Thursday, October 18, 2012

Silent Lover or Secret Admirer?

"Kenapalah dia tak datang kelas erk hari nie?"

"Kenapa erk dia tak datang ea masa group discussion tadi?"

"Wah! Dia cakap dengan aku lah hari nie." (sepanjang hari akan senyum ja)



Okay, ayat-ayat di atas nie adalah ayat seorang 'SILENT LOVER' atau mungkin SECRET ADMIRER. Orang-orang macam nie merupakan orang yang tiada keberanian yang tinggi atau mungkin takut di 'reject'. Sebenarnya bukan mudah mencintai seseorang yang tidak pernah tahu kita menyukainya or mungkin tidak pernah tahu kewujudan kita. Susah! Memang susah! Sebab perasaan tue kita simpan rapat-rapat. Kuncinya kita buang jauh-jauh.



Cik Aj merupakan salah seorang daripada golongan di atas. Tetapi jenis Cik Aj, Cik Aj akan cuba juga untuk mendekati atau lebih mengenali orang tersebut. Cik Aj bukannya jenis suka seseorang tetapi tak tahu sikapnya mcm mana. Study sikit la pasal orang tue (dh mcm buku daa). Dengan cara tue boleh la kenal orang tue. Kadang-kadang buat-buat tanya soalan, tapi sebenarnya nak tarik perhatian suruh dia berkomunikasi dengan kita jer pown. (bijak kn, konon!)

"Ehh, awak taw tadi lecturer cakap, group kita kena buat blaa..bla...bla.." (lebih kurang bgtu la mukadimahnya). So, dia akan respon punya.

Tetapi suka seseorang tue jangan letak 100% sebab kebarangkalian nak frust memang tinggi okay. So, jangan suka sangat-sangat. Sikit-sikit tak apa. (blh lagu tue?) 

Cik Aj sampai sekarang ada la 'seseorang' yang Cik Aj akan excited sgt kalau dia tegur. Boleh senyum sepanjang hari kalau dia chat dengan Cik Aj kat facebook. Tetapi Cik Aj tak rasa la dia tue CINTA Cik Aj. Mungkin hanya suka-suka! Kan SUKA, SAYANG dan CINTA tue adalah perkara yang berbeza. Cik Aj kategori kan penyakit Cik Aj nie, SUKA-SUKA jer kowt! 

"Awakkkkkkk... Saya sukaaaa awakkk..!! " Kalau boleh nak jerit macam tue la.. Tapi tak mampu. Mampu jerit dalam hati jer.. 

DAN...

"Awakk.. saya nie secret admirer awak tapi saya bukan silent lover. Saya suka awak jer taw." 



BUKAN AKU MEMUJI, APA LAGI MEMUJA, SALAHKAH AKU  MENGAGUMI CIPTAAN TUHAN YANG ESA.

Reply To This Comment

Wednesday, October 17, 2012

"Aku Mahu Dia ..."


"Katakanlah kepadaku kasih andainya kau punya perasaan sepertiku agar kita bisa bersama. Tolong jawablah kasih, jawablah perasaan hatiku yang menebal, Ku selalu terbayang senyumanmu.."


Jiwang! 
Mesti tue ayat pertama korg untuk Cik Aj kan? hehe

Tue la mood ada sedikit wink..wink hari nie. Tapi bukan bermaksud Cik Aj JATUH CINTA okay!(tp kalo cinta pa salahnya kn). Pagi nie buka jer TV tiba ada preview movie "Apa Celop Toqq". Lagu OST FILEM tue SEDAP, ditambah HAZAMA plak yang nyanyi kan..bertambah-tambah sedapnyaaa! Terus datang akal nak berkongsi lirik lagu nie.
Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu
Selalu ku terbayang senyummu
sumber Lirik lagu
Sweet kan? Terus berangan-angan jer bila dengar! Tapi jangan lebih-lebih.. hehe! Kalau nak lebih juga, suka hati..Asal anda bahagia.. =p Tapi lebih BAIK rasa cinta yang ada tue disimpan dalam hati dan berdoalah moga dia yang kita suka tue menjadi jodoh kita.(perempuan jgn lbh2 sgt) Simpan sedikit rasa malu, kerana malu itu separu dari IMAN. =)




