Monday, February 18, 2013

DARE TO BE.....!!!


“Dare to Be

When a new day begins, dare to smile gratefully.

When there is darkness, dare to be the first to shine a light.

When there is injustice, dare to be the first to condemn it.

When something seems difficult, dare to do it anyway.

When life seems to beat you down, dare to fight back.

When there seems to be no hope, dare to find some.

When you’re feeling tired, dare to keep going.

When times are tough, dare to be tougher.

When love hurts you, dare to love again.

When someone is hurting, dare to help them heal.

When another is lost, dare to help them find the way.

When a friend falls, dare to be the first to extend a hand.

When you cross paths with another, dare to make them smile.

When you feel great, dare to help someone else feel great too.

When the day has ended, dare to feel as you’ve done your best.

Dare to be the best you can –

At all times, Dare to be!”

toing! toing! 

pssttt : Kadang2 kita kena berani untuk jadi sesuatu yang lain.. Walaupun perlu melawan arus. Berani berubah. Berani mencari kelainan asalkan masih berada di landasan yang betul.. Dare to be..!! =)
Reply To This Comment

Friday, February 15, 2013

Wanita Ibarat Matahari BUKAN Bulan

Assalamualaikum.. Rajinnya hari nie Cik Aj update blog kan.. hehe. (Mood baik) =)

Dulu-dulu orang selalu cakap "Perempuan nie cantik macam bulan". Tetapi Cik Aj sebenarnya kurang brsetuju dari dulu lagi.. Sebabnya dulu kecil2 mungkinlah rasa teruja kan bila orang cakap mcm tue Tapi bila sudah meningkat ke sekolah menengah, dah belajar sains baru la kita tahu macam mana rupanya Bulan sebenarnya. Hehe! 

Tapi tue lah, lumrah orang dulu-dulu suka guna bahasa indah untuk memuji. Bukan salah mereka pun. Zaman dulu mana la ada orang nak p kaji bentuk Bulan tue lagi kan. hehe! Tapi tak apa zaman semakin canggih sekarang, nak dapat maklumat tue mudah.. kena bijak jer. =)

Yang paling Best sebenarnya yang Cik Aj nak kongsi adalah dari gambar di bawah nie. Cik Aj dapat dari page di Facebook. Sangat menarik!!. Sesuai di jadikan panduan untuk kaum wanita seperti Cik Aj. Rasanya pepatah nie lebih sesuai kowt di guna pakai untuk perempuan zaman sekarang. =)

"Didiklah WANITA dengan KEIMANAN bukannya HARTA mahupun PUJIAN"



Wanita solehah itu, sifatnya malu membenteng diri, pergaulan yang dipagari, kecantikan bukan berada pada wajahnya, kemanisan bukan berada pada kemanjaannya, kemanisan bicara tidak menjadi daya penariknya yang bisa goyah iman kaum muslimin tetapi terletak pada perjuangannya menjaga dan memartabatkan agamanya.

Kata orang;

Nafsu mengatakan WANITA cantik pada paras rupa
Akal mengatakan WANITA cantik pada ilmu
Hati mengatakan WANITA Cantik pada akhlaknya

Wanita solehah itu adalah yang menjaga KECANTIKAN LUARAN
 dan mengutamakan KECANTIKAN DALAMAN...


Kredit untuk page BercintaSelepasNikah . Untuk mendapatkan banyak lagi ilmu-ilmu dan kata-kata motivasi yang membina Cik Aj syorkan Like page tue k di Facebook.. Banyak ilmu yang boleh diperoleh. Mari sama-sama perbaiki diri. Jadikan ini salah satu caranya.. =)


P/S : Gambar nie adalah permulaan sebuah perkenalan dan perhubungan antara "BULAN" dan "MATAHARI" ... Semoga Bulan akan terus memancarkan cahayanya dalam kehidupan 'matahari' Dan semoga Matahari akan terus memberi manfaat untuk 'bulan'... Sama-sama berusaha untuk kebaikan. =)
Reply To This Comment

Hati Pun Boleh Berubah

Assalammualikum dan salam jumaat semua..

Alhamdulillah sudah masuk bulan kedua untuk tahun 2013. Banyak perkara yang dilalui sampai tak ada peluang untuk update entry. Huhuhu..

