Dalam hidup kita, kekadang kita selalu memandang rendah terhadap rumput. Kita sering menganggap rumput nie tiada berguna dan tiada faedah. Kita jarang berfikir manfaat yang boleh kita peroleh dengan rumput. Itulah kita.
"Leman! Rumput depan rumah tue sudah panjang, pergi upah orang untuk mesin cepat. Nanti semak rumah kita".
Situasi sebegini pasti pernah berlaku dimana setiap orang akan menyegerakan menebas atau memesin rumput yang panjang. Tapi sedarkah kita rumput tetap akan naik semula walaupun ditebas atau di letak racun. Pasti akan subur kembali. Begitu juga ia akan tetap hidup walaupun tidak terkena matahari. Rumput terus subur walaupun tertimpa kayu mahupun papan. Sedarkah kita???
Semangat rumput yang harus kita contohi dan dijadikan motivasi dalam hidup. Biarpun diperlakukan bagaimanapun ia tetap terus hidup. Biar dicangkul lalu dibakar kadang-kadang rumput tetap masih boleh mengeluarkan pucuk. Sedangkan kita menyangka ia telah mati rupanya masih ada jauh di dalam tanah.
Begitu jugalah yang terjadi dengan Cik Aj akhir-akhir ini di tempat kerja. Walaupun di uji dengan kata-kata fitnah, Cik Aj harus berdepan, tidak boleh mengalah dan anggaplah ia sebagai gurauan. Memang pada mulanya agak sukar tetapi kita tidak boleh musnahkan hidup kita dengan rasa susah hati sepanjang hari. Alhamdulillah, kerana Allah gerakkan hati Cik Aj untuk membaca buku motivasi DR. HM TUAH ISKANDAR al-haj "Membina Personaliti Terbilang", banyak manfaat yang Cik Aj perolehi.
"Bukan ALLAH tidak kasih apabila menurunkan UJIAN tetapi kita GAGAL melihat kebaikan yang terselindung"
(DR.HM Tuah Iskandar al-haj)