Sunday, September 30, 2012

Alhamdulillah..FASA 1 Selesai

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang sudi singgah diteratak usang saya.. (muchoo gracias!) hehe

Alhamdulillah, hari nie sudah selesai satu fasa yang agak penting. Semua kerja-kerja hari nie dipermudahkan oleh Allah. Tiada kesulitan yang tidak dapat diselesaikan. Segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun hanya ada satu dua perkara sahaja tapi dapat di atasi.

Wahhh!! Seperti serius jer kan ayat di atas. Macam nak create Majlis Kahwin jer tapii sebenarnyaa BUKAN.. Hanya persiapan untuk Majlis Konvokesyen.. hehe! Bunyi macam majlis kawin jer kan..(yg tue lambat lg). So, nak dijadikan cerita, hari nie adalah hari yang telah ditetapkan oleh pihak universiti untuk kos saya amik jubah. Then, terpaksala ponteng KERJA!

Mulanya rasa segan jugalah sebab tak ada orang nak temankan g ambil tapi nasib baik la ada kawan yang baik hati nak temankan (ngada kan) haha! Tapi memang lain la drive seseorang dgn drive ada orang kat sebelah. Sebabnya bila ada orang kat sebelah boleh lah berbual. Tak adala bosan sgt perjalanan. Thanks, my best friend! Sudi teman pergi dan balik.

Sampai jer di UUM kitaorang makan-makan dulu, solat pas tue baru gerak g ambil JUBAH KONVO. Itulah matlamatnya pergi kesana. Macam saya cakap tadi, hari nie Tuhan permudahkan kerja sebabnya sampai jer didewan ada kawan yang baik hati tolong ambilkan nombor angka giliran (ish! bertuahla rasa). Walaupun hampir sejam setengah juga la bertapak di dewan tap tak apa asalkan semuanya berjalan dengan baik. Segala bayaran telah dibuat, so dah x payah risau!

ADIB yg cuba dulu topi nie.. comel jer..hehe!
Last sekali thanks juga kepada kawan baik saya sudi temankan bila kasut dan tudung! Insyallah 7 Oktober 2012 kita akan berjumpa lagi di dewan MAS. Tak sabar plak rasanya nak kumpul ramai-ramai semula!

Salam manis dan wassalam!
Reply To This Comment

Saturday, September 29, 2012

Resipi Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum semua..

Hari nie saya nak berkongsi dengan anda satu resipi.. Resipi oreo CHEESE cake..!! Sebabnya beberapa minggu yang lalu saya ada buat kek nie untuk keluarga saya. Dari maklumbalas yang diterima tidaklah menghampakan.. Diaorang SUKA...! Yang tue yang buat saya happy sangat.

Bagi mereka yang tak gemarkan cheese, mungkin nie bukan kek pilihan anda tapi bagi orang yang gilakn cheese macam saya, Kek nie harus dicuba..!! Cara nak buat kek nie juga mudah dan senang. Cumanya barang-barang untuk buat kek nie saja yang agal mahal sikit..(tak hairanlah kenapa kek nie mahal!)

Okay resipi nie saya peroleh dari blogger yang memang terer dalam bidang masak-masak nie..(kira blh masuk masterchef la..)


OREO CHEESECAKE - RESEPI 

Bahan Dasar:- 
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (yang nie saya tukar guna biskut marie)
  • 50gm mentega cair 
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim 
  • 130 gm gula kaster 
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur 
  • 200ml whipping krim 
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya 
Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

sebenarnya saya xla ikut 100% resipi nie, saya ubah ikut citarasa saya.. hehe! Korang pun boleh jer ubah sikit-sikit asalkan rasanya lebih kurang sama jer.
Sumber resipi nie saya peroleh dari homesweethome . Banyal lagi resipi-resipi yang menarik kat blog tue. Korang pown boleh la g singgah sana. Banyak resipi yng korang akan dapat..
Yang nie hasil kek oreo cheese saya... urmm salah-salah..!! saya panggil kek marie oreo cheese.. hehe!! Sebabnya saya letak biskut marie juga..(cian kalo x letak nama biskut nie, dah la guna dy juga kn)...hahaha!