"TIDAK PAYAH BERSENTUHAN TANGAN KERANA MEREKA SUDAH BERSENTUHAN HATI
TIDAK PAYAH BERBALAS KERLINGAN MATA KERANA MEREKA SUDAH PUN BERBALAS-BALAS DOA"

Reply To This Comment

Bowling Merasmikan "KAD SISWA"

"Aj tak p amik ka kad siswa 1 Malaysia" tanya senior Cik Aj

"Laa..awat kita dapat juga ka? Tp kita kan dah habis belajaq" tanya Cik Aj untuk kepastian.

"Dapat la. p amik kat Pejabat HEP (Hal Ehwal Pelajar)" jawab senior.

"Ooo okay, terima kasih, nanti orang p tgk ngan budak-budak joket yang lain"

Masa hari last Cik Aj berada di UUM, Cik Aj dengan member joket yang lain pown pergi lah pejabat yang telah diberitahu senior tue. Bila buat semakan memang ada. Walaupun terpaksa tunggu hampir setengah jam! Berbaloi la...

"Wei.. kita nak buat apa nie ngan kad siswa. Berguna lagi ka untuk kita? Hurrmm tak sangka plak pelajar yang dah grad pown boleh dapat" tanya Cik Sue.



"Ntah!, berguna la kowt nanti2.. Tak pown jap g kita check kat internet fungsi dia" balas Cik Aj.

Selepas dua hari, kami pown dah lupa pasal Kad Siswa tue. Tak ingat kewujudan dia. Sampai la pada hari nak hantar Cik Sue balik Terengganu baru TERsedar kewujudan. Itu pun sebab terbaca kat tempat nak main bowling masa nak bayar.

"Harga Pelajar = RM3.50"
"Harga Biasa   = RM5.00"

Tiba-tiba terus ada mentol atas kepala (idea da), Baik guna Kad Siswa boleh jimat. hehe! Waktu tue memang belum tahu lagi, boleh ker x kad siswa tue digunakan untuk main bowling. Redah jer..! Penuh yakin plak tue.. Ish2.. Tapi bertuahnya, BOLEH! Jimat! So, go on je lah...

Yuhuuuuu...!! Main jommm...!!

Pemain BOWLING AMATUR... 

Cer teka yang mana satu kasut Cik Aj pakai.. hehe! 

So, akhirnya bowling merasmikan KAD SISWA 1 MALAYSIA.. Okaylah juga kan dari tak guna langsung. Lepas nie kerap la main bowling (walopn asyik msuk longkang) =p

Nie Cik Aj kongsikan Link untuk Senarai Kedai yang boleh digunakan KAD SISWA 1 MALAYSIA Senarai Kedai

pssstt : Best juga kalo dpt guna kad tue untuk tengok wayang..hehe! (ish2 kira seronok ja) Tapi apa yang Cik Aj baca tak boleh rasanya. Yang bowling tue pown xda dalam senarai.
Reply To This Comment

"AKU PENCINTAMU"



Pernahkah anda menjadi seorang "Pencinta Setia".. Menanti seseorang tanpa pernah rasa jemu.. Tanpa pernah ada kekesalan.. Anda merasakan dia memang tercipta untuk anda.. Walaupun dia pernah melukakan anda.. TETAPI anda masih menanti..dan terus menanti.. Berharap suatu hari dia akan datang menyatakan Cinta kepada anda..



"Dulu." Cik Aj tegaskan sekali lagi DULU... Cik Aj pernah merasainya.. Cik Aj pernah menunggu seseorang yang Cik Aj yakin kewujudan dia maka itu adalah sebab mengapa Cik Aj tunggu. Walaupun bertahun-tahun. Namun setelah jumpa, Cik Aj harus akui mungkin Tuhan bukan ciptakan dia untuk Cik Aj..kerana Cik Aj selalu berpegang kepada kata-kata "Sekiranya dia adalah jodoh kita, maka Allah akan permudahkan jalan untuk ke satu ikatan yang suci".