Tapi Alhamdulillah hari nie Cik Aj cuba update entry seberapa yang boleh. Masa kadang-kadang boleh merubah segalanya. Itu yang Cik Aj dapat katakan. Satu masa dahulu mungkin kita suka dengan suatu benda. tetapi bila masa berubah dan persekitaran berbeza mungkin rasa suka itu juga akan berubah. Bukankah manusia itu boleh berubah???

Okay..Cik Aj ada satu Contoh (dah macam jawab soalan periksa siap da contoh..haha)

Oaky, camnie..Dulu Cik Aj TERSANGAT la suka buah durian..!! Boleh dikatakan kategori HANTU DURIAN (mcm opek dlm upin ipin) TETAPI di sebabkan pernah satu ketika Abah Cik Aj beli durian banyak sangat. Penuh rumah la. Rumah bau durian jer. Mula-mula memang la sukakan tapi bila dah masuk seminggu duduk bau buah durian jer, Huh! memang muak la. Buka peti ais bau durian, Nak minum air dalam peti ais pun bau durian.. Pendek kata semua bau durian.. Arrggghhhh!!! Memang tension ar time tue.. Sampai rasa mual sangat.. Lepas kejadian tue la Cik Aj memang dah tak berapa berkenan dengan DURIAN.. Makan tue memang makan Tapi dah tak sehantu dulu2...

Tengok disebabkan satu kejadian, kadangkala kita boleh jadi tidak suka dengan benda yang dahulunya kita suka sangat.... Macam tue la hati kita... Cik Aj akui dulu Cik Aj ada seseorang dalam hati nie yang Cik Aj sayangi, kasihi dan cintai.. Tapi disebabkan ketidakjujuran..pembohongan.. hati Cik Aj seolah-olah rasa tawar, kosong. Hingga pernah sampai satu tahap Cik Aj benci untuk mencurah kasih pada orang lain.

Tapi entah kenapa 'Bulan' merubah segalanya. Bulan itu seperti membawa satu sinar baru.. satu harapan baru.. Mungkinkah Bulan itu yang akan menemani Cik Aj seumur hidup Cik Aj.. Mungkinkah Bulan itu yang akan bersama-sama dalam perjalanan hidup Cik Aj. Melalui suka duka, jatuh bangun dalam kehidupan Cik Aj kelak. Hanya mampu berdoa dalam setiap sujud.

Cik Aj ini manusia lemah, masih lagi teraba-raba dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Sungguh Cik Aj akui, Cik Aj tidak mampu untuk memberi janji setinggi gunung.. seluas langit..dan sedalam lautan. Kerana Cik Aj tahu manusia itu mampu berubah.. hati juga boleh berubah. Kita hanya mampu merancang, Tuhan lebih tahu segalanya. 

Hari demi hari..hanya doa yang mampu Cik Aj panjatkan pada yang Esa.. Meluahkan perasaan cinta tidak mungkin sesekali.. Cinta itu terlalu mahal nilainya.. Hanya dia (seorang suami) lebih layak untuk memiliki cinta Cik Aj yang serba sedehana ini kerana Cik Aj ingin menyintai secara sederhana...


"Siapa pun awak (jodoh saya) saya tahu awak sedang berusaha keras untuk menjadi Kekasih Halal saya. Sedang berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.. sedang berusaha untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam karier.. Semua itu saya tahu.. Sebab awak buat itu semua untuk masa depan kita nanti.. Awak saya juga ingin awak tahu, saya juga sedang memenuhkan ilmu di dada dengan ilmu dunia dan juga akhirat.. Sedang belajar untuk menjadi seorang isteri yang solehah, menjadi ibu yang bertanggungjawab untuk anak-anak kita kelak dan memperbaiki segala kekurangan. Awak ooo awak.. saya ingin mencintai awak secara sederhana tetapi penuh dengan keikhlasan dan keredhaan-Nya. Hanya satu saya minta Jika rindu datang bertamu, doalah kepada-Nya moga rasa rindu itu hanya kerana-Nya bukan bisikan syaitan dan moga rindu itu akan membawa kita ke jalan-Nya. Moga rindu itu mampu menguatkan semangat kita untuk memudahkan kita menuju satu ikatan yang sah. Kerana doa itu sebaik-baik penghubung antara kita."

Reply To This Comment