Bahagian bawah tue saya suka buat tebal

SELAMAT MENCUBA...dan...SEMOGA BERJAYA..
Reply To This Comment

Friday, September 28, 2012

Tips Menghilangkan parut JERAWAT


Alamaaakkk...!!! Jerawat.!! (maluunyaa) huuuu..!!

:: sumber dari google image ::
Lagi rasa malu bila parut jerawat banyak sangat kat muka. Mulala kita rasa rendah diri kan. Bila kita sembang dengan kawan-kawan terasa macam diaorang sedang perhatikan setiap jerawat dan parut-parut dimuka kita jer.. (walopn tue hanyalah perasaan kita shj)

Makanya, setiap dari kita mesti fobia gila bila jururawat (nama bru utk jerawat..hehe!) mula berkhidmat dekat muka kita kan? Sebabnya bila dia dah mula naik akan memberi kesan pula kat muka. Hah! Yang nie la yang ramai tak suka. Parut!

Okay.. dah2 jangan wat muka sedih (buruk nanti mukanya.hehe!) sebabnya saya ada satu tips! tips nie saya baca dari buku. Alhamdulillah setelah mengamalkan parut-parut jerawat dimuka semakin berkurangan. Nak kata hilang terus tak juga, cuma mengurangkan parut-parut yang warna hitam tue. =)

Caranya mudah jer (semudah 1,2,3 haha!) ambil kulit kayu manis dalam sebatang. Kemudian tumbuk sehingga lumat (sampai jadi serbuk). Setelah itu campurkan dengan bedak sejuk (jgn guna bedak sejuk air). Amalkan setiap malam sebelum tidur. Insyallah, akan nampak perbezaannya nanti.... Opsss..!! sebelum saya lupa, saya nak ingatkan bagi mereka yang tak tahan rasa pijau (panas) jangan campurkan serbuk kayu manis terlalu banyak sebab nanti akan rasa panas kat muka... (kalau saya, lepas jer letak bedak sejuk dgn serbuk kulit kayu manis terus cari KIPAS..!! ) Tapi jangan risau, panas sekejap jer, lepas bedak sejuk dah kering dah tak panas.. =)


Selamat mencuba.. semoga ianya bermanfaat untuk semua..



Psstt : Mulakan dengan Bismillah dan selawat 3x k. Sebab kita hanya berusaha, Allah yang menyembuhkan.
Reply To This Comment

Indahnya ‘HIDAYAH ALLAH’




“...hidayah Allah dapatkah terasa, kalau masih belum carilah segera. Dimana-mana ia pasti ada, Cuma diri kita mungkin menolaknya..”

Assalamualikum semua.. Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Ayat yang di atas tadi adalah petikan lirik dari sebuah lagu nasyid yang pernah dulu masa sekolah rendah saya nyanyikan. Sampai sekarang saya suka lagu tue, Cuma liriknya dah tak berapa ingat.  Huhu! Tapi jangan suruh saya nyanyi plak! Memang OUT la... hehe! Zaman dulu-dulu boleh la.. =)

Saya bukan apa, rasa tertarik plak nak tulis entry pasal tajuk nie, sebabnya saya tengok zaman sekarang nie ramai dah mula sedar tentang kepentingan agama kita dalam kehidupan seharian. Saya nie bukanlah dalam kategori alim ulamak, dan bukan juga graduan dari universiti Jordan, Cuma tak ada salahnya kan kalau bercakap mengenai hal nie. Saya teringat kata-kata seorang ustaz Nak menasihati seseorang kearah kebaikan atau nak menyampai ilmu agama tidak perlu sehingga anda menjadi seorang ustaz atau ustazah TAPI cukuplah anda tahu mengenai kesahihan penyampaian ilmu anda’.

Sebab tue saya rasa nak tulis entry pasal perkara nie. Saya lihat ramai orang dah pandai bercakap mengenai ilmu agama dan menyampaikannya. Medium yang paling banyak sekali adalah facebook. Baguslah, sekurang-sekurangnya dalam kita dok online ada juga ilmu yang terisi. TAPI yang paling penting, janganlah kita menerima ilmu yang kita dapat tue secara membuta tuli. Tengok dulu dari mana datangnya sumber tersebut, kaji kesahihahnya, rujuk pakar-pakar dalam bidang tersebut. Semoga kita tak dapat ilmu yang memesongkan.

