“...hidayah Allah dapatkah terasa, kalau masih belum carilah segera.
Dimana-mana ia pasti ada, Cuma diri kita mungkin menolaknya..”
Assalamualikum semua.. Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Ayat yang di atas tadi adalah petikan lirik dari sebuah lagu
nasyid yang pernah dulu masa sekolah rendah saya nyanyikan. Sampai sekarang
saya suka lagu tue, Cuma liriknya dah tak berapa ingat. Huhu! Tapi jangan suruh saya nyanyi plak!
Memang OUT la... hehe! Zaman dulu-dulu boleh la.. =)
Saya bukan apa, rasa tertarik plak nak tulis entry pasal
tajuk nie, sebabnya saya tengok zaman sekarang nie ramai dah mula sedar tentang
kepentingan agama kita dalam kehidupan seharian. Saya nie bukanlah dalam
kategori alim ulamak, dan bukan juga graduan dari universiti Jordan, Cuma tak
ada salahnya kan kalau bercakap mengenai hal nie. Saya teringat kata-kata
seorang ustaz ‘Nak menasihati seseorang kearah kebaikan atau nak menyampai ilmu
agama tidak perlu sehingga anda menjadi seorang ustaz atau ustazah TAPI
cukuplah anda tahu mengenai kesahihan penyampaian ilmu anda’.
Sebab tue saya rasa nak tulis entry pasal perkara nie. Saya
lihat ramai orang dah pandai bercakap mengenai ilmu agama dan menyampaikannya.
Medium yang paling banyak sekali adalah facebook. Baguslah, sekurang-sekurangnya
dalam kita dok online ada juga ilmu yang terisi. TAPI yang paling penting,
janganlah kita menerima ilmu yang kita dapat tue secara membuta tuli. Tengok
dulu dari mana datangnya sumber tersebut, kaji kesahihahnya, rujuk pakar-pakar dalam bidang
tersebut. Semoga kita tak dapat ilmu yang memesongkan.
Saya selalu berdoa, semoga Allah sentiasa menyentuh hati
saya agar saya sentiasa bersama-Nya. Kita nie manusia biasa, tak lari dengan
dugaan dan juga godaan. Jika orang nak tarik kita kekanan memanglah agak susah
dan perlu usaha yang berterusan tetapi bila nak ditarik kekiri x perlu
susah-susah, sekali jentik pun kita dah boleh jatuh kekiri..Nauzubillah! Moga kita dijauhi
jalan yang sempit. Amin
![]() |
::sumber dari fanpage di facebook:: |
![]() |
:: sumber dari google image :: |
psssttt : Untung sungguh mereka-mereka yang mendapat cahaya dari Allah. Kerana orang-orang macam nie akan terus-terusan mencari ilmu agama untuk mengisi jiwa mereka. Seseungguhnya hanya dengan Allah hati akan menjadi tenang..
No comments:
Post a Comment