Bagi Cik Aj, Cik Aj tak nampak jalan tue. Segalanya bagi Cik Aj agak sukar. Ujian demi ujian, dan Cik Aj putuskan "Dia bukan tercipta untuk aku". Tetapi itu kisah dulu..dulu.. So kepada "Pencinta Setia".. Hayati bait-bait lirik lagu nie yang pernah menjadi kegilaan Cik Aj.. hehe! Nyanyian Felix AF3.. AKU PENCINTAMU..


Aku masih di sini kekasih
Telah lama ku simpan segalanya
Janji yang tak pernah kau tunaikan
Tapi aku masih setia menanti

Cinta ku masih lagi di sini
Masih berbunga menantikanmu
Walaupun harumnya hampir hilang
Tapi ku tetap pencinta yang setia

(Korus)
Dan Aku masih lagi di sini sayang
Masih setia menanti dirimu
Kerna kita pernah sayang menyayang
Ku harap cinta mu tak akan pudar

Dan ku masih menanti dirimu
Masih segar menanti segalanya
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Akan hancur hati ku kerna kamu

Aku masih di sini sayangku
Walaupun kau hilang kian lama
Telah cintaku jadi begini
Betapa aku pencinta yang setia

(Ulang korus)

Dengarkan kasih
Lagu ku ini
Kerna diriku
Pencintamu


Sumber : Lirik

sumber: google image


MANA MUNGKIN KITA BISA MELUPAKAN SESEORANG YANG PERNAH DULU BERTAKHTA DIHATI KITA DENGAN MUDAH. YANG PERNAH BERKONGSI KASIH. NAMUN PERCAYALAH, IANYA MUDAH SEKIRANYA KITA TEKAD DAN BERUSAHA. HINGGA SAMPAI SATU SAAT IANYA AKAN PERGI BAGAI ANGIN LALU...
Reply To This Comment

Monday, October 15, 2012

Petua Hilangkan Sakit Kepala

Selepas bekerja mengadap laptop jer hari-hari. Kepala pown dah mula rasa sakit. Sebelum nie memang susah juga la Cik Aj nak telan ubat sakit kepala. Selalunya biar jer baik sendiri sebabnya tak elok amalkan ambil ubat sangat. Tak baik juga untuk kesihatan. So, jom kita cuba cara Islam. Moga-moga bukan hanya membantu Cik Aj tetapi membantu rakan-rakan lain yang mengalami masalah yang sama. Harap bermanfaat.


(( Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala ))


1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 
5. Baca Surah An-Nas (1kali) 
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

(sumber dari Mr. Google)

Yang nie jenis-jenis sakit kepala.

Reply To This Comment

Auch Feeling 'Princess'

Pernah tak korang terbayang macam mana kalau korg jadi 'princess' ? Tak pernah  erkk? Okay, xpa2 Cik Aj bagi masa 10 saat.. Bayangkan sekarang!

10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1........... teettt..!! Masa dah tamat! Sudah-sudah tak payang nak kerut dahi and buat muka seposen cakap tak sempat nak bayangkan. Alaa Cik Aj tahu, mesti nanti korg bayangkan macam-macam. Jadi princess kepada Putera Harry la.  Tak pown dok bayangkan jadi princess dalam citer-citer korea. Hero-hero korea plak kan ensem!

Sebenarnya, tak payah hah sampai penat-penat perah otak bayangkan keadaan tue, cukuplah bila ada yang menyayangi kita dan menghargai kita. Kita nie ada nilai yang sangat tinggi, janganlah dijatuhkan nilai kita sebagai seorang wanita hanya semata-mata menagih kasih pada yang tidak sudi.


Every girl deserves to be treated like a princess♥ 
So girls have self value stop being so easy, 

if a Guy cheats LEAVE, always be confident. 

If you can't be happy by yourself that's a problem you don't NEED a Guy. 
If you start needing guys to be happy that's a problem. 

It doesn't matter what anybody thinks of you. 
What you think of yourself is what really matters. 