Saya selalu berdoa, semoga Allah sentiasa menyentuh hati saya agar saya sentiasa bersama-Nya. Kita nie manusia biasa, tak lari dengan dugaan dan juga godaan. Jika orang nak tarik kita kekanan memanglah agak susah dan perlu usaha yang berterusan tetapi bila nak ditarik kekiri x perlu susah-susah, sekali jentik pun kita dah boleh jatuh kekiri..Nauzubillah! Moga kita dijauhi jalan yang sempit. Amin

::sumber dari fanpage di facebook::

:: sumber dari google image ::

psssttt : Untung sungguh mereka-mereka yang mendapat cahaya dari Allah. Kerana orang-orang macam nie akan terus-terusan mencari ilmu agama untuk mengisi jiwa mereka. Seseungguhnya hanya dengan Allah hati akan menjadi tenang..
Reply To This Comment

Thursday, September 27, 2012

Kek Rainbow untuk Birthday Abah

Rainbow la sgt kan..!! tiga warna jer pown.. hihi!

15 SEPTEMBER 1949 lahirlah seorang putera yang sangat disayangi oleh Cik Puteh dan Tok Mat iaitu ARIF JOHARI.. =)

Baru-baru nie 15 September 2012, genaplah usia abah saya 63 tahun. So, saya x tahu nak bagi hadiah apa kat abah maka tercetus la idea nak buat kek yang penuh kasih sayang untuk Abah (wah, ayat kelass gi tue). Kek nie adalah usahasama saya dan anak saudara. Beriya-iya dia nak tolong kan, saya pown lagi berbesar hati lah. Best juga dapat buat together nie.

Sebenarnya proses nak buat kek nie xdak la susah sangat, beli tepung segera kat kedai jer pn... hehe! (dunia kan semakin maju) Balik rumah ikut jer arahan yang dah di beri.. Kemudian, yang warna-warni tue pandai-pandai la cari pewarna bukannya siap dah okay.. hekhek!

Tapi part yang paling mencabar sekali adalah buat aising sebab nie kali ke berapa ntah saya buat. Sebelum-sebelum nie x pernahnya nak menjadi. Banyak yang terap ketanah jer.. huhu! So, dengan penuh bersemangat dan tekad untuk mendapatkan pin kebal..(ehh..mcm master chef plak)..haha! Mksdnya nak dapatkan penghargaan dari abah atas kek tue, buat juga sampai boleh. Dan akhirnya..... BERJAYAA...!!!

ntah betul ker x la ejaan jawinya.. huhu!


SELAMAT HARI LAHIR ABAH.... =)

Fuhhh..!! Alhamdulillah.. lega rasanya bila abah cakap 'okayla~'.. hehe.. Saya nie senyum sampai ke telinga la.. excited..!! Bukan senang ooo Abah kita nak puji.. hehe! Apa-apa pun, saya doakan semoga Abah saya sentiasa sihat-sihat, dipanjangkan umur dan dijauhi dari segala kejahatan yang ada kat dunia nie. AMIN..

Sebelum saya tamatkan entry kali nie, saya hadiahkan korang sepotong kek RAINBOW atau lebih sesuai panggil KEK WARNA WARNI jer.... hehehe! Selamat Menjamu mata... =p


adiiooosss...!!!
Reply To This Comment

Sungguh Saya SAYANG Dia.. Sangat!

Aii semua..

Bila malam-malam mcm nie mesti teringatkan dia. Rindu sangat kat dia. Kalau boleh nak peluk dan cium dia. Walaupun zaman sekarang ada teknologi 3G tapi tak puas rasanya, nak juga tengok depan mata! Rinduuu..!! Rinduuu sgt kat buchuk..!!!

BABY..............I MISS YOU.......


Oppsss..!! Jangan salah sangka ea korang. 'Dia' yang saya maksudkan tue ANAK SAUDARA saya. Dia buah hati saya. Masa dia lahir saya jaga dia, tapi bila dia sudah masuk sebulan lebih mak dia dah bawa dia balik semula ke selangor... Sedih! hukhuk!

NIE MASA BUCHUK BARU LAHIR
Tiap-tiap malam saya akan tengok dia untuk lepaskan rindu. Kadang-kadang tue buat 3G. Boleh tengok dia gelak, boleh tgk dia merengek, dia senyum....arghh! kira semua la.. hehe! Saya sayang dia. Sekarang nie dia dah masuk 4 bulan dah. Semakin comell..!

