Saturday, March 23, 2013

Penghuni dalam sangkar




Kusangka hidupku

Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu



Engkaulah cinta

Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

Sumber : liriklagumuzika.com



Weeee~~~ Lagu baru Hazama... Suka! Suka! (ala2 mei mei upin ipin) hehehe..

Sebenarnya tajuk lagu nie RELAKAN JIWA, bukannya Penghuni dalam sangkar... Saja jer Cik Aj up tajuk entry Penghuni dalam sangkar.. Poyo jer kan!

Apa2 pun Jom layan dan hayati bait-bait lagu nie... Kalau tak salah ady sixthsense yang tulis.. (Manusia Putih) Ady tulis memang MANTOP lerr.... Lagu nie boleh di nilai dari sudut yang berbeza... Ikut penilaian masing-masing...

Contohnya, kita boleh maksudkan lagu nie cinta seorang hamba kepada Pencintanya ataupun antara seorang yang menemui sebuah cinta ikhlas dari seseorang yang istimewa...

Okay faham??? Tak faham juga??? Adoyaaa buat-buat faham la... hehe! Apa yang penting tak payah stress sangat untuk dalami lirik lagu nie. Tak masuk EXAM pown..!!  Werrrkk!. =p
Reply To This Comment

Saturday, March 2, 2013

Jangan Pernah Berubah...

Assalammualaikum... 

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan masa untuk tangan ini menari-nari di keyboard kecik molek Cik Aj. =)

Sebelum nie Cik Aj pernah up entry bertajuk hati pun boleh berubah dan kenapa tiba-tiba entry kali nie Jangan Pernah Berubah pula kan... Haishh.. Keliruu?? Opss!! Tak payah nak keliru sangat la.. Segala benda mesti ada sebab bukan? hehe

Macam tue la untuk entry kali nie.. Cik Aj terpanggil-panggil untuk menulis sesuatu untuk seseorang. Seseorang yang cuba masuk dalam hati kecik Cik Aj nie. (ehem! ehem! Ngada!)

Seringkali Cik Aj ingatkan kepada dia mengenai ketidaksempurnaan yang Cik Aj miliki. Cik Aj hanyala "Wanita Biasa" yang tiada kelebihan yang boleh di banggakan. Sebab itu Cik Aj tidak pernah cuba untuk memberi harapan dan janji-janji manis. Cik Aj takut! Takut sekiranya Cik Aj akan terlebih menyayangi dan akhirnya dia pergi meninggalkan Cik Aj.

KITA BERDUA ADA SEJARAH MASING-MASING.. TAPI SEJARAH ITULAH YANG MEMBUATKAN KITA MENJADI MATANG, MEMBUAT KITA LEBIH MENGHARGAI MASING-MASING....
Cukuplah dulu perkara itu pernah berlaku. Cik Aj rasa tidak mampu lagi untuk menanggung untuk kesekian kalinya. Orang kata bila seseorang cuba untuk memikat kita, dia akan menerima kita seadanya, akan bersabar dengan karenah kita, akan berusaha segigih-gigihnya tetapi bila hati kita sudah di tawan mereka mula rasa bosan dan mencari alasan. Itu yang Cik Aj khuatiri. Mampukah dia bertahan dengan sikap Cik Aj??? Mampukah dia bersabar dengan kelakuan Cik Aj??? Banyak sangat persoalan-persoalan yang bermain di minda nie.. Kadang-kadang di luar jangkaan. (advance!)

Sekiranya Cik Aj gelisah, kurang pasti, dan memerlukan nasihat, pasti Cik Aj akan memohon bantuan dari Sue JoKeT dan As JoKet (Selain doa dari ALLAH yang satu)... Mereka la kawan-kawan yang sentiasa meyakinkan Cik Aj agar memberi peluang kepada lelaki yang ikhlas untuk menawan hati Cik Aj. Kata-kata dan nasihat mereka yang selalu menjadi pegangan untuk Cik Aj. (So, awak sepatutnya berterima kasih pada JoKet) =p

Bulan,

Awak baik.. Baik sangat!! Awak buat saya rasa, sayalah Perempuan yang paling bertuah sekali. Awak buat saya rasa yakin dengan diri sendiri. Awak buat saya rasa dihargai dan di hormati. Perkara paling penting sekali..Awak buat saya rasa di sayangi oleh seseorang yang bernama teman. Selain Keluarga dan Joket saya betul-betul rasa kasih sayang awak. Awak sabar...Awak selalu mengalah.. Saya nie keras awak.. Keras sangat.. Kadang-kadang ego saya melebihi segalanya tetapi awak tetap bertahan. 

Awak,

Sebenarnya, dalam kekerasan saya... Saya takut awak akan berubah.. Saya takut awak juga akan pergi meninggalkan saya sebab dah tak mampu bertahan dengan karenah saya.. Awak, saya nie tak pandai bermadah puisi.. Tak pandai ambil hati.. Tak pandai memujuk.. Kadang-kadang awak yang pujuk diri awak sendiri... Saya minta maaf. Saya tak mampu nak lakukan semua itu. Ada batasan yang menghalang.

Awak,

Kalau awak dah letih dengan sikap saya, perangai saya, baran saya beritahu la.. Jangan pendam. Jujurlah dengan saya walaupun itu akan menyakitkan hati saya. Saya kuat awak..Saya Kuat. Saya kan Matahari, mesti la kuat. =) Walaupun jauh di sudut hati saya nak sangat awak berada di sisi saya. Saya berdoa agar Allah permudahkan jalan kita sekiranya benar awak adalah jodoh saya. Selagi awak bukan yang halal untuk saya, selagi itulah wujud keterbatasan di antara kita. Dan selagi itulah ada jurang memisahkan kita. Dan siapa KITA untuk menidakkan TAKDIR yang telah ditulis oleh-NYA. Sayangi saya secara sederhana dan simpanlah selebihnya untuk 'seseorang' yang benar-benar layak untuk memilikinya. JODOH, PERTEMUAN, AJAL, MAUT DAN REZEKI adalah RAHSIA-NYA. Apa pun terjadi selepas ini, semoga kita sentiasa REDHA dengan ketentuan-NYA.
Matahari ini tidak mampu untuk menyinarkan cahayanya selagi Bulan itu bukan miliknya. Berdoalah di setiap sujudmu supaya kita mampu bersatu. Saat itu tiada batasan yang menghalang kasih sayang kita. Dan saat itu akan saya minta untuk awak JANGAN PERNAH BERUBAH...... Beradalah disisi saya untuk selamanya..


Reply To This Comment