You are your worst enemy. (cc: Best Quotes)

Now start L O V I N G yourself♥


Apa yang pasti Cik Aj adalah permaisuri dan ratu kepada mak dan abah Cik Aj. (princess juga kan). Whatever is start loving yourself..! dan suatu hari Allah akan bagi seseorang yg akan menyayangi kita dan menjadi Raja dalam hati. Bukan itu sahaja, mampu menjadi IMAM yang boleh membawa kita hingga ke syurga. Insyallah.
Reply To This Comment

Mood swings During Period



  1. Perasaan ketika itu rasa macam nak tumbuk jer semua orang
  2. Kadang-kadang tue menangis tanpa ada sebab munasabah pown
  3. Kerja yang dibuat serba tak kena
  4. Adakalanya teguran pown boleh buat jadi isu
  5. Bila ada barang-barang hilang atau salah letak, mulala nak marah-marah
  6. Rasa menganttuk yang amat walaupun tak letih sangat
  7. Semua orang waktu tue nampak menjengkelkan jer
  8. Tambah kalau lelaki.. lagi la annoying 
  9. Jadi kuat makan..
  10. Perut jadi meragam walaupun ulang alik ke toilet lebih 3x
  11. Dll...
Sebenarnya bukannya kaun wanita nie nak sangat mood tak menentu mcm tue cumanya mungkin perubahan hormon dan kadang-kadang tue sesetangah wanita mengalami senggugut yang teruk sebab tue la perangai dia jadi pelik. So, bagi kaum Adam,kena la faham dan SABAR.. Itu kunci utamanya. Layan je lah kerenah kaum wanita masa tue. Kalau tak dia boleh merajuk dan menangis walaupun perkara kecil jer.

Tapi jangan risau, 'mood swings' nie sebulan sekali jer. Tue pown masa sebelum datang bulan. Kalau dah datang tue, baik semula la moodnya. Hehe!

pssstt : Lelaki kan kalau tgk perempuan marah mst akan cakap "Awak datang bulan erkk?" tak pun "Bendera Jepun dah naik la tu". Hurrmmm ayat tue seperti minyak yang disimbah ke api jer. Tak kan mampu memulihkan keadaan. Mengeruhkan lagi ada la. Langkah selamat, Cool jer. =)

Reply To This Comment

Lelaki, Rokok dan Toilet..!



 “Nampak rokok abang tak?” Tanya abang bran (nama manja abg Cik Aj)
“Lorr..mana owg nampak, abg letak kat lain cari kt lain plak!. Aik tadi bukan kata sakit perut sangat sampai tak tahan-tahan dah, nie dia boleh dok cari rokok lagi.” Bebel Cik Aj
“Ish..yang tue kena bawa sekali la.. Baru ada ‘feel’..” sambil dok tersengih-sengih abg Cik Aj bg jawapan.
Hah??? Terus Cik Aj blurrrr....

Pelik..! Hairan dan Pelik..!!

Kenapa erk kalau lelaki nak pergi toilet mesti nak kena bawa rokok sekali. Bukannya Abg Cik Aj saja tapi orang lelaki lain pown sama (yg Cik Aj Tanya la). Dulu, kawan satu kembara dengan Cik Aj, dia asal dari Indonesia. Cik Aj Tanya la dia “kenapa erkk, lelaki kalau maw pergi toilet mesti bawa rokok sama?” Dia dengan selamba jawab “Oooo..itu wajib baru ada ‘feel’ laksana hajat.(euuww!)

Errkkk?? Jawapan sama jer dengan Abang Cik Aj..Tak kan berpakat kowt? Ish mana boleh, kenal pown tak, mcm mana la nak berpakat. Huhu!

Tetapi yang pasti itu perkara ‘wajib’ untuk lelaki yang merokok. Kalau negara omputih yang Cik Aj selalu tengok TV la, diaorang lebih suka membaca. Kalau habit tue boleh diterima akal juga. (tmbh ilmu..) Nie merokok, cari penyakit lagi ada la. Ish! Ish! Macam-macam style...

sumber : google image


Apa-apa pown hanya diaorang yang merokok jer ada jawapan yang tepat. Dan tahu perasaan merokok dalam toilet. Kita yang x tahu apa nie, terima je lah habit pelik tue.