Jom saya kongsikan LAGI gambar buah hati saya.... =)

saya x boleh tgk dia tido, saya suka kaco.. hehe!

aaaaaacchhiiiimmm!!! alhamdulillah.... =)

tenangnya dpt tgk muka syg muchuk mak cik nie... muah!!

nie gambar terbaru.. tembam dah muchuk2..!! 

Serius rindu benar dengan dgn muchuk.. Muchuk saya nie nama dia IZZAT IKHWAN.. Tapi saya suka panggil dia buchuk walopon dia sentiasa wangi. Saya suka sangat bau baby! Kalaulah saya tak kerja lagi, nak jer jaga dia. Tapi xpa, hujung tahun nie kita jumpa ea syg.. =)

psstt : smga dimasa hadapan, saya akan dapat baby comel mcm nie..(berangan, pakwe pown blm ada dh pk psal baby..) haha! One day!

Reply To This Comment

Serius Kelakar GILA Video Parody 'Muara Hati'..!!

Assalamualaikum.. Aii.. Jumpa lagi.. =)

Entry kali nie saya nak kongsikan satu video yang serius bagi saya KELAKAR dan KREATIF.. Percayaalaa!! (sambil buat muka serius).. hehe! Tambah2 sekarang nie plak tengan DEMAM drama ADAM dan HAWA memang layan hbis la ditambah lagu plak tengah TOP..! 

Saya dapat video nie bila kawan saya kt facebook share kat wall dia.. Dia siap tulis lagi, kalau stress boleh layan video tue. Kebetulan masa tue memang tengah serabai, apalagi buka je lah. Masa tengok tue tak henti-henti gelak (mcm owg x betul).. haha!

Kalau sebelum nie, kita ada CIKGU SHIDA yang suka buat miming and aksi gila-gila.. Kali nie kita ada lebih kurang macm cikgu shida JUGA. Orang tue pown CIKGU juga (tp xtaw la cikgu betul ker x).. Nama samaran dia CHEGU MAN..!!

Tanpa membuang masa jom kita layaannnn!! Ehhhh..! jap..jap... Sebelum tue korang kenala tarik nafas panjang-panjang ea. Stamina utk gelak.. Okay, ikut saya... Taarikkkk.... Hembuuusss!... Taarikkkk.... Hembuuusss!!...Taarikkkk.... Hembuuusss!!!...  Haaaahhh!!! (ada yg kentut erkk) hehe!

tadaaaaaaaaaaaaa....!!!

PARODY MUARA HATI

Hahaha..!! Lucu kan + Kreatif sgt CHEGU MAN nie.. Saya sudah tengok video-video dia yang lain juga macam aku anak kampung and 3SUARA... Yang tue pown x kurang hebat juga la.. Boleh tengok mcm mana dia timbulkan empat watak tapi orang yang sama. Cara dia edit mmg AWESOME..!! Boleh klik link nie CHEGU MAN

Okay, selamat gelak guling-guling (mcm shin chan)...!


psstt : Huh! Hilang terus stress aku..!
Reply To This Comment

Wednesday, September 26, 2012

Berdebar-debar Menunggu Hari Bahagia

Assalamualaikum semua..!!

Wah..!! Hari nie sudah hari khamis bersamaan 27/9/2012.. Ini bermakna hanya ada lagi lebih kurang seminggu. Patut la jantung nie berdegup dengan kencang jer macam lagu dangdut..Dap! Dip! Dup!  (eksyen!)Tak sangka cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik sudah 4 tahun rupanya. Dan masa tue sudah dekat..dekat..dan dekat sangat..

Walaupun DETIK tue dah tak lama lagi tapi masih ada lagi persiapan belum siap..!!. Banyak benda yang masih tertangguh bukan disebabkan sibuk or tak sempat tapi sikap saya sendiri la nie yang suka sangat menangguh2 kerja... (ish..ish..teruk kan?)

Minggu depan hari Ahad akan berangkat ke Sintok atas urusan rasmi. Borang-borang kawan semua dah siap disimpan untuk dihantar tapi borang sendiri masih huru hara lagi.. hehe! Tapi tak apa, Insyallah kejap jer kerja tue.. Siap la nanti..!

