasa paling terbaik dalam hidup Cik Aj. Sebabnya dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia yang hantar wakil hanya 4 orang sahaja yang ditauliahkan 'PEGAWAI WARAN II' rasanya. Masa tue tahun 2004. (ingat2 lupa dah)

So, di kesempatan Cik Aj join 'Kursus Asas PKS Rela apa salahnya Cik Aj asah semula bakat yang sudah lama terkubur. Alhamdulillah penerimaan baik Cik Aj terima walaupun agak berbeza sikit cara arahan dan keluar kaki untuk mula kawad. Bukan mudah sebenarnya nak buat orang dengar cakap kita sebab yang pergi kursus tue datang dari 4 buah negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Putrajaya. Walaupun hanya pegang platun kecil tapi tetap sukar untuk di kawal. Kadang-kadang Cik Aj risau kalau-kalau arahan yang diberi kedengaran seperti kasar.(org kedah kn, mstlah ckp agk kasaq tp aty baik)..=)

Selama hampir 5 hari Cik Aj jaga platun Cik Aj, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja wlaupun ada 2-3 orang yang susah untuk menerima arahan. Perkara biasala tue.(lelaki la yg susah sgt..hehe). Mungkin sebab ketua depa perempuan kowt..hehe! Tapi tak apa, lelaki ka perempuan sama jer, tiada beza cuma perlu bijak mengendalikan ja. Cik Aj harap tak ada anak buah Cik Aj yang terasa hati dengan cara Cik Aj (x garang sgt pown)..=p

Pelbagai aktiviti kami buat bersama terutamanya KAWAD. Semua bagi kerjasama. Sampailah pada hari kami perlu bertanding antara Platun semua sangat bersemangat untuk pastikan kami JUARA dan Alhamdulillah hasil didikan dan tunjuk ajar dari Cikgu Nayan.., KAMI JUARA..!!! Banyak sangat kemenangan yang diperoleh oleh platun kami, antaranya;
  • KUMPULAN KAWAD TERBAIK
  • JOHAN KAWAD ANTARA PLATUN
  • KUMPULAN PENEMBAK TERBAIK
  • JOHAN MENEMBAK RELAWATI ( PUAN SULEIKA-KEDAH)
  • NAIB JOHAN MENEMBAK RELAWATI ( CIK NORSHAZWANI-KEDAH)
  • NAIB JOHAN MENEMBAK RELA ( SHARIFUDDIN-PENANG)
  • JOHAN KAWAD INDIVIDU RELAWATI ( CIK AJ -KEDAH)
  • JOHAN KARAOKE RELA ( HAFIS -PERLIS)
  • JOHAN KARAOKE RELAWATI ( IZREE@BUNGA - PUTRAJAYA)
Muka-muka kegembiraan terpancar 'sang juara'. PLATUN 1 TERBAIK...!!
Hahh!! Banyaaakkkan???? hehe! Semua nie berkat kerjasama dari semua. Seronok sangat sebab tak sangka semua mampu beri kerjasama yang TERBAIKK..!!! Dan tidak sia-sia Cik Aj menyemai semula rasa cinta Cik Aj terhadap bidang kawad kerana Cik Aj juga berjaya membawa pulang hadiah Johan Kawad Individu walaupun agak sedih tak dapat jadi ketua perbarisan. Beza markah 3 jer.. hukhuk! Tapi tak apalah bagi pelung dekat kaum adam kan. =)

Jom Cik Aj  sajikan sedikit sebanyak gambar kenangan di sana...

Perbarisan Tamat Latihan oleh ketiga-tiga Platun
Yang nie baru Platun 1 (muka gnas2 jer sumo) =p
Persediaan akhir sebelum masuk padang kawad. NEVES!!!
Sempat lagi budak2 dari IPRM nie makan durian.. ish2...
Penang mariii...!!!! Sharifuddin dan Tarmizi Shah
Muka-muka letih tapi tetap TERSENYUM...... peace yooo..!!!!
Kegembiraan terpancar di setiap wajah kami. Letih tapi seronokkkkkkk....!!!!!
PLATUN 1 di bawah jagaan CIKGU NAYAN (nie pown msh da yg x ckup sbb x masuk kawad)
Akhir sekali, semoga jumpa lagi ea kawan-kawan.. Pasti merindui detik-detik indah nie dan pengalaman yang diperoleh. Walaupun habis lebam satu badan sebab kena buat latihan menembak guna Pump Gun dan M-16 tetapi berbaloi-baloi. Sekurang-kurangnya dapat juga pendedahan suasana yang dihadapi oleh sahabat-sahabat semuslim kita di GAZA. Melalui hari-hari yang di hujani dengan peluru dan bunyi denyutan bom. Bersyukur la kita, masih diberi kesempatan untuk bernafas di buminya tanpa sebarang ancaman berbahaya.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi menemui-Nya ketika berjihad. Sesungguhnya Allah pasti menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. In Sya Allah.. 


Al-fatihah... 

No comments:

Post a Comment