Pssttt: teringat zaman sekolah dulu, budak lelaki memang selalu pown rokok dalam toilet. Bila keluar jer dari toilet mesti kunyah gula-gula Hacks (konon2 nak cover bau la kowt). Lepas tue buat muka tak bersalah. Cehh! Dah boleh baca la itu muka.. hehe!
Reply To This Comment

Saturday, October 13, 2012

Blogger Zack Zukhairi Datang UUM..!!

Zack Zukhairi in the house..!! Woo..woo.. Ada sesiapa yang tak kenal dengan zack zukhairi?? Ada?? Kalau ada Bagus.. Bukan dia terkenal sangat pown! haha! Oppps! Marah kang Zack kalau dia singgah baca kat blog Cik Aj nie.. Ampun! Ampun! hehe.. Gurau jer bro... 

Sebenarnya Zack nie agak terkenal juga la.. Pernah masuk magazine.. Ramai gurlz yang tergila-gilakan penulisan dia kat blog (kalau gila kat tuan x blh la sbb UNavailable!). Kiranya dia nie bagi inspirasi kat ramai orang. Tapi maaf cakaplah, dah lama rasanya tak follow dia. Dulu memang boleh dikatakan SELALU. everyday! 

Tup..! Tup..! Boleh pulak terserempak masa hari hantar jubah kat Dewan TSO dengan 'orang rumah' dia. Mula-mula memanglah bukan Cik Aj yang perasaan sebabnya tengah kalut pastikan semua barang-barang ada untuk hantar jubah nanti. Orang pertama yang perasaan adalah junior Cik Aj, Cik Tina! Dialah yang tarik-tarik tangan Cik Aj suruh Cik Aj buat pengecaman (bnyi mcm pesalah dah zack tue). hehe. Sebabnya dia risau, kalau-kalau tersalah tegur. So, Cik Aj dengan selambanya tengok la, mungkin betul la kowt apa yang junior Cik Aj tengok sebabnya seingat Cik Aj memang 'orang rumah' Zack student UUM. Maybe dia datang sini untuk tengok girlfriend dia kan.

"Ehh..!! jap2. tanya sikit, Zack Zukhairi kan? Blogger tue?.." aku dengan penuh yakin tanya. Lepas tue sampuk plak Tina.. "Abg Zack kan? Yang nie plak Kak Myra kan? Boleh tak nk ambil gambar sekali...?" minta Tina kat Zack.. Bukan main teruja lagi junior Cik Aj tue. Nasib baik la diaorang nie sporting habis.. sudi posing dengan ktaowg.. Tapi kan yang aku perasaan, orang-orang kat situ macam pelik.. apasal geng2 kitaowg mcm teruja lebih jer.. So, it means "Zack, u xda lah pemes sgt, jauh sekali mcm Aaron Aziz (cm post dia kat fb)" coz ada juga budak UUM tak kenal u. Hehe! Gurau-gurau jer bro. But it's really amazing! Something that unexpected.!

Tahniah untuk 'orang rumah' you yang grad sekali dengan Cik Aj.. Tak sangka plak satu batch. Tak pernah jumpa plak tue walaupun satu kampus. Masa penghantaran jubah baru jumpa.. But.. Nice! Happy sgt!

Nie Cik Aj kongsikan gambar kitaowg dengan MR.Famous Blogger Zack Zukhairi with his girlfriend..! Cik Myra.. =) (cute orangnya, putih melepak).. Untung ko Zack.. Be nice to her okay? or Cik Aj kasi dia kat Abg Cik Aj yang masih solo tue.. haha! Baru menggigit kuku..

ZaCK and Cik Myra (baju kaler pink)

Nie la junior Cik Aj, Tina! bersama Abg Zack dia.. hehe!

psstt: Kalau korg nak taw junior Cik Aj tue bergayut dengan member dia punya la berjam-jam cerita pasal jumpa Zack nie. hehe! Lucu plak bila ingat semula. Sudahla tue, dia punya tak sabar-sabar nak balik bilik transfer gambar and upload kat FB. Dia kata, nak bagi kawan dia jelez! Macam2.. haha. And lagi satu, dia bukan panggil "Abg Zack" tapi "Abg Jue..!" Nice.. 
Reply To This Comment

JoKeMeT Konvokesyen

Alhamdulillah..!! Alhamdulillah..!! Alhamdulillah..!! Syukur sangat ke hadrat ilahi.. Akhirnya kami dapat berjumpa untuk meraikan hari bersejarah dalam hidup kami, Huh! Terubat kerinduan.