Tapi kan yang paling tak bestnya baju yang saya sudah siap beli untuk "majlis" tue nanti saya tak berkenan plak. Warna putih tapi kain linen. Keras la kainnya. Takut tak selesa nanti sebab tak pernah lagi pakai baju yang kainnya jenis tue. Hopefully baju tue tak bagi kesan masa majlis tue nanti.. Selalunya saya beli baju atas talian  tak ada la masalah sangat tapi bila sudah cuba beli dekat page lain, nie lah jadinya kowt. (so hati2 ea yg suka belin on9)..

Sekarang nie hanya tinggal nak beli kasut, tudung dan selesaikan semua borang-borang yang berkaitan. Jurugambar pun dah tempah. Tunggu nak bayar deposit jer. Nasib baik la sebelum "majlis tue" saya kerja, kalau tak memang susah  la nak setel pasal bayaran nuu! bayaran nii! huhu! Mana la nak cekau duit. Tak kan nak menyusahkan keluarga lagi kan.. Syukur sangat ada juga kerja, boleh menampung segala perbelanjaan 'majlis' tue nanti.. =)

Okaylah, kawan-kawan pown juga dijemput untuk memeriahkan 'majlis' saya nanti k. Nie la 'majlisnya.. =)



MAJLIS KONVOKESYEN KE-25 
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
7 OKTOBER 2012 
2.30 PM

p/s : seyes..!! berdebar-debar rasa jantung nie.. perasaan tue mcm..urrmm.. mcm nak test kereta dgn JPJ..! (takut ooo) ..=)
Reply To This Comment

Musim yang "Awesome"..!!

Assalamualaikum...

Hai semua.. Apa khabar.. Sihat x? Saya masih berada dalam mood demam kura lagi.. hehe!

Bila tiba jer hujung tahun mesti cuaca hujan jer. Orang selalu kata "besa la dah sampai musim dia, musim hujan, musim orang demam, musim sakit tekak.." Aku pown apa lagi sambil angguk-angguk mengiyakan jer. Sebab aku pown sudah berjangkit penyakit bermusim tue.. haha!

Tapi apa yang bestnya penyakit bermusim nie, kalau seorang jer dapat penyakit (demam) mesti akan satu rumah dapat juga. Kira baguslah, seorang ckt merasa keadaan tue. Sama-sama jaga. Ubat pown tak payah susah-susah ambil banyak kali. Guna jer orang yang sakit sebelum nie.

Masa sakit-sakit mcm nie la baru kita mula menghargai masa kita sihat. Bila sakit baru lah kita mula ingat kat DIA. Mula cari DIA.. Sampai kadang-kadang kita seperti marah, kenapa kita yang diberi sakit? Kenapa bukan orang lain? Kita mempersoalkan. Aku teringat satu ceramah agama seorang ustaz nie, dia kata seseorang manusia tue "tidak akan mengetahui bagaimana rasa sakit sehingga dia sendiri merasai sakit, tidak akan menghargai kesihatan yang baik sehingga dia mendapat sakit". Ustaz tue kata lagi kan ALLAH bagi kita sakit bukan sebab DIA tak sayang kita tapi DIA nak uji kita sejauh mana kita ingat kat DIA waktu kita dalam kesakitan. Sesungguhnya, kesakitan yang kita alami adalah salah satu cara Allah menghapuskan dosa-dosa kecil kita.

Apabila kita sakit janganlah mengeluh tapi perbanyakkan berdoa dan dekatkan diri dengan DIA. Semoga DIA memberi yang terbaik untuk kita. Tapi janganlah waktu sakit jer ingat dekat DIA, SIHAT lagi-lagi lah kena ingat. Kena selalu bersyukur dengan apa yang telah dilimpahkan.

Semoga kita menjadi hambanya yang sentiasa bersyukur..

Hargai waktu anda sihat sebelum anda SAKIT...

Sebelum berpisah, saya kongsikan DUA gambar yang "AWESOME". Diambil dari pandangan atas pejabat tempat saya kerja.

Kadang2 Allah sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita menangis dan tertanya-tanya,...kemana hilangnya matahari

Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi... =)
Sekian, Jaga kesihatan ea semua... tata!
Wassalam.