Mesti ada yang tertanya-tanya Cik Aj nie salah typing ka dekat main tajuk tue? Owh..sama sekali tidak! hehe. JoKeMet adalah disebabkan kawan ktaowg dari Melaka turut join sekali. Cik Fiza! Untuk tidak menghampakan, kita bergabung meletup..! (dah mcm lgu adam dan stacy) =p

Okay entry hari nie Cik Aj ingin berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar dan juga warna warni kemeriahan budak JokeMet berkonvo (mmg gila gambar). Sesiapa yang rasa muak..mual..sakit mata..sila gerakkan mouse anda ke atas sebelah kanan laptop anda. Anda akan jumpa tanda 'x' dan sila tekan.. hehe!

bersama Cik Tina kiut miut. junior ktaowg

Cik Tina mmg terer berlakon (spa2 yg ingn amik dy brlakon sila cri Cik Aj).. hehe

tengah sekali tue my ex-rm8. Cik Izzati a.k.a Tie Bhsa Baku. hihi!

didepan dewan utama Dewan MAS

Cik AS.. Cik Fiza..Cik Sue..Cik Aj (sumonya blm PUAN lagi k)

Kebetulan dpt jmpa Mr. Presiden ktaowg DPP PETRONAS. Nick!

bersama ibunda angkat Mak Cik Timah..








yeayyy..!! Done! Hope to c u again guys..!! Thanks a lot to Cik Tina and Cik Izzati sebab sudi tumpangkan bilik untuk ktaowg. Jasamu dikenang! Minta dihalalkan segalanya ea. 
Reply To This Comment

Friday, October 12, 2012

Hadiah Untuk Mak dan Abah

"Mak! Abah! Orang dapat masuk U.. terjerit-jerit aku masa tue bila dapat surat dari Abg Posmen. Teruja sangat.! Mak dan Abah la orang pertama yang aku bagi tahu. Tapi itu cerita empat tahun lepas. Masa mula-mula diterima masuk. Syukur tidak terhingga. Al-maklumla dalam keluarga hanya aku seorang sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading (orang lain mungkin tidak akan rasa teruja seperti keluarga aku). Riak wajah Mak Abah aku waktu tue memang gembira sangat. Aku faham perasaan mereka, sebabnya mereka sentiasa mendoakan supaya aku boleh melanjutkan pelajaran. 

TAPI... Perjalanan selama 4 tahun sudah bernoktah akhirnya pada 7 Oktober 2012. Alhamdulillah, selamat bergelar graduan! (cari kerja tetap la plak psnie). 

Sejujurnya, salah satu doa yang sentiasa aku berdoa setiap hari adalah untuk memberi peluang kepada Mak dan Abah menyaksikan hari bersejarah buat aku. Kerana bagi aku, merekalah penguat semangat aku. Peniup motivasi dalam setiap perkara yang aku lakukan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana doa aku dimakbulkan.

Tiada hadiah yang amat bernilai mampu aku berikan selain dapat menunaikan keinginan mereka. 'Mak, Abah.. Nie hadiah yang orang mampu bagi setakat nie untuk Mak dan Abah.'

opppss!! terlebih sudah

Pada hari bersejarah tersebut, aku mengalami tiga kali situasi yang agak menyentuh perasaan sehingga hampir menitiskan air mata. 

Pertama. Ketika kaki melangkah masuk ke dewan utama, terasa sebak sangat. Air mata terasa meronta-ronta ingin mengalir ke luar. (perasaan luar biasa) sedangkan itu bukanlah kali pertama aku menjejaki kaki ke dewan.(untungla dapat mengawal perasaan ketika itu). 

Kedua. Sewaktu lagu Ayah dan Ibu diputarkan dalam dewan. Terasa menggeletar seluruh badan. Tiba-tiba badan rasa panas (sedangkan dewan sangat la sejuk). Kelopak mata terasa seperti dibanjiri air yang sedang menunggu dari pecah dari takungannya.