Reply To This Comment

Tuesday, September 25, 2012

Apa tue AJ JOKET?? Kenapa AJ JOKET?

Assalamualikum... Hai semua..

Untuk blog saya yang masih baby lagi nie saya rasa lebih afdal saya ceritakan asal usul nama AJ JOKET. Sebab nanti lama-lama mesti da yang akan persoal juga pasal keunikan nama nie (bajet unik jer) haha! Tapi ada korang pernah dengar nama macam saya x?. AJ mungkin dah berlambak ada dipasaran la kan (pasaran saham BSKL) hehe! Tapi pernah tak korang dengar JOKET.. Xpernah kan? X pernah jumpa kan? Tue la yg uniknya. Ada sejarah disebalik nama tue dan saya paling sayang N suka guna nama nie (hanya digunakan di alam maya SAHAJA)

Sebenarnya nama AJ tue saya ambil sempena nama abah saya yang agak unik (ehh! unik lagi).. Tapi bagi saya unik la. Nama abah tercinta saya ARIF JOHARI . So AJ tue dari nama abah la. (sweet kn).. Dulu kan masa sekolah, nama saya nie ramai sangat kat sekolah, so kalau diaorang panggil nama kitaorang yg sama nama nie sekali nama bapa la. Tapi masalahnya nama abah saya pula panjang kan. Diaorang pendekkan jadi AJ jer. So lekat la nama AJ!! 

Kalau nama JOKET plak adalah kombinasi negeri kawan-kawan baik saya masa kat institusi tinggi. Kami kawan dari mula-mula masuk lagi sampai la tamat belajar. 4tahun juga la usia persahabatan kami. So nama tue kitaorang la create nak bagi nampak UNIK and nak bagi nampak satu geng, satu kepala, satu DPP (hostel) n 1Malaysia! (tiba-tiba jer 1Malaysia) hikhik! Okay.. makanya timbul la idea gila mencipta nama JOKET yang stand for  JOhor KEdah Terengganu ..!! 
sweet

hah! tue la sejarah nama AJ JOKET sedikit sebanyaknya. Faham x?  X faham? Alaaa.. faham-fahamkanlah. Tue jer saya mampu terang pown. hihi! Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh jer tanya. Jangan malu.. jangan segan-segan. Saya tak kan marah punya (selagi soalan tue bersesuaian la). =)

Okaylah setakat tue dulu ea sahabat-sahabat sekalian. Jumpa lagi di lain entry! Have a good day everbody. 
Drop your comment if you have any questions or anything. Pasti saya kan reply! (kalau x sibuk). hehe! 
¯\_(ツ)_/¯

Reply To This Comment

Permulaan yang baru

Assalamualaikum..

Lama sungguh tidak menulis selepas blog yang lama berkubur(gadisajjoket.blogspot). Bukan merajuk atau menarik diri cuma masih tercari-cari identiti. Pada mulanya aku rasa macam tak sesuai nak jadi seorang blogger. Tapi bila difikir dan fikir aku rasa semua orang boleh jadi blogger asalkan niat dia betul. So aku tetapkan niat semula, buat azam baru, blog juga yang baru dan cuba perbaiki apa yang boleh.

Jujur aku cakap aku nie bukanlah dalam kategori pandai mengarang sangat sebab BM masa SPM pun out (tunduk malu).. Tapi tue kisah lama 7 tahun lepas. Dari masa ke semasa boleh baiki kan tapi yang dulu tue xdak sampi gagal (cover2).. Apa tue orang selalu cakap 'cukup-cukup masin' eehhh.. salah2!! cukup-cukup makan. =)

Intro blog nie xnak la meleret-leret sangat.. Bosan plak. Lagi pun masa aku menulis nie tengah demam. Ntah mai mana semangat nak menulisnya. Ikut kan je lah. Semoga entry aku selepas2 nie akan memberi manfaat dan menyeronokkan. Perkongsiaan adakalanya perlu untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Walaupun hanya di alam maya. Sebab bagi aku persahabatan nie tiada hadnya. SETUJU?? x setuju? tak apa. Kita kan ada hak masing-masing. Asalkan bahagia. =)

Setakat tue saja dari saya... Sekian, Wassalam.
Reply To This Comment