Ketiga. Bila kami perlu memberi tunduk hormat terhadap Ibu Bapa yang ada di dalam dewan. Ya Allah, ketika itu terasa seperti ingin berlari dan memeluk Mak dan Abah. 

"Ya Allah, sesungguhnya tiada yang lebih bernilai dari pengorbanan Mak dan Abah. Aku yakin aku tidak mampu membalas segalanya Hanya satu aku minta darimu Ya Rabb, jadikanlah aku anak yang bertakwa." AMIN.

p/s : Maaf.. Ini catatan yang aku lalui sendiri semasa Hari Penganugerahan. Mungkin bagi sesetangah ianya perkara biasa tapi tidak untuk keluarga aku yang sederhana. Kami perlu melalui jalan-jalan yg sukar sebelum boleh mencapai segalanya. Tapi percayalah, kerana Allah sentiasa membantu hambanya. 
Reply To This Comment

Saturday, October 6, 2012

Tetamu Istimewa

Assalamualaikum.. Aii semua readers..

Alhamdulillah syukur berkesempatan coret lagi kat sini.. Birthday girl mood rajin.. hehe! (ngada!) =p



Hari nie Cik Aj melalui hari yang sungguh Istimewa. Sebabnya Cik Aj menerima tetamu yang jauh datang dari Terengganu dan Melaka. Tetamu yang dimaksudkan adalah keluarga rakan baik Cik Aj iaitu Cik Fiza dan Cik Sue. Teruja sungguh keluarga Cik Aj menerima kehadiran tetamu istimewa ini. Iala selama 4 tahun family Cik Aj kenal rakan-rakan baik Cik Aj nie tapi belum pernah berkesempatan bertemu dengan keluarga mereka. Alhamdulillah dengan izin-Nya bersua juga. =)

Hari nie jubah konvo menjadi medium penemuan keluarga-keluarga besar ini.. Kalau x kerana baju jubah konvo tue, belum berpeluang la mereka sampai ke rumah Cik Aj (Ntah2 Cik Aj kawen baru blh sampai..hehe)

Walaupun pada awalnya agak kelam kabut sikit sebab x tahu jalan dan ada yang sesat untuk datang teratak Cik Aj Sekeluarga tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar juga akhirnya. Cik Sue kita la yang banyak sekali sesat. hehe! Lwak plak bila ingat semula. Ia la sebelum nie hanya jadi Datin jer duduk kat sebelah time orang drive...Sekali kena tunjuk jalan memang terus dia bluurrr laa..! (ish2..sambil geleng2 kepala).

Apa-apa pown segalanya sudah selesai untuk hari nie. Kawan2 baik Cik Aj pown dah bawa keluarga diaorang ke homestay masing-masing sementara nak tunggu hari esok.. Graduation day!!


Psstt..Baru dapat panggilan dari jurugambar tadi.. Terpaksa cancel sebab jurugambar ada hal lain.. So, kami jadi jurugambar sendiri la... hehe!

Reply To This Comment

Ulangtahun Yang Penuh Bermakna


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Cik AJ Joket 
Allah selamatkan kamu..

Happy birthday to you,
Happy birthday to you
Happy birthday to CIK AJ JOKET (ME)
Happy birthday to you...

yeaayy... my birthday 6 October 2012!
(tepuk-tepuk..) walaupun xda kek.. and tak ada juga orang yang nyanyikan..(nyanyi sendiri..hehe) saya tetap gembira..

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya masih lagi bernafas di atas muka buminya. Alhamdulillah juga masih diberi kesempatan untuk terus memperbaiki menjadi hamba-Nya yang solehah.. Amin..

Tahun nie tentunya menjadi ulangtahun kelahiran yang penuh bermakna dalam hidup saya. Hari nie saya menyambut hari lahir, keesokan harinya saya akan naik pentas untuk mengambil segulung ijazah selepas 4 tahun pengajian. Insyallah, semoga Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah, saya rasa saya beruntung kerana masih diberi peluang. Berkat doa dari mak dan abah juga keluarga. Semoga hari yang akan mendatang saya akan menjadi 'somebody' yang boleh membanggakan mereka. Amin.

Bercakap mengenai ulangtahun, walaupun saya dalam kategori tak pernah menyambut ulangtahun kelahiran (kadang-kadang cemburu juga dengan yang lain) tetapi saya selalu akan cepat-cepat betulkan niat. Saya sudah menginjak ke satu tahap dimana alam dewasa, dan saya harus memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Anggaplah sesuatu perkara sebagai proses mematangkan. Berfikir secara matang! hehe.

Bukanlah sesuatu keperluan pun.Kalau ada tue anggap lah suatu BONUS..! (wink..wink..) Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan Facebook  Aj Joket kerana wish birthday dan mendoakan yang baik-baik. Saya sangat terharu atas ucapan dan doanya. Saya juga mendoakan agar kalian sentiasa dirahmati oleh Allah. Amin.

Opss!! ada lagi...lupa..lupa.. ampun! hehe.. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada SEPUPU saya Cik Nadia kerana menjadi orang pertama wish birthday! (tapi x ada hadiah la nak bagi) =p

Sesungguhnya dengan adanya jaringan sosial seperti FB dan Twitter boleh membuatkan kita merasa seperti sedang meraikan ulangtahun secara beramai-ramai.. hehe! 



Psstt : tiba-tiba teringat tahun lepas kena mandi dengan tepung.. X sangka plan (Cik Tina, Cik Fiza, Cik Sue n Cik As menjadi..!) huh! Harap2 tahun nie x kena prank.. Rosak la nanti rambut i.. hukhuk! Owhhh! Tiidaaakkkkk!! 

Reply To This Comment

Tuesday, October 2, 2012

4 days to go..!!

Assalamualaikum..

Hari nie sebenarnya memang sibuk kat pejabat..sampai malas nak keluar rehat. So saya gunakan masa rehat saya untuk tulis entry saya. Boleh hilangkan stress kerja jap! hehe


Okay, kenapa tajuk entry saya "4days to go" erk?? Maksudnya saya masih dalam mood konvokesyen lagi.. Kemarin saya dah selesaikan hal berkaitan baju dan tudung..Means saya pergi "otter" baju jubah saya sikit sebabnya terlalu labuh...Nanti tenggelam plak saya..(bajet macam la kecik sgt..haha)

Urmm..hal lain-lain tue rasanya sudah siap kowt. Mesti korang ingat saya nie OVEREXCITED kan?(xpa2,saya x marah..hehe) Tak adalah, biasa-biasa jer sebenarnya cuma ingin memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar. Yeala, saya juga uruskan baju-baju dan sticker kenderaan untuk dua orang kawan saya, Cik Suhada dan Cik Fiza.. =) Nak pastikan barang-barang diaorang pown x terlupa bawa nanti...

Dalam dok fikir-fikir pasal persiapan, kadang-kadang tue terlintas juga dapat ka bunga masa konvo nanti? hehe! Sebabnya saya tak ada Bopren! (haha..ayat sedih blh) Bukan! Bukan! bukan yang tue saya maksudkan .Sebenarnya nanti tak ada la ramai sangat datang masa konvo. Mungkin mak, abah, adik, kakak ipar dan anak saudara seorang..(depa mana la taw pasal bunga) hehe! Tapiiii..... bila difikir secara rasional dan waras kenapa lah saya boleh terlintas perkara tue..sebabnya bukan itu yang saya mahu dari mula. Saya hanya nak sangat mak dan abah ada dalam dewan masa hari kejadian. =) (tue lebih baik dari bunga..sebab bunga nie lbh bernilai)

Walaupun tak ada kekasih hati tapi ada buah hati seperti mak dan abah amatlah bermakna. Semoga Allah sentiasa melindungi mak dan abah dari bahaya.. dan saya selalu mendoakan agar mereka dipanjangkan umur selalu. Beri peluang untuk saya membalas segala pengorbanan mereka. Walaupun hakikatnya mungkin tak terbalas...huhu!

Okay, sampai disini sahaja.. sudah nak jam 2 dah pown. Nak g surau dulu... Tolong doakan agar semuanya berjalan lancar ea dan urusan kami dipermudahkan serta Allah melindungi dari segala bahaya. AMIN.
Reply